Friday

Misi Ramadhan: Lailatul Qadar

8


Bersediakah kita? Masa berlari dengan pantas. Saban waktu kita dihimpit dengan urusan yang tersendiri. Kesibukan di tempat kerja, tugasan kuliah, mahupun bersama kenalan. Hidup umpama tempelan jadual dunia. Mahu atau tidak terpaksa kita turuti. Ya. Jadual hidup memang perlu ketat untuk berjaya. Berlengahlah, tumpu di atas meja dahulu. Tak salah longgarkan hukum untuk Darul Baqa'. Bisik sang iblis. Awal lagi untuk menghadapi kematian.
Bagaimanakah amalan kita? Sepanjang Rejab dan Syaaban sudah berapa kali berjaya dengan puasa sunatnya. Berapa kali khatamkah kitabnya. Makin dekat dengan Ramadhan, makin menarik slot drama. Tak puas kita diisi dengan aksi Cikgu Zakiah; Super Mak pula sedang menunggu. Malah dua tiga bulan inilah gegak gempita paling bergema di Bukit Jalil. Teka, Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa diadakan di negeri mana? Mungkin kebetulan. Hari ini persis semalam. Tiada perubahan. Cuma tak sabar menanti hiburan esok. Bukan amalan esok. 

Berhutangkah kita? Hutang rumah, kereta, kawan-kawan. Komitmen puluhan ribu pun, pasti kita yakin untuk menyelesaikannya. Tapi jangan lupa janji kita dengan Maha Pencipta. Setiap kali solat, kita lafaz sesungguhnya solatku, agamaku, hidupku, dan matiku kuserahkan kepada Tuhan sekelian alam. Itu baru doa iftitah kita sudah berhutang janji. Kalau qadha, fidyah, atau karafah? Langsailah secepat mungkin. Tidak selama enggang mengeram.

Bersihkah harta kita? Kita tak merungut kalau disuruh open table belanja makan, rokok, karaoke, dan sebagainya. Tapi kalau tanggungjawab kepada negara mulalah mengomel. Cukai itu, cukai ini. Sikit sikit cukai. Nak isytihar harta lagi leceh. Tunggu diserbu pegawai IRB baru jadi bak katak diharung ular. Ini baru cukai. Zakat pula bagaimana. Tidak semestinya fitrah; zakat pendapatan, emas, galian, tanaman, perniagaan semua wajib dibayar jika cukup haulnya, cukup nisab. Cuba renung kembali, sudah dibersihkan atau belum.
Bersediakah kita? Untuk bertemu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan? Ya atau tidak persoalan-persoalan di atas adalah titik penentu persediaan kita. Usah dikejar tabiat sufi ekspress. Mengira formula-formula  untuk beribadat malam-malam tertentu sahaja. Andai kebetulan tepat jangkaan pun, kemanisan ibadat tidak akan sama jika kita bermula seawal mungkin. Inilah misi Ramadhan. Lailatul Qadar. Kita berubah bermula hari ini.


8 comments:

Unknown said...Reply to comment

entri terbaeek...menyedarkan umat Islam kat Malaysia ini

Shahrulsite Blog - Mahu Bela Islam dan Melayu?

papabear said...Reply to comment

untung la sesiapa yg dapat merasa lailatul qadar..

Mrs Nurul said...Reply to comment

melampau spamm nih..welkam bek =P

Admin said...Reply to comment

@Shahrulsite

untuk ak gak tu. kadang2 lagha

Admin said...Reply to comment

@papabear

Insya Allah. same2

Admin said...Reply to comment

@░♥si lampu neon♥░

ko jd idola ak skrg

faiz said...Reply to comment

ku mengharapkan ubey dpt poso penuh la bule poso ni

Anonymous said...Reply to comment

awal yang baik

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y