24/07/2011 3:16am
LONDON 24 Julai – Penyanyi British, Amy Winehouse, yang kisah hidupnya dibayangi masalah arak dan dadah tetapi berbakat besar, ditemui mati di kediamannya di utara London semalam, kata perkhidmatan kecemasan.
Beliau yang terkenal dengan rambut hitam bersanggul tinggi itu hanya berusia 27 tahun.
Penyanyi lagu-lagu genre soul dan pemenang Anugerah Grammy itu kerap dilaporkan menghadapi masalah dengan penagihan dadah, sebagaimana digambarkan dalam single popularnya, “Rehab”.
Polis berkata, pihaknya menyifatkan kematian Winehouse sebagai “belum terjawab.”
“Kami (polis) dihubungi pada 3:54 petang (10:54 malam waktu Malaysia) untuk ke alamat di Camden Square,” kata jurucakap Perkhidmatan Ambulans London (LAS) semalam.
“Kami menghantar dua ambulans berserta petugas, malangnya pesakit tersebut sudah meninggal. Kedua-dua ambulans tiba dalam masa lima minit.”
Tiada komen atau reaksi awal daripada ejen-ejen penyanyi berkenaan.
Nama Winehouse melonjak ke persada seni selepas menggondol lima Anugerah Grammy pada 2006, hasil album keduanya, “Back to Black” dan single popular, “Rehab”. - AFP
sumber: utusan
Agak terkejut dengar berita ni. Tetapi tidak hairanlah kerana Amy Winehouse memang pernah berada dalam belenggu dadah sebelum ini. Namun begitu, kematiannya masih belum dikenal pasti. Apapun, dadah itu membunuh. Jangan tersilap langkah.
Lagu 'Rehab' ni memang fevret aku. Layan jom
6 comments:
kebanyakan artis popular memang terpalit dengan masalah dadah..diorang ni tensen sangat kot walaupun popular
masalah tol diorang nie..adoi2..
” Nizam Ijam Dot Com”
@myfitri [dot] com
dadah sumber inspirasi seni bro. haha
@Nizam Ijam
R.I.P dah. tp cam x peace sgt azab kubur. diorg. haha
gapo dio ni....
rasa cam populer je dia ni..
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y