Dunia blog sekarang memang meriah. Sana sini orang buat blog. Banyak jenis coretan yang boleh ditemui. Ada yang bergenre peribadi, politik, sukan, teknologi, copy paste pun banyak. Paling dominom sudah pasti blog peribadi. Kebanyakannya gemar menulis perkara umum, tambah cintan2 sikit. Ada yang buat muka cute kemudian tampal merata2. Tak kisahlah. Blog masing2 kan.
Umumnya, blog tak akan famous tanpa entri sensasi. Pendedahan itu ini, tajuk yang sangat provokasi, malah ada juga sesetengah blogger yang menipu dengan menggunakan kaedah misleading title; tajuk hangat tapi content macam ulat sampah. Bukan semua. Mungkin sebilangan kecil sahaja.
Sejak akhir2 ini aku perasan beberapa isu lapuk yang dibangkitkan kembali. Mungkin bagi blog2 yang berumur 3-4 tahun ke atas sedar akan perkara ini. Mula2 hangat sekejap, kemudian reda. Pusingan ini tidak akan selesai sampai bila2. Tak boleh nak tuding jari kepada sesiapa. Kadang2 blog yang sudah dewasa pun turut melakukan perkara yang sama.
google 'typical blogger', terkeluar pak cik ni. ambikkk
Isu blogspot / blogpot.
Sekarang tengah kecoh dikalangan blogger2 yang lazimnya masih baru. Kononnya blogspot adalah medium penyebaran ajaran kristian. ub3y.blogspot.com jika ditaip ub3y.blogpot.com akan menjadi blog dakwah missionary. Ada yang bersikap paranoid melampau dengan membuat entri kempen memadamkan blog. Ada pula yang sibuk dengan teori agenda puak freemason untuk menghina Islam pada bulan Ramadhan dsb.
Sebar fitnah
Khidmat masyarakat memang antara profession terbaik kepada rakyat Malaysia. Kalau sekitar 20 tahun lepas, surat berantai daripada penjaga makam Rasulullah disebarkan ke suluruh negara. Kali ini, giliran generasi hari ini untuk sebarkan maklumat tentang produk2 yang diragui status halalnya. Tanpa kaji selidik ketepatan maklumat tersebut, kemudian tersebarlah sampai menjatuhkan syarikat2 yang menjadi mangsa fitnah. Tak cukup dengan itu, ada sesetengah blogger yang gemar menyiarkan hadis2 palsu. Memang ramai. Konon nak nampak alim, tapi tak sedar sudah memfitnah Rasulullah s.a.w
Blogger otai sombong.
Tak balas komen, tak singgah kembali, tak itu, tak ini. Memang tak pernah reda sejak zaman purba lagi. Akan ada blog2 yang akan membuat tohmahan, kemudian blog2 yang akan membuat penafian. Aku sendiri pernah meluahkan isu tersebut tiga tahun lepas. Ramai yang komen kasi nasihat, teguran. Kemudian aku cuba perbaikai isi, gaya penulisan, dll. Alhamdulillah. Ada sedikit peningkatan selepas itu. Blogger Justkhai pun pernah singgah, komen (baca:blog lama, 3 tahun lepas. sekarang blog baru. zero) Tapi, kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang kan? Sekarang blog aku tak sampai sebulan, memang masih baru. Baik maintain newbie selagi boleh.
Pendek kata, isu2 di atas tidak akan ada titik noktah. Sejak dahulu lagi berkisar di dunia blog tanah air. Selagi ada pendaftaran blog2 baru, selagi itu lahirlah mereka2 yang baru / newbie. Kemudian antara tiga isu di atas sudah pasti menjadi pilihan utama untuk dimuatkan di dalam blog mereka. Aku pun tak sangka setelah dua tahun berehat, ragam yang sama oleh orang yang berlainan. Nostalgic. Cuma sedikit bosan.
p/s - blogpot dah kena block ek? nice one
30 comments:
apa2 pun...menulis blog sangat best..hihi...
*singgah sini jap,jumpa kt innit td.. ;)
hhee
byk isu sgt
xleh lari kan
so,jge lah kain masing2'
hehe :D
pergh!! tabik la...baru sebulas, just khai komen..pergh...ok la...gaya penulisan ko pon bg ak sempoi...blog ak gak bosan..heheh gud luck ek =)
@an nyek
salam bro. jangan salah faham. hehe. ak cite bnd 3 tahun lepas. kemudian ak stop blogging for 2 years. skrg blog ak totally zero compared to others.
isu blogger otai sombong,blogpsot atau blogpot tu dari tahun lepas.. musim2 plak naiknya.. so baca pun just anggap benda tu biasa..
yg isu blogspot/blogpot tu btol ke? saye click..mmg ade.. so,ape significant nye kan?? mcm xde kaitan bile difikir dgn logic..
setuju sgt dgn entri ni.
kadang2 kite terlalu mudah menyebarkan sesuatu maklumat tanpa mengkaji kesahihan maklumat tersebut.
lg 1, pasal blogpot tu ade lg satu domain yg biase org typo - blogpsot. ini pun akan ke website blogpot juga.
