Luluh cinta kau kerjakan , hukum karma akan jadi balasan!
Gelora hatiku bak kelopak asmara. Yang dambakan sang lebah arjuna. Oh singgahlah duhai debunga cinta. Seksanya hidup dihukum karma.
Itulah antara status-status emo yang mungkin kita selalu jumpa di Facebook. Umumnya perkataan 'hukum karma'diselitkan bersama ayat yang boleh tahan jugalah tahap kebungaannya. jadi aku buat kesimpulan awal bahawa hukum karma ini untuk orang yang tengah jiwang tangkap leleh.
Lama selepas itu, aku terbaca nukilan siapa entah. Dia cerita pengalamannya yang pernah ditimpa kemalangan ringan di jalan raya, tetapi tiada yang berhenti membantu. Katanya itulah hukum karma kerana selama ini dia tak pernah tolong orang yang jatuh motor di highway. Kesimpulan kedua, hukum karma ini tidak semestinya untuk orang jiwang
Kemusykilan ini mendesak aku mengajukan soalan kepada pengasas hukum karma; Hindu. Katanya karma bermaksud akibat perbuatan. Sebab dan akibat. Mereka percaya seseorang itu akan lahir kembali (reincarnation) dalam keadaan baik atau buruk bergantung kepada berbuatan masa silamnya. Jika mereka melakukan kebaikan, mereka akan dilahirkan semula sebagai orang yang mulia ataupun menjadi Brahmin (bersatu dengan tuhan). Sebaliknya jika melakukan kejahatan, akan dibangkitkan sebagai haiwan yang hina seperti anjing, kodok, ataupun diturunkan kasta. Setiap penderitaan yang dialami masa sekarang, adalah hukum karma di atas kejahatan mereka pada kelahiran lepas. Wow.
Kemudian aku cuba dapatkan jawapan daripada Buddha. Sekitar 600 tahun sebelum masihi, Sang Buddha menyebarkan ajarannya setelah tidak bersetuju dengan ajaran Hindu. Dia melakukan ubah suai dengan melupuskan sistem kasta, mencipta empat kebenaran agung dan lain lain. Namun begitu, dia masih memungut hukum karma. Hukum jagat tentang sebab dan akibat, bahawa nasib manusia ditentukan oleh perbuatannya yang lalu. Malah Sang Buddha sendiri mencapai tahap Nirwana (Brahmin bagi orang hindu) setelah 547 kali kelahiran. Oleh itu, karmanya sudah berhenti di situ. ok aku dah pening.
Dalam agama Islam tidak digunakan langsung perkataan hukum karma ini. Tak puas hati, aku belek kamus dewan. Maksudnya semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia. Sama dengan pengertian daripada agama Hindu cuma tidak diperjelas bagaimana bentuknya. aku fikir masak masak. kalau hukum karma tiada kaitan dengan agama Islam, jadi siapa yang menjatuhkan hukum? Takkan dewa Vishnu, Veda, atau Shiva kot. hukum alam? bukankan Islam sudah ada Sunnatullah; bahawa semua yang berlaku mengikut aturanNYA, syariatNYA. Itulah hukum alam.
Pandangan moden kanak kanak ribena hari ini turut sama dari segi lahiriah. Karma itu hukum sebab akibat, what goes around comes around. Apa awak lakukan pada saya semalam, pasti awak akan mendapat balasan yang sama. Tapi dari segi zatnya, bagaimana bentuk karma tersebut? Sama, kurang, atau lebih? Bagaimana pula dengan manusia ujub/takbur/riak? Bagaimana pula manusia yang melakukan dosa tetapi berpeluang bertaubat? Dimanakah karma? Karma ini tak adil kan. Serius bahaya kalau ambil mudah. Pakai taram nak sebut.
Aku tak berani nak buat kesimpulan. Cuma pesanan agar berhati hati dalam mengucapkan sesuatu. Situasi saya percaya karma tetapi tidak menyembah dewa Shiva mungkin sama dengan saya sambut valentine sebab ingin meluahkan kasih sayang kepada keluarga saya, ataupun mencampurkan gelatin babi dalam kawah dodol. Ibarat gamit sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab.
