Thursday

Kisah Suami Ganas Belasah Isteri

3

Segagah mana pun wanita seperti yang diwar-warkan pada zaman sekarang, masih tidak boleh menolak fakta bahawa mereka tetap memerlukan lelaki. Apatah lagi sebagai suami isteri, cinta sahaja tidak menjamin kebahagiaan tanpa unsur keharmonian sama ada persefahaman mahupun saling menghormati. Wanita juga perlu dilindungi.

         

Lain pula ceritanya yang berlaku kepada Amanda Fong, 19 tahun yang sedang hamil 2 bulan dibelasah kejam oleh suaminya Calven Chik Foo ekoran pertengkaran kecil di sebuah kedai milik Amanda. Rakaman CCTV yng dimuat naik di Youtube juga jelas menunjukkan mangsa dibelasah dengan kejam tanpa sifat perikemanusiaan.

Mungkin ada yang terfikir, apa salah wanita ini hingga diperlaku sedemikian. Manusia memang tidak boleh dari kesilapan. Kalau benar dia bersalah sehingga membangkitkan kemarahan suami. Banyak cara yang boleh menyelesaikan masalah tapi bukan dengan menghukum secara fizikal. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Andai perbincangan menemui jalan buntu, maka tak salah ianya dipanjangkan ke mahkamah. 

Namun perkara ini sebenarnya biasa terjadi di dalam masyarakat kita. Si suami yang tidak mampu mengawal kemarahan kemudian bertindak kasar dengan isteri. Tak kira pasangan muda atau tua, memang bahkan kes-kes seperti ini sering dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan. 

Wanita memang makhluk yang sangat kompleks dan beremosi. Respon mereka sukar dijangka lelaki malah begitu drastik. Mereka bak Super Saiya atau sebenarnya super agresif. Entah apa salah kita, tiba-tiba dari mood happy jadi suram, mudah melenting, perkara kecil diperbesar dan banyak lagi misteri wanita ini. 

Walau bagaimanapun itu semua bukan tiket bagi lelaki untuk mendatangkan kecederaan kepada mereka dengan sengaja. Fahami kehendak wanita, cuba bersabar dan bertimbang rasa. Kadang kala ego lelaki yang tinggi menjadi punca keruntuhan institusi keluarga kerana sukar menerima teguran atau pendapat yang berbeza.


Rakaman CCTV bertarikh 23 Ogos, 5:12 petang - SINI
Rakaman CCTV bertarikh 23 Ogos, 6:24 petang - SINI 
Rakaman CCTV bertarikh 25 Ogos, 1:14 petang - SINI

Penjelasan suami mangsa berhubung isu memukul isterinya, Amanda Fong. 
  • http://mydestiny2011.com/2012/09/05/why-i-beat-up-my-wife-man-at-centre-of-cctv-assault-case-tells-his-story/
Keterangan Amanda Fong dan beberapa penafian terhadap tuduhan suaminya.
  • http://mydestiny2011.com/2012/09/06/its-all-lies-fong-denies-husbands-claims-of-her-infidelity-suicidal-tendencies/

Apa pun semoga kes ini dapat membuka mata rakyat Malaysia. Siapa yang salah dalam kes Amanda Fong, tunggulah hasil siasatan polis dahulu. Cuma sebagai peringatan bahawa keganasan rumahtangga memang berlaku dan menjadi duri dalam daging masyarakat kita. Yang menjadi mangsanya sudah tentu golongan wanita.

Read more

Tuesday

Komen Iklan Kemerdekaan PNB 2012

0


Aku bukan orang seni yang boleh cakap pasal teori atau teknikal bab dunia penyiaran ni. Namun umumnya  sebuah filem, program atau iklan televisyen, memang dibikin untuk tatapan penonton yang majoritinya adalah orang biasa. Contohnya aku yang zero knowledge bab filem-filem ni. 

Jadi secara logiknya, sama ada produk penyiaran itu berkesan atau tidak, mungkin bergantung kepada tahap penerimaan penonton. Bagaimana penonton menilai sesuatu filem/program/iklan tersebut. Dengan kata mudah, kalau cerita best, penonton cakap best. Tak best maka tak mungkin jadi best. Tapi penilaian manusia tidak akan sama. Mungkin ada yang akan bercakap sebaliknya.

Oleh sebab itu, aku jujur mengatakan bahwa Iklan kemerdekaan PNB 2012 adalah sangat pelik dan tak best. Bukan nak kondem atau nak jatuhkan melayu, tapi setiap kali iklan tersebut tersiar di tv, aku automatically facepalmed myself. Tutup separuh muka sampai iklan tu habis. Segan siot.

Entry sebelum ni pun aku ada sentuh sedikit pasal iklan hari raya PNB tapi serius aku tak sangka diorang sequel-kan kisah si Mail tu. Pelakon kanak-kanak tu memang bagus. Mimik muka, tutur kata, bahasa badan memang boleh dipuji. Pakcik yayayayyayayaya tu pun walau nampak terpaksa tapi aku ignore je. Setting sangat cantik dengan pemandangan kalau ikut english skema tu, breathtaking scenery. HD lak tu. Cuma masalah mungkin dari pengarah atau scriptwriter tu sendiri. 

Aku faham mungkin Lensafilm (syarikat penerbitan) nak sampaikan mesej tentang perjuangan ke arah kemerdekaan, elemen persahabatan, amalan menabung dsb. Beluncas yang bertukar menjadi rama-rama, perjuangan melepaskan diri dari tersedak. Tiba-tiba melompat kegirangan yang diselangi lagu koir Merdeka selepas pakcik yayayayyayayayayayayaya keluar, rama-rama terbang bebas di udara. 

