Thursday

Bersabarlah Sayang

14

Malam ni lain sedikit. Mungkin selera berbuka puasa tadi agak besar. Kerabu sayur, ikan bakar, sambal tempoyak, gulai keladi, kuih bunga, roti sira, teh limau ais. Menu yang sangat menggoda. Masalahnya bila sudah terlampau kenyang, solat pun dalam keadaan kurang selesa.

Hari2 biasa solat witir dilakukan secara berjemaah selepas solat terawih. Tapi malam ni usai terawih, aku terus keluar masjid. Niat nak singgah kedai beli air coke, kemudian balik terus tidur. Tak salah tinggal solat sunat sekali sekala. Bisik benak hati aku. Aku terus keluar .

dem... selipar hilang. Kurang ajar betul pencuri, bulan2 puasa ni la nak curi. Hari lain tak nak curi lak. Macam itik aku pusing2 cari selipar biru favorite aku tu. Sumpah geram gila. Segenap ceruk aku cari tetap tak jumpa. Mulut dah mula sumpah seranah. Memang tak ada cara lain, malam ni aku terpaksa apply hukum karma. Curi selipar orang lain.

Tengah pilih selipar yang berkenan, timbul pula rasa bersalah buat dosa terang terangan dalam bulan Ramadhan. Redha apa saja ujiannya. Baik balik berkaki ayam. Alang2 aku pun selesaikan dahulu apa yang patut. Kemudian duduk bertenang sekejap. Keluar masjid, tiba2 aku rasa bersyukur sangat. Selipar biru betul2 dihadapan kaki aku.

Malam ni lain sedikit. mungkin kebetulan. Mungkin rahmat Tuhan. Aku boleh pulang dengan selipar curi atau berkaki ayam. Tapi oleh kerana tidak bertindak melulu, serahkan segalanya kepada tuhan. Alhamdulillah, sesuatu yang tak dijangka.Walaupun sekecil sepasang selipar, banyak yang aku boleh baca.

Pesanan kepada rakan2, kawallah amarah anda. Bertenanglah. mungkin banyak perkara di sekeliling kita sama ada keluarga, rakan2, kejiranan, tempat belajar, atau blog2 yang tidak selari dengan kita. Salah sekali pun. bukan dengan menghentam. Bulan puasa bukan bulan bertelagah. Bukan bulan menghasut. Pilihan yang terhad tidak bermakna anda wajib memilih. Siapa tahu selipar biru anda bakal dikembalikan?

 
sori adik. abe curi gambar, huahua

14 comments:

Anonymous said...Reply to comment

peh..

fiezaradzi said...Reply to comment

subhanallah, mmg Allah nak uji tu.. ape pun, tahniah sebab mampu bersabar dan tunaikan apa yg patut.. mmg besar kejadian tu. hehe..

tapi rasanya bukan setakat bulan puasa kita kena macam tu, setiap bulan2 lain pun.. moga umat Islam terus bersatu..

Hans Hanis said...Reply to comment

pencuri nih buka dia kenal bulan puasa ke tak
mesti mencuri juga
haihhhh
nasib dah lama selipar tak hilang
:-)

azura said...Reply to comment

selipar hilanh halalkan sahajalah...tapi gambar budak sekolah itu sangat nostalgia....

::atirah:: said...Reply to comment

ni bukan hilang ni. ni ledey. haha. terbolah

Nizam Ijam said...Reply to comment

gambar tu smart!

al-kisah said...Reply to comment

mgkin die silap ambil kot hahaaaa

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

waaa..baguslah ubey. tu petanda Allah tak bagi keluar masjid awal kot? hihi. yang penting, kena bersabar tu. biasalah selipar hilang tu. pakai terompah baru tak hilang kot.

vampire's lovex said...Reply to comment

betol betol..kadang kadang dengan bersabar siiiiiiiiikittttttt je,kita dapat ap yg kita nak..Allah sentiasa ada...

Unknown said...Reply to comment

setiap kejadian ada hikmahnye, samada jelas atau tersembunyi...
redha dan sabar yea :)

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

ubey, kite ada tag awak.

http://izzatiliyanasabri.blogspot.com/2011/08/jom-join-bloglist-myna.html

Admin said...Reply to comment

@fiezaradzi betul tu. bersatu penting

@Hansmane kenal depa. hehe

@azura curi gmbo adik. haha

@::atirah:: haha. jht

@Nizam Ijam haha. tq

Admin said...Reply to comment

@al-kisah x kot. hehe

@.izzati liyana. maybe kot. haha. kaki ayam ah. mmg xkan hilg

@vampire's lovex tu la. sabar sikit je. hehe

@Noriz sini... yup.. tq

an nyek said...Reply to comment

takpe...nasb baik tak curi blk...dpt pahala tu..ade hikmah tu

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y