Thursday

Review Filem KL Gangster

12


KL Gangster. Memang tak rancang nak tonton pun hari ini sebab poster iklan tulis keluar 9 Jun 2011. Bila semak online masa petang tadi, KL Gangster sudah ada untuk tayangan malam. Tanpa fikir panjang, kami berempat terus gerak ke Jusco Bukit Raja pukul enam setengah petang lebih kurang. Tak sangka hampir penuh seat, yang available hanya baris hadapan saja. Buat kering je. Alang alang dah sampai.

 KL Gangster mengisahkan tentang seorang bekas ahli kongsi gelap di Kuala Lumpur, Malek (Aaron Aziz) yang baru selesai menghadapi hukuman penjara 5 tahun dan ingin meneruskan hidup sebagai insan biasa. Disamping beliau adalah Fadli (Zizan Raja Lawak) sebagai rakan yang banyak membantu Malek sepanjang perjalanan cerita.

Walau bagaimanapun, semua bagai serba tidak menjadi setelah adik lelaki beliau, Jai (Adi Putra) yang turut bergiat aktif dengan aktiviti kongsi gelap serta adik perempuan beliau ,Zati (Sheera Iskandar) yang liar serta aktif dengan sindiket mengedar dadah. Tidak cukup dengan itu, ibu Malek dan Fadli sendiri diancam dengan pelbagai dugaan ekoran permusuhan Malek dengan Shark (Syamsul Yusuf).

Filem kelima arahan Syamsul Yusuf ini wajar diberi tepukan gemuruh kerana penceritaan yang tidak meleret serta aksi aksi pergaduhan yang menarik. Sukar untuk mencari kecacatan dalam filem ini melainkan lakonan Syamsul Yusuf yang masih kaku serta tiada variasi. Watak Shark bawaan beliau memang kelihatan menjadi dengan karektor panas baran namun Syamsul tetap Syamsul, tiada apa berubah dengan watak2 filem beliau yang terdahulu. Cuma apa yang boleh dibanggakan adalah jalan ceritanya yang kemas dan yang penting ianya tidak membosankan.

Lakonan Jai (Adi Putra) sebagai adik serta musuh Malek patut dipuji kehebatannya sebagai watak antagonis yang ganas dan dahagakan wang. Perwatakan agresif beliau berjaya dihayati sepenuhnya dan sangat hebat. Yang pasti, quote beliau ‘abang tak abang, sape kacau pecah’ sangat popular dikalangan pengguna Facebook sekarang. Ditambah pula dengan watak Fadli (Zizan Raja Lawak) dan Ajib (Soffi Jikan) yang pasti mampu membuatkan penonton di pawagam ketawa besar dengan kerenah mereka.

Secara jujur, nilai murni di dalam filem ini berjaya dijamu dalam bentuk yang tidak klise, atau dengan kata lain tidak terlampau nampak kebaikannya. Syamsul mampu menyelitkan beberapa elemen positif secara tidak langsung disebalik unsur unsur gangsterism. Ada beberapa adegan yang boleh membuatkan penonton berfikir sejenak dan menilai kewajaranya. 

Namun begitu, wujud beberapa kelemahan yang subjektif dalam filem KL Gangster ini. Antaranya perkembangan watak yang sederhana. Syamsul kurang menggunakan flash back sebagai medan untuk menerangkan sesuatu adegan secara visual. Sebaliknya, cukup dengan penjelasan melalui oral atau kata kata. Antaranya kisah lampau Malek yang masih samar sedangkan beliau antara orang penting yang meluaskan empayar kongsi gelap di Kuala Lumpur pada suatu masa dahulu. Menyebabkan kurangnya impak elemen suprise atau kejutan kepada penonton dek jalan cerita yang mendatar.

Selain itu, adegan di kelab malam masih menjadi kegemaran Syamsul. Dengan kehadiran wanita wanita yang berpakaian seksi dan arak yang bebas dihidang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Namun itu tidak menjadi masalah jika Syamsul benar benar ingin menonjolkan suasana kongsi gelap di Kuala Lumpur. Sindiket dadah, pelacuran, serta gaduh antara geng sangat sinonim dengan nama kongsi gelap itu sendiri. Efek darah juga tidak dibuat secara serius kerana tak ubah seperti air coklat yang meleleh keluar dari mulut.

