Monday

Salam Aidilfitri Dan Iklan Hari Raya 2012 PNB

3


Taqabballahuminna wa minkun ajmaain

Terlebih dahulu aku nak ucap selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Manusia biasa tak akan pernah terlepas dari kekhilafan, apatah lagi empunya badan ni. Kalau ada silap yang sengaja atau tak disengajakan ke, mohon pasang lagu Najwa latif okek. *krik krik krik* 

Amacam raya, bes? Syukurlah bagi sesiapa yang boleh beraya dengan penuh nikmat tahun ni. Aku PMS raya tahun ni. Macam shit pun ada. Sumpah serabut. Malas nak beraya. Bahang tekanan camni aku dah boleh agak lama dah. Yeah. College dropped-out. Cakap senang be positive, stay positive, act positive whatsoever. But at the certain level nak pecah otak aku rasa. Bab segan tak segan tu aku dah tolak lama dah. Benda lepas. Semua pun sedia maklum masalah aku. Tak ada istilah 'memalukan' dalam hidup aku. Aku memang muka tembok. 

Tapi normal sebagai lelaki. Ego. Ni ego yang positive. Security and responsibility. Rata-rata lelaki baya aku umumnya sudah masuk era bekerja sekarang. Kitab zaman universiti semua tu dah boleh tutup dah. Apa perasaan kalau most of your friend dah boleh bayar monthly commitment rumah kereta, support family or kahwin and you are on 2-3 years backward. Ni perkara paling loser yang aku sedang hadapi sekarang. Sampai bila aku nak disuap ni wei.

Balik kampung, ziarah saudara jauh-jauh, tanya study mana, tak kerja lagi je. Soalan sama sejak 50 tahun lepas. Bukan salah diorang pun tanya, cuma aku sendiri delusional disorder. Rasa seperti kena attack kat hati. Tanya saja tak pe bro. Ni cakap pasal anak sendiri, jiran, tak pun anak orang lain. "Dio baru habis diploma, kijo KL loni gaji 3-4 ribu". "Pahni mari 2-3 keto, mari asing2 lako".

Facebook aku login juga kadang kadang. Notification ada pun aku tak pernah peduli. Scroll latest feed je. Banyak invitation sejak tahun lepas. Member-member lama kahwin, tapi buat majlis time aku kuliah. Ya Allah sedih tahu tak. Berapa kerat je yang aku boleh pergi, yang lain terpaksa tolak. Makin lama aku rasa makin jauh dengan diorang. Macam aku cakap tadi, aku bukan segan atau malu apa. Orang makin maju, aku masih di takuk lama. Mungkin rasa inferior. Aku rasa seperti ada garis sempadan yang membezakan aku dengan mereka. Ni bukan isu materialistik, harta apa. Tapi sekuriti dan tanggungjawab. Umur aku sekarang sepatutnya paling cikai pun patut tengah menganggur sekarang. Salah siapa kan? Sendiri buat sendiri tanggung.

Kah kah kah. Sumpah drag nak mampus ni. Padahal takde pape pun. Saja jealous tengok orang dah boleh beli kereta, kahwin guna duit hasil usaha sendiri. Nak dipendekkan cerita. PNB. Aku perasan iklan raya 2012 mereka agak pelik. Tak tahu nak kasi gelaran apa. Pelik? Boleh la kot. Pelakon budak2 tu ok. Pandai la, tak pandang kamera. Tutur kata pun jelas. Standard Sabahan, memang cantik bahasa Melayu mereka.

Yang bestnya, budak2 kecil time raya suka tiru gaya mereka ketika duk tayang buku bank tu. Haha. Aku tak nak kondem sangat iklan PNB tu. Tak ada isu besar pun. Cuma aku je kot. Setiap kali siar kat TV, aku rasa awkward gila. 3 out of 5 for total score. Boleh kan?

Aku bawa hari raya kepada engkau


3 comments:

Anonymous said...Reply to comment

iklan ni unik...ingat sampai bila2..hahhaa

akuhanyaserangga said...Reply to comment

Ko tulis blog betul2 la..xpaham

akuhanyaserangga said...Reply to comment

Ko tulis blog betul2 la..xpaham

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y