Ada seorang mamat ni. Kami kawan macam lelaki normal lain berkawan. Pillow fight, mandi bersama, main cuit2, cium2 pipi, dan sebagainya. Hujung minggu kami diisi dengan keluar ke bandar untuk aksi camwhoring, kemudian bakal dimuat naik di dalam friendster. Percaya atau tidak terserahlah.
Kemudian pada suatu hari, aku tengah main DoTA dengan khusyuk. Mamat ni datang kacau aku. Main cuit2 (haa.. kan betul). Mula2 aku buat selamba. Sekali Mortred aku mati. Aku tak fikir panjang terus kasi penumbuk kat dada dia. Dua bulan tak bertegur sapa. Akhirnya aku yang rugi. Sebab selama ni pergi kelas tumpang kereta dia.
Agak lama nak pujuk mamat ni. Tapi sejak peristiwa itu kami jadi semakin rapat. Malah hari ketika aku hendak beredar dari UTP, dia yang paling semangat kasi kata2 nasihat walaupun dia bukan jenis orang yang sebegitu. Sebenarnya sudah 3 tahun berlalu. Entah kenapa. Tiba2 semalam muncul kembali dalam mimpi.
Itu baru secebis kisah dari hidup aku. Banyak lagi perkara yang meletakkan aku di dalam situasi krisis begini. Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada masalah. Krisis rumah tangga, perselisihan faham, hilang kepercayaan terhadap makwe / pakwe / awek / balak / boyfriend / girlfriend / suami / isteri / gay partner dan banyak lagi.
Kadang2 kita sibuk berkelahi, mancari siapa pencetus. Ada baiknya kita mencari bagaimana mahu menangani krisis. Kan?
Ni kelebihan guna laptop adik aku, banyak gambar2 best. Haha
p/s - pengomen pertama akan dapat hadiah daripada aku. domain percuma setahun? jangan demand sangat. Hehe
13 comments:
hadiah apakah?! hahaha.
quote punye gambar sangat comel! quote tu best.
sejak bila hidup blog balik? xsedar pun~ oh.
xguna domain sndiri kah???
:P
aku xbagi kad lagi kan? ;p
haha...mengamuk tak tengok tempat.mamat tu pun bergurau tak sengaja.hehe...apapun dah berbaik semula tu dah kira bagus la :)
ubey gay? LOL.. :P
dalam hidup nie klu xde dugaan mmg xsah..barulah dapat pengalaman dari situ ;)
haha rugi ye sebab biasa tumpang dia ..wah garang nya cuit2 sikit kena penumbuk ..wee
pengomen pertama!
jgn cari siapa yg salah, tp adalah lebih baik cari jalan untuk betulkan apa yg salah...^^
wahhhh
gambar adik ko ke tu?
Sedangkan suami isteri lagikan bergigit...ini kan pula kwn2 he3...
peh, banyak betul relationship yang dapat dikenalpasti.
makwe / pakwe / awek / balak / boyfriend / girlfriend / suami / isteri / gay partner
haha. yah. can't agree more. cara menangani krisis lagi penting. cara kita, diam je. ego + tak jumpa cara lain yang boleh dilakukan.
sebab tu la orang cakap, kalau nak buat apa2 kena fikir dulu. kalau tak menyesal tak sudah.
tapi kadang2 kita sendiri pun tak sedar apa yg kita buat kan?
@Azah haha...statement cik azah panas.haha...
@sufiyyah zulkifli haha. adiah link free je. kah3. br sebulan piyah. gune blogspot je. domain2 tu nanti la. nk wi kad ke? approach me thru fb
@Hansx ah. die tukg amik gmbo. hehe
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y