15 comments:
memang percaya dengan hukum karma. tapi, mungkin secara kebetulan. apa2 pun qada' dan qadar Allah semua dah tertulis. kita buat baik, kalau bukan skrg..nanti 1 masa akan adalah balasa untuk kita begitu juga sebaliknyer
Hukum karma dalam islam x de. Tp keadaan yg berlaku seakan2 hukum karma tu mmg ada. What goes around comes around. Sebab perbuatan baik manusia dibalas dgn yg baik, jahat dgn yg jahat. Tapi kita x boleh senang2 cakap itu adalah hukum karma sbb kita macam telah mengiakan bahawa hukum itu dijatuhkan oleh satu pihak. Tapi kalau nk guna perkataan hukum karma ada baik jgk untuk menggalakkan manusia berbuat baik utk mendapat balasan yg baik. Tp kena hati2 jgk, xleh percaua sgt... Takut syirik.
Fuuhhh... Bukan radikal betullah entri ni.. Membuka minda teramat!
walaupun hindu itu agama tertua tetapi mereka sendiri tak tahu siapa pengasasnya bukan...hanya agama ciptaan manusia...sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, nenek moyang kita berpegang pada ajaran hinddu-buddha...hingga kini masih ada adatnya yang menjadi ikutan selagi tidak melanggar hukum hakam...setiap agama mempercayai tentang sebab dan akibat..
@lizz
sebab akibat. asbab musabab. sume ade. cume tu la soalan aku. cmne klu org yg kaki buat dosa kaw2 tibe2 taubat pahtu diterime lak taubatnya. x fair la. x dpt hukuman buruk. hehe
@Azah
tu la. hehe. ak takut je. kite xtau sgt bnd ni. tibe2 pakai sebut skrg. dulu mane femes sgt. tibe2 sekarang jd cm trend lak hukum karma ni. x tkut ke. kot2 illuminati freemason triangle one-eyed pyramid pagan satanic anti-christ konspirasi? haha
@azura
sy ad buku kajian ttg agama2 di dunia. agama hindu seakan sama dengan agama samawi. zamannya pula dekat2 antara nabi ibrahim - nabi musa. dan kisah2 dalam riwayat hindu ad sedikit persamaan dgn kisah2 nabi seperti banjir besar dsb. ttg hukum karma, asasnya adalah reincarnation iaitu kelahiran semula. tibe2 sekarang muncul. jadi urban slang. filem2 dari barat pun byk putar belitkan istilah karma ni sampailah kite pcaye based on western interpretation . blax2. byk nk tulis tp x larat.
uish. dahsat2 yang komen. tapi setuju dengan azah tu. kite tak pernah terfikir pon karma-karma ni. tak pernah tahu pon maksud dia. tapi selalu fikir, kalau dah jahat tu, dapatlah balasan jahat jugak nanti.
senang cite Allah itu maha Mengetahui setiap hambaNya :)
karma juga boleh di istilahkan sebagai "keadilan". Menurut hukum karma setiap perbuatan yang dilakukan dengan sebab akan menerima akibatnya. Ironinya, kita semua mengetahui bahawa manusia akan melakukan sesuatu dengan sebab dan perbuatan tersebut juga akan mempunyai implikasinya tersendiri. Contohnya, kumpulan perompak yang melakukan PERBUATAN merompak bank atas SEBAB inginkan wang akan menerima AKIBAT seperti ditangkap oleh polis dan perompak tersebut akan dipandang rendah oleh masyarakat, akan mengalami masalah keluarga dan sebagainya. Contoh seterusnya iaitu seorang individu melakukan PERBUATAN mendermakan pakaian kepada rumah anak-anak yatim atas SEBAB mengasihani kanak-kanak anak-anak yatim akan menerima AKIBAT seperti dihormati masyarakat dan sebagainya(Contoh-contoh berikut merupakan skop pandangan kecil).Hal ini jelas menunjukkan bahawa Konsep Hukum karma adalah luas dan harus diteliti secara terperinci untuk difahami. Konklusinya, Konsep karma merupakan konsep yang masih wujud melalui salah satu agama tertua di dunia iaitu agama Hindu dan konsep ini masih menimbulkan tanda tanya dikalangan ahli-ahli agama dan ilmiah kerana konsepnya yang luas dan harus diteliti secara mendalam untuk difahami.
karma x ds kene mengena ngan islam lah ..
Hukum karma itu memang kepercayaan Hindu atau lebih dikenali sebagai reincarnated. tapi bagi saya, tak salah kita guna konsepnya. iaitu konsep buak baik dibalas baik akibatnya baik, buat jahat akibatnya jahat.