KL Gangster dilihat begitu terikut-ikut dengan filem kongsi gelap Hong Kong. Pergaduhan untuk berebutkan kawasan, kurangnya penglibatan polis secara langsung, serta ending yang tidak menarik sedikit sebanyak menjejaskan kesempurnaan filem ini. Istilah abang long hanya pada nama dan tidak merujuk langsung kepada ‘persatuan persatuan dalaman’ di dalam negara ini. Filem ini boleh dikategorikan sederhana ekoran jalan cerita yang mudah diagak dan aksi-aksi gaduh sahaja sebagai sajian utama.

Kesimpulannya, KL Gangster masih tidak mampu untuk mengangkat filem kita ke persada dunia. Filem ini masih tertumpu kepada nilai estetika bentuk berbanding nilai estetika makna. Ia tidak menonjolkan ‘slice of life’ di Malaysia, apatah lagi sebagai perantaraan untuk mendidik masyarakat kita. Mungkin tajuk filem KL Gangster sudah menyatakan fokus filem ini keseluruhannya. Sekurang-kurangnya kehadiran Syamsul Yusuf di dalam dunia industri tanah air mampu menidakkan monopoli tayangan filem arahan Prof Madya Abd Razak Mohaidin yang umumnya kurang bermutu. Secara peribadi, saya memberi filem ini 6/10.

12 comments:

Admin said...Reply to comment

macam best jer..

Rizha. said...Reply to comment

great review !

Anonymous said...Reply to comment

terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...Reply to comment

g awal jam 6 lagi solat maghrib masa mana

Ubey said...Reply to comment

insya Allah ad surau kt bukit raja. solat x tinggal

Anonymous said...Reply to comment

hebat kupasan anda macam repoter kenapa tak buat rencana yg lebih bermanafaat dan hantar ke media massa boleh buat duit juga

Anonymous said...Reply to comment

actually..pada pandgn saya lah ea...agak2 en ubey lah ea, perubahan watak2 d dlm filem ini boleh d katakan memberi anjakan paradigma yg akan melonjak naikkan evolusi KL drift yg semakin menjadi2 d kalangn gologn muda seperti saya?? oleh itu, suka saya menyatakan bahawa en ubey tdak ubah sperti debunga cinta yg berterbangan d wktu pagi ....yg hanya menumpang lalu dan terus berlalu tanpa usul periksa....

p/s-budaya gay semakin menular..cam sial...PUIII....

Anonymous said...Reply to comment

pada pandangan sayalah kan,,saya amat bersetuju dengan sebahagian besar review yang telah diberikan oleh en.ubey,,akan tetapi apakah pendapat dan review panjang en.ubey mengenai PEKIDA yang ingin menyaman badan induk yakni SKOP PRODUCTION ats penggunaan kata kod rahsia mereka, yang saya anggap sudah tidak berapa rahsia lagi,akibat dari mulut becok ahli dalam PEKIDA sendiri,,tentang penggunaan bahasa seperti 'ayahanda', 'abang long' dan pelbagai lagi kod2 rahsia di dalam cerita tersebut. apakah yang perlu ditakuti oleh badan Pekida ini dan apakah yang perlu dibimbangkan dengan kata2 nama kod rahsia tersebut,,dan apakah impak terhadap industri perfileman negara kita berkaitan dengan visi dan misi Pekida itu sendiri. Jikalau en.ubey boleh melontarkan seketul dua pandangan adalah kiranya memadai bagi meleraikan sedikit isu yang agak baru nak 'up' ini. diharap orang yang mempunyai penulisan hebat seperti en.ubey dapat mengreviewkan hal ini dengan ayat2 en.ubey sendiri. Saya sentiasa mengalu-alukan org seperti en.ubey untuk terus melontarkan review2 serta pandangan peribadi seperti yang tertera diatas.

p/s : semua manusia mempunyai hak untuk mengutarakan pandangan masing2,,biarpun ia betul atau salah,selagi tidak mengubah maksud sesuatu fakta yang cukup sifatnya,,betul kan? :)

Diary oF Mine said...Reply to comment

sgt best..! mcm nk g tgk lg...

Anonymous said...Reply to comment

ubey kwn ngo gay jo...

Ckhakeem said...Reply to comment

ubey saya sedang buat post pasal sukan polo dan malaysia, mungkin tuan ubey boleh bantu saya

akubiomed said...Reply to comment

Tanniah kepada Shamsul kerana mengarap cerita Gangster KL :-) Berjaya mendapat kutipan yang pecah panggung

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y