Thursday

Banggakah Sekadar Jaguh Kampung?

7

Teguran itu perlu. Dalam kehidupan ini, istilah ‘hanyut’ tidak pernah lari dari jasad kita. Siapa sangka sealim alim manusia pun boleh tewas pada pelbagai jenis ujian dunia hari ini. Lihat saja dada akhbar kini yang penuh dengan seribu satu masalah yang menjadi nanah masyarakat kita sekarang. Hanyut tidak terhad kepada dosa pahala atau maksiat, malah wujud dalam perilaku, tutur kata, mahupun organisasi. Kadang kadang kita tidak sedar bahawa perkara yang kecil juga mendorong kita untuk hanyut dibawa arus deras. Oleh itu, disinilah fungsi ‘teguran’ sebagai benteng untuk memperlahan arus tersebut.

Namun ada pihak menyalahgunakan istilah ‘teguran’. Mereka beranggapan bahawa satu das sindiran tajam adalah teguran. Ayat ayat pedas yang sentap adalah satu teguran. Nasihat hendaklah diiringi cacian agar meninggalkan kesan yang mendalam. Konon nak menegur lelaki hari ini yang tidak gentlemen tapi disusuli dengan ayat bahawa sikap tersebut macam sial. Berbagai bagai serangan peribadi dengan tujuan untuk mempertahan tindak tanduk emosi mereka. Niat mereka suci untuk menegur sesuatu perkara tetapi menggunakan bahasa yang kasar. Bangga mendabik dada.

Dangkal. Mana adab menegur? Mungkin mereka sangka bahawa teguran tidak sama dengan nasihat. Jika nasihat pada umumnya adalah dengan menggunakan bahasa yang lembut maka teguran hendaklah menggunakan bahasa kasar. Tambah ramuan cacian untuk menyedapkan lagi aura teguran mereka. Hitam bercampur putih tidak akan menghasilkan warna yang cerah. Gelap tetap gelap. Sesuci mana pun niat mereka tetapi jika diselangi dengan cacian, ia tetap suatu cacian. Bukan lagi teguran.

Inilah masalah utama para penegur yang tidak bertauliah. Bagi mereka, dunia adalah pada mata mereka sahaja. Mereka menafikan pendapat orang lain. Mereka beranggapan bahawa perbuatan mereka adalah betul dan tepat walaupun bercanggah dari segi agama, moral, dan adab. Para penegur yang lucu. Sanggup bersumpah sambil pegang Al-Quran untuk mempertahan pandangan sendiri walhal tidak pernah wujud dalam islam perbuatan tersebut. Ada pula yang sanggup mencipta hukum dengan mengatakan gaji yang diterima pada masa hadapan adalah haram jika meniru dalam peperiksaan. Soalan mudah kepada mereka, adakah sah haji bagi individu yang menggunakan hasil judi untuk mengerjakan ibadah haji di kota Mekah? Slippery Slope.

Kita jangan terlalu cepat melenting. Sabar. Siapa tidak kasihan melihat golongan yang kononnya berilmu tinggi ini tapi terserlah kejahilan mereka satu persatu. Teguran itu perlu. Tetapi biarlah kena pada bahasa dan masa. Kawal amarah dalam diri masing masing. Cubalah sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada menimbulkan sebarang provokasi. Dalam hidup bermasyarakat, toleransi menjadi tunjang kekuatan dan perpaduan. Jika ada perkara yang kurang disenangi pun, gunalah perkataan yang elok untuk menegur. Rugi pahala jika niat sahaja yang baik untuk menegur tapi menggunakan cara yang menyakitkan hati dan mengundang perbalahan. Gunalah bahasa persuasive, sopan dan beretika dalam memberi teguran.

Banggakah menjadi jaguh kampung? Tepuk dada tanya selera.

p/s - teguran amat dialu alukan jika wujud kesilapan fakta. TQ

7 comments:

Anonymous said...Reply to comment

taik sume ni taik....

Anonymous said...Reply to comment

setahun der..............

addy azmar said...Reply to comment

sangat2 setuju...boleh pulak pegang al-quran sambil angkat sumpah..itu budaya orang kristian...nak tunjukkan kononnya tahu hukum-hakam padahal jahil...

Admin said...Reply to comment

ssyh... dah2. jgn kasaq2 ayat tu naa. ak tulis pn utk teguran diri sendiri. mari berbaik2 jm

Anonymous said...Reply to comment

redzwan said : ubey terbaik ah :)

Ckhakeem said...Reply to comment

Ubey is back. Nice entry. Sorry baru bukak.

Masyithah a.k.a. Cik Antoo said...Reply to comment

sindir m'nyindir budaya kita - sentaphatimaknak dlm Oh Yeah di Astro Warna ... haha ... ckp lembut2 , pandang atas & dua2 tangan m'hala ke dada ... wat lh ... (mcm bongok jerk , tp ak dh wat )

ak klu x puas hati , ak ckp direct tp lembot2 , klu org tuh bls kasar2 , siap lh ... ngeh3

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y