Monday

Isu Cukai: 10 Syarikat Gergasi Terburuk Di Dunia

7


Cukai adalah sumber kewangan terbesar bagi setiap negara. Hasil daripada kutipan cukai ini digunakan untuk pembangunan dan keselesaan rakyat negara itu juga. Tidak kiralah sama ada individu atau syarikat, cukai wajib dibayar jika mereka menepati kriteria yang diperlukan. Di Malaysia, dua jabatan kerajaan yang menguruskan perihal cukai adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam Diraja Malaysia.

Kadang kala kita pasti akan rasa terbeban dengan jumlah cukai yang perlu dibayar. Pada masa yang sama isu kenaikan harga minyak, komoditi, dan peningkatan kos perbelanjaan isi rumah sedikit sebanyak menjejaskan pegangan tunai penduduk kita sendiri. Mungkin ramai yang masih samar-samar dengan konsep pelepasan cukai, insentif, atau rebat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ada beberapa jenis pendapatan atau perbelanjaan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk mengurangkan cukai individu seperti keuntungan dividen, perbelanjaan kesihatan, insuran dan banyak lagi. Malah syarikat-syarikat perindustrian juga tidak terkecuali daripada menerima manfaat ini. Namun begitu, adakah faedah yang diberikan oleh kerajaan ini boleh dieksploitasi?

Baru-baru ini di Amerika Syarikat, sesi perbahasan Dewan Senat gempar dengan pendedahan 10 syarikat gergasi AS yang tidak membayar cukai walaupun mendapat keuntungan berbilion-bilion dollar ekoran daripada kelemahan sistem cukai negara itu sendiri. Syarikat syarikat tersebut menggunakan sepenuhnya pelepasan cukai sehingga berjaya menjimatkan jutaan dollar daripada digunakan untuk pembayaran cukai

Berikut adalah 10 senarai skandal syarikat gergasi terburuk dalam isu mengelakkan cukai ini:

1) Exxon Mobil menjana 19 bilion USD pada tahun 2009. Exxon bukan sahaja tidak membayar cukai pendapatan, malah ia menerima rebat 156 juta USD daripada Inland Revenue Service (IRS).

2) Bank of America menerima bayaran balik cukai sebanyak 1.9 bilion USD daripada IRS pada tahun lepas. Walhal pada masa yang sama, ia memperoleh keuntungan sebanyak 4.4 bilion USD dan diikat jamin (bail out) daripada Rizab Persekutuan dan Jabatan Perbendaharaan hampir 1 trilion USD.

3) General Electric mengaut sebanyak 26 bilion USD keuntungan di Amerika Syarikat sejak lima tahun yang lalu dan langsung tidak membayar cukai ekoran kelemahan sistem.

4) Chevron menerima bayaran balik berjumlah 19 juta USD daripada IRS tahun lepas walaupun mendapat keuntungan berjumlah 10 bilion USD pada tahun 2009.

5) Boeing menerima kontrak 30 bilion USD daripada Pentagon untuk membina 179 kapal tangki udara, mendapat bayaran balik (refund) sebanyak 124 juta USD daripada IRS tahun lepas.

6) Valero Energy tersenarai dalam 25 syarikat terbesar Amerika Syarikat dengan hasil jualan sebanyak 68 bilion USD pada tahun lepas. Tetapi menerima 157 juta USD cukai bayaran balik cek daripada IRS dan menerima potongan cukai sebanyak 134 juta USD.

7) Goldman Sachs pada tahun 2008 hanya membayar cukai sebanyak 1.1 peratus daripada pendapatan walaupun ia mendapat keuntungan sebanyak 2.3 bilion USD dan menerima hampir 800 bilion USD daripada Rizab Persekutuan dan Jabatan Perbendaharaan AS

8) Citigroup tahun lepas yang menjana lebih daripada 4 bilion USD keuntungan tetapi tidak membayar cukai pendapatan persekutuan. Malah ia diikat jamin sebanyak 2.5 trilion USD daripada Rizab Persekutuan dan Perbendaharaan AS.

9) Conoco Phillips merupakan syarikat minyak kelima terbesar di Amerika Syarikat. Pada tahun 2006 sehingga 2009, ia memperoleh keuntungan sebanyak 16 bilion USD tetapi menerima 451 juta USD dalam pengecualian cukai

10) Carnival Cruise Lines mengaut lebih daripada 11 bilion USD keuntungan dalam tempoh lima tahun, tetapi kadar cukai pendapatan persekutuan sepanjang tahun-tahun tersebut hanyalah 1.1 peratus.
Syukurlah di Malaysia isu memanipulasi kelemahan sistem cukai negara tidak begitu kedengaran. Paling dahsyat pun tentang pegawai pengutip cukai yang terpaksa berkampung di hadapan rumah mereka yang engkar membayar cukai. Sama ada sistem cukai kita tidak selemah Amerika Syarikat atau kita sendiri tidak sehebat mereka yang berusaha mendapatkan pengurangan cukai sebanyak mungkin. Oleh itu, bagi yang sudah bekerja dan berkeluarga, gunalah sebaiknya pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan.

7 comments:

Nizam Ijam said...Reply to comment

adoi..terteruk pon ada list erk?? jangan listkan blog terburuk lak..haha



” Nizam Ijam Dot Com”

faiz said...Reply to comment

panadgn mr ubey cukup hebat dan tuntas..tetapi mr ubey perlu juga take into consider about the other fishes in the water,the business world is just like a hamster wheel,if u willing to run faster, it will go faster...to do that u need a certain mindset to enable u to get into the mind of en najib..en najib(etr) had been a tremendous help to my project and fortunately due to perhimpunan BERSIH 2.0 my business had to be closed for a week due to certain damages and saya tk berapa nk suke la kn,in ur opinion mr ubey, patut kah RPGT itu dinaikkan, padahal acquisition price pada wktu itu hanya 30% of market price...is it reasonable??? i mean, can u imagine??? 30% of THE DAMNED MARKET PRICE..surely there are some profit??? would'nt u agree??????

kam said...Reply to comment

cukai mmg wajib kene baya ke?

.izzati liyana. said...Reply to comment

wow. macam baca berita weh masuk sini. tax punya org la kena siasat betul2 ni. pegi check company dorg. and ape yg encik faiz cakap kat atas tu, gila power bahasa and his opinion. tak terjawab and tibe2 rase cuak nak kerja and involve dgn benda-benda ni semua.

Ubey said...Reply to comment

@Nizam Ijam
sampai ati nk list tang tu. hehe

Ubey said...Reply to comment

@.izzati liyana.
pn nihlah ad ckp kan. company us suke cr loophole. hehe. faiz spammer

kaizen said...Reply to comment

kalau dah rasuah mmg xde la kite nk dgr cukai tu bayar ke x... cube tunjuk repot kat org awam then biar NGO buat audit komfom ade yg x bayar...

*makcik aku keje jbtn audit da byk sgt cter aku dgr...

latest entry Benda yang Aku BENCI time Ramadhan!! & Urban : Camera Paling CANGGIH

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y