Memangdangkan "hukum karma" ni ada sangkut paut dengan agama hindu, lebih baik kita gunakan ayat "what goes around comes around". contoh, kalau kita melakukan jenayah ragut pada seseorang, mungkin esok lusa, mak kita pula yang kena ragut. jadi janganlah buat jahat kalau tidak mahu dijahati. buatlah baik. see the concept now?
masyarakat kita yang sibuk dengan hukum karma ni, saya percaya, mereka bukannya maksudkan yang mereka percaya kepada kepercayaan hindhu tentang reincarnated and so on. tapi mereka berpegang kepada konsep sebentar tadi. so janganlah kita mengkafirkan mereka yang tidak tahu. "oh kau percaya pada hukum karma, kau ni kafirlah" and the person was like.. "what?" they don't even know it was hindu belief. they just thinking about the concept.
kesimpulannya, eloklah jangan guna ayat "hukum karma" untuk mengelakkan pergaduhan. gunalah ayat "what goes around comes around" yang semua pun diajar sejak kecil lagi.
sejauh mana tuan tuan faham tentang karma,berapa kitab hindu atau buddha yang telah anda rujuk, tokoh agama mana yang anda mendapatkan penjelasan. Jangan tafsir sebarangan saja.yg anda faham hanyalah luaran saja munkin juga fahaman anda itu salah. Dalam islam pun setiap ayat dalam al quran bukan boleh ditafsir oleh sebarangan kerana takut terpesong maksudnya."Jangan cakap benda yang kita tidak tahu, orang yang bercakap tentang apa yang kita tahu dikata orang bodoh"
slm...bg sy...hukum karma xboleh digunakan oleh umat islam baik dari segi bahasa mahupun makna.kenapa kita nak guna hukum dari agama lain sedangkan agama islam adalah sebaik2 agama..dijelaskan dalam quran,untukmu agamamu...untukku agamaku.juga telah ditegaskan dalam satu hadis bahawa,“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.melalui hadis ini dibimbangi jika kita percaya hukum karma ini,akan merosakkan akidah..mmg konsepnya baik,buat baik,balasan baik,buat jahat,balasan jahat.tapi persoalan asasnya hukum ini adalah dari satu agama yg lain.jd lbh baik utk kita xkaitkan sesuatu pkara tu dgn hukum karma...Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir
radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar
Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda,
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu
jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara
yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh
orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat
berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan
kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam
perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara
yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang
menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar
(ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka
lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa
setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah
adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa
dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik
maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk,
maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia
adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
dalam hadis ni dijelaskan supaya meninggalkan yg syubhat@ragu2...jd lbh baik utk kita merujuk ssuatu pkara tu mlalui quran n hadis...dah elok dah islam tu..xperlu hukum dari mana2 agama lain dah..islam itu lengkap...
salam...bg sy,hukum karma xboleh digunakan oleh kita umat islam baik dari segi bahasa mahupun perbuatan...islam dah sebaik2 agama,lengkap.jadi kenapa kita nak amek hukum dari agama lain untuk jd sebahagian pegangan kita?dalam quran dah jelas terangkan,untukmu agamamu,untukkku agamaku..dalam hadis pun dah dijelaskan “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.jadi takut nanti rosak je akidah klu pcye ngn hukum karma ni...mmg konsep die bgus,buat baik balasan baik,buat jahat balasan jahat.tapi persoalannya skrg hukum ni dari agama lain..lebih baik rujuk quran n hadis dari ikot hukum karma..walaupun cket,tkt rosak akidah..lg stu hadis,
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir
radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar
Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda,
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu
jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara
yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh
orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat
berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan
kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam
perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara
yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang
menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar
(ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka
lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa
setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah
adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa
dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik
maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk,
maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia
adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
hukum karma ni pn jd mcm samar bg sstengah orang ataupun syubhat mcm dlm hadis kt atas..baik tnggalkan jela...
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulul amri(orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) RasulNya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pulak kesudahannya." (AQ Surah 4:An-Nisa, ayat 59)
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)
"islam itu indah"
tu bala dari Allah kan senang.kan ada istilah bala.buat baik dapat rahmat.jahat bala.
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y