tang hadis tu aku setuju..sbb tu aku jarang selitkan hadis..bkn apa takut aku tersampaikan hadis yang salah atau takut cara aku tafsirkan tak betul
sian kat ktorg kalo blogspot dah kne block....
orang baru belum tahu,
huhu
Mmg isu2 di atas mmg tak pernah reda,selagi ada blogger yg tak puas hati di antara satu sama lain,selagi itulah tiada noktah.
yups
setiap tahun blogger bertambah dan isu yang sama juga la timbul
kadang2 jemu betul aku
:-)
uhuh .. eh ko rupanya blogger lama ek .. hehe .. aku ada perasan pasal ni .. tp aku kasi chance laa diorg2 ni nak merasai apa yg kita rasa dahulu .. hehhe
tp yg pasal address blogpot tuh memang tiba2 naik .. aku pun terkejut .. bg aku ok lagi laa diorang dapat sebarkan kat orang lain
bro, nak join kontest tuh, join je .. kalau nak aku leh tag kan ? nak tak ?
pasal sombong ada gak ler. tapi kalau yang sehari 5,6 entri tu, kita anggap je dia sibuk. hehe
gmbr tu menakut... :)
itu lah yang penting kita tulis mengikutkata hati kita , dan berpada2 jgn sampai , memfitnah , mengutuk , perasan bagus ..selain blog banyak lagi menda nk difikirkan
geli seh gambar. haha.
oh, benda ni semua berulang ke. yang kes blogpot tu tak pernah lak tahu. msg berantai tu dulu famous dkt sms, fb, ms. kes kat blog ni pun baru tahu. maybe sebab baru aktif kot. huu. dulu mane tahu blog-blog lain ni semua.
and tak berminat nak sebarkan segala. jenguk dan baca jeh.
banyak cabaran berblog ni bro.apa yang ko nyatakan kat atas tu cuma sebahagian je.semua tu bergantung kepada individu blogger tu sendiri.sebagai contoh otai sombong tu.kekadang otai ni bukan taknak komen.diorang ada jengok jugak blog kita ni.cuma mungkin kekangan masa diorang tak dapat nak komen.apapun kena sangka baik :D
actually blogspot ni jarang dapat menarik minat WP untuk mengomen.isu ni dah lama berlaku.sebagai bekas pengguna WP,aku memang faham jiwa blogger blogspot ni bila takde komen langsung dalam setiap entri yang disampaikan.kekadang blogger WP pun hadapi benda yang sama.
ada baiknya jugak kalau kita guna pelbagai jenis platform :D
hanya sekadar pandangan :)
@Pacifista-Xtypo: "...sebagai bekas pengguna blogspot..." silap lak :p
saya jarang mengangkat hadis dalam entri, risau. kalau nak masuk jugak ambik kat jakim je senang, tak diragui dah. best sebenarnya berblog nih, yang tak best tuh biarkan je.
@Cik Ila setuju sangat. boleh luah ap yg terbuku
@farah hanim xleh lari. semua pn buat bnd yg sama tmasuk sy sdiri
@izwanyusof anggap biasa je. aku sj lebih2 tulis bosan. haha
@nazyha ad yg cuak. byk sgt bce pasal freemason kot
@eSafarEE betul tu. kne kji btul2 sumber maklumat
@myfiri [dot] com hadis2 yg sahih bgs kalau disebarkan. cme x sesensasi hadis2 palsu la. hehe
@kaizen jgn. ak pn blogspot ni.
@Zala Wajik xpe. nti lame2 tau. phtu giliran org br yg lain lak
@azman xpe la. hehe. kite pandg dr jauh je la
@Hans sbb tu x akan reda bnd ni
@iPaitu la. x salah kan. hehe. xpe2. x tag xpe. ak join je. haha
@EddyGeek hahahahha. ak nk gelak laju2. haha
@Nizam Ijam comel gle kot. haha
@puanbee betul tu. lg2 yg dh ad fmily, kerja
@.izzati liyana. haha. tu la. byk kali dh kena msj berantai tu
@Pacifista-X mmg cabaran dlm menulis blog. plg susah nak tarik reader n commenter. hehe. ak dulu gune WP gak. ble gune blogspot balik, baru rase cmne perasaan mereka
@eiela tu la. jakim antara source yg blh caye kan
isu blog tu semua nye btul, stuju sgt2 la..yg pnting kite kena positif la, x kn la blogger otai x rep komen ckit, kite trus nk judge kate smbong, mybe diorang tak trbalas komen yg byk sgt, huhu..tapi u r trying to rep each komen from others, bagus nye! heee~
@Biha Petom haha. time2 free je reply. xtau nk wt pe. tq 4 the opinion
semuanya bergantung pada niat...niat kan menentukan baik mahupun buruk
whoa, dasyat gambo:)
yg isu blogpot tu betul ke? dah kene block ea? hurm memang malas nak tengok.huhu.
owh ade jugak blogger yg siar hadis palsu? hurm baru tahu.
boleh tunjuk ajar tak :)..entry macam mana yang bagus dan sesuai?
boleh tunjuk ajar tak :)..entry macam mana yang bagus dan sesuai?
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y