Masalahnya iklan tersebut terlampau direct. Dari A sampai Z penonton seperti dipaksa untuk menonton, mendengar dan tidak berfikir. Setiap event ada penjelasan panjang lebar yang tak perlu. Yang paling buat aku bengang aksi pakcik yayayayyaaaayaya tu. Tiada motif, sekadar usaha pengarah nak membodohkan pakcik tu je. Ok dah. Bukan hak aku nak kutuk hasil karya diorang. 

Tapi sebagai tipikal Malaysian, kami sudah terbiasa dengan iklan yang boleh buat kami berfikir sejenak. Kalau dulu mungkin iklan arahan arwah Yasmin Ahmad mendominasi dunia iklan yang menarik, sekarang dah ramai pengarah yang boleh menghasilkan iklan menggunakan resipi yang sama. Tak perlu penerangan demi penerangan macam nak basuh otak kami. Tak perlu plot dari plot yang sarat dengan mesej pelbagai. Tak perlu.

Kreatif tak semestinya perlu mengupah pengarah kreatif daripada firma Leo Burnett. Video local yang budak-budak kita bikin sendiri kat Youtube pun tetap kreatif, malah jauh lebih berkesan daripada iklan PNB ni. Tak perlu aksi kelakar yang dibuat-buat atau memalukan diri sendiri. Iklan Merdeka Petronas - Tan Hong Ming menang anugerah dari Cannes walaupun ringkas dan dirakam secara spontan. Mesej tetap sampai walaupun tanpa linangan air mata penonton. 

Memang tak adil jika nak membandingkan iklan karya tokoh tertentu yang kita sedia maklum hebat hasil seninya. Tapi sebagai sebuah syarikat penerbitan yang sudah bertapak sejak 1977 dan mempunyai profil yang terbukti hebat, sepatutnya tidak menghasilkan produk yang amatur. Apa gunanya produksi yang berkos tinggi dengan alatan yang mahal, setting yang rare, tapi iklan langsung tidak memberi impak kepada penonton?

Komplen memang senang, kalau ada orang suruh aku buat video memang aku tak reti langsung. Ini sekadar pendapat peribadi aku atas kapasiti penonton tv di rumah. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55. Janji Ditepati. hehehe.

Iklan Hari Kemerdekaan 55 daripada PNB 2012

Read more

Monday

Salam Aidilfitri Dan Iklan Hari Raya 2012 PNB

3


Taqabballahuminna wa minkun ajmaain

Terlebih dahulu aku nak ucap selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Manusia biasa tak akan pernah terlepas dari kekhilafan, apatah lagi empunya badan ni. Kalau ada silap yang sengaja atau tak disengajakan ke, mohon pasang lagu Najwa latif okek. *krik krik krik* 

Amacam raya, bes? Syukurlah bagi sesiapa yang boleh beraya dengan penuh nikmat tahun ni. Aku PMS raya tahun ni. Macam shit pun ada. Sumpah serabut. Malas nak beraya. Bahang tekanan camni aku dah boleh agak lama dah. Yeah. College dropped-out. Cakap senang be positive, stay positive, act positive whatsoever. But at the certain level nak pecah otak aku rasa. Bab segan tak segan tu aku dah tolak lama dah. Benda lepas. Semua pun sedia maklum masalah aku. Tak ada istilah 'memalukan' dalam hidup aku. Aku memang muka tembok. 

Tapi normal sebagai lelaki. Ego. Ni ego yang positive. Security and responsibility. Rata-rata lelaki baya aku umumnya sudah masuk era bekerja sekarang. Kitab zaman universiti semua tu dah boleh tutup dah. Apa perasaan kalau most of your friend dah boleh bayar monthly commitment rumah kereta, support family or kahwin and you are on 2-3 years backward. Ni perkara paling loser yang aku sedang hadapi sekarang. Sampai bila aku nak disuap ni wei.

Balik kampung, ziarah saudara jauh-jauh, tanya study mana, tak kerja lagi je. Soalan sama sejak 50 tahun lepas. Bukan salah diorang pun tanya, cuma aku sendiri delusional disorder. Rasa seperti kena attack kat hati. Tanya saja tak pe bro. Ni cakap pasal anak sendiri, jiran, tak pun anak orang lain. "Dio baru habis diploma, kijo KL loni gaji 3-4 ribu". "Pahni mari 2-3 keto, mari asing2 lako".

Read more

Thursday

Salah Siapa Ni

0


Tak sangka. Dalam diam hampir setahun aku tinggalkan blog ni bersawang. Aku sendiri pelik. Ke memang sikap aku hangat-hangat tahi ayam. Semangat kejap, kemudian luntur balik. Luntur sebulan dua logik lagi tapi kalau dah setahun, update, dan cuti setahun baik aku berhenti terus.

Serius aku respect kepada blogger-blogger yang memang sangat padu komitmen mereka. Ada yang aku follow sejak bertahun-tahun lepas sampai hari ni boleh menulis macam biasa. Nak cakap diorang tak busy, aku rasa mostly ada kerjaya sendiri. Jurutera, guru, suri rumah, ok fulltime blogger pun boleh.

Tak tahu nak salahkan siapa. 

Sebelum ni kalau ada idea nak tulis apa, aku draftkan dalam phone dulu. Taip sikit-sikit sambil tunggu terlelap. Kadang-kadang apa yang terlintas dalam otak, tak pun time lepak dengan member, online ke, aku terus save dalam phone. Malah sesetengah entri sambungan aku dah taip siap-siap. Time tu aku dah rasa lega, mungkin boleh kembali komited menulis blog.

Read more