Wednesday

Ubey Is Blogging Back

3

Hoo.. Ambik mu. Padey muko!
          Itulah antara monolog dalaman yang tak habis habis maki diri sendiri. 1 tahun dan 5 bulan aku tak jenguk langsung blog ni. Ada yang tanya aku sibuk dengan belajar ke apa. Aku pun sengal. Ingat kalau lari daripada kejuruteraan, boleh bersenang lenang ambil kursus perakaunan. Rupanya tiada yang senang di dunia hari ini. Benda mudah pun dipersusah, diberi teori bagai semua, hasilnya aku terpaksa merangkak untuk belajar dari kosong. Alasan paling kukuh kenapa aku masih belum raih anugerah dekan sampai hari ini. Hehe.

Kembali kepada topik asal. Hosting dan domain dah tamat tempoh awal tahun 2010 lagi. Nasib baik aku dah buat salinan semua data yang penting. Tetapi, database kalau sempat backup tapi tak reti restore apa guna kan? File sql tu mungkin bangang atau lupa backup sekali dengan directory wordpress. Mungkin. Yang penting, bulan lepas aku pinjam hosting kawan konon nak hidupkan balik blog lama aku. 3 hari aku buang  masa try and error. Memang tepat istilah itu. Banyak kali aku try tetap jadi error, siap forbidden error lagi. Terus putus asa.


"Asal ko tak gune blogspot je?", kawan aku pernah bertanyakan soalan tersebut. Dengan tanpa perasaan aku cerita semua secara terperinci tentang kelebihan wordpress (self hosted) dengan blogspot. SEO, plugin yang mesra php, pengaturcaraan,  penjenamaan dll kepada beliau. Tapi jauh dalam lubuk hati aku, tiada alasan lain. EGO. Siapa aku untuk guna blogspot? Aku yang pernah merasai detik gembira zaman wordpress dulu. Komentar hampir cecah ratusan komen setiap artikel, pelawat sehari lebih dari ribuan. Nuffnang dua kali aku cashed out. Tiba tiba nak diajak guna blogspot? Jelik.

Astaghfirulah al azim. Seperti Ubey di alam fantasi!
Aku hembus nafas perlahan lahan. Gosok dada. Sesekali aku guna ibu jari kiri picit tengah tengah rusuk. Petua orang tua untuk halau syaitan dalam tubuh. Tak pasti betul atau tidak. Aku  cuba beri penjelasan kepada diri sendiri. Dah jatuh buatlah cara jatuh. Zaman khayalanmu sudah berlalu Ubey. Mana nak cekau duit beli hosting dan domain? Orang lain hit beribu ribu setiap hari tapi masih merendah diri. Ada yang setiap bulan cash out duit nuffnang tapi tak bising pun. Malah pengguna blogspot pun ramai yang hebat. Kita tak sedar, setitik hasad di dalam hatilah yang menjadi kudis, bernanah dan busuk seluruh anggota badan.

Aku tak nak jadi bodoh sombong. Hampir sebulan aku fikir masak masak, terus daftar blogspot. Daripada 91 posts, hanya 76 sahaja yang dapat diselamatkan. 2889 komen aku lupuskan begitu sahaja. Tak larat nak publish satu persatu. Aku nak dapatkan balik entri yang lepas pun dah cukup susah. Masuk phpAdmin dan selongkar entri demi entri, copy dan paste balik semua entri ke dalam blog ni. Komen hilang aku tak kisah sangat. Tapi ada beberapa entri yang tak dapat ditemui. Terkilan seringgit dua.

Biarlah aku bermula dari bawah. Cari balik identiti blog yang dah lama hilang. Nak bimbang orang follow tak follow lain cerita. Nak blogwalking pun malas sekarang. Yang penting kepuasan menulis itu sendiri. Ayat nak sedapkan hati. Haha. Bagus juga aku guna platform ni. Sekurang kurangnya aku tak salahkan diri aku kalau 'bercuti' lagi. Apapun semua yang berlaku ini diharap memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada diri sendiri.

Semoga urusan kita dipermudah Allah s.w.t. Amin..

3 comments:

Ckhakeem said...Reply to comment

Wa sappork lu!

Masyithah a.k.a. Cik Antoo said...Reply to comment

salam ...

wa caya sm lu bey weyh ... haha

mula dr bwh , ko dh ad p'ngalaman , x mustahil ko blh dok atas blk ... best erk zmn dulu2 men blog ... klu ak start blog blk , opkos lh guna yg lain ... yg dulu tuh wat arkib ... haha ak nk target 6 entry s'hari klu ak start blog blk huhu

Azah said...Reply to comment

hai ubey.. selamat berkenalan.. :P

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y