Tuesday

Palestina Dari Sudut Politik

0

Entri yang agak panjang. menangisi kesengsaraan saudara kita di Palestin


Pembunuhan besar besaran ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sudah masuk hari ke 19. Saban hari kita diratapi dengan tangisan rakyat Palestin yang tidak berdosa ekoran kehilangan nyawa insan tersayang, harta benda, serta maruah agama. Dengan sinis kerajaan Israel mengatakan bahawa itulah harga yang perlu dibayar dalam peperangan. Ya. Setakat ini 1000 warga palestin telah menjadi mangsa kekejaman haiwan nomad tersebut.

Kita mengecam serangan mereka ke atas Semenanjung Gaza. Sejak hari pertama pengeboman udara oleh tentera Israel banyak suara2 sama ada ketua kerajaan, media, dan blogger2 sendiri yang mengutuk sekeras-kerasnya massacre ini. Suara emosi kedengaran di pelusuk dunia tetapi tidak diendahkan langsung oleh rejim Zionis. Malah baru2 ini situasi bertambah hangat setelah tentera Israel mengebom sekolah milik PBB yang menyaksikan kehilangan berpuluh2 nyawa. Kanak2 dijadikan bahan buruan senapang Israel. Bangunan2 kemudahan awam diranap untuk melemahkan rakyat Palestin. Apa sebenarnya reaksi Malaysia yang dilaungkan sebagai antara negara islam yang paling berjaya dalam ekonomi, pendidikan, dan politik.


Kononnya kita telah menghasilkan satu lagi karya sejarah setelah mengadakan satu sidang khas Dewan Rakyat yang menyokong 100% usul PM Malaysia. Kita melihat bagaimana gagapnya Pak Lah membaca teks ucapan seolah2 tidak bersedia lebih awal, begitu juga ketegasan Timbalan Perdana Menteri yang mendapat sorakan hangat di dalam dewan. Tidak lupa juga suara ketua pembangkang DSAI dan Presiden Pas yang menyokong sepenuhnya usul PM untuk menghantar Israel ke muka pengadilan. Secara sinis ia adalah antara sembang kosong ahli politik negara.
Tidak suka dengan penyataan tersebut? Adakah kita sedia maklum dengan situasi politik di Palestin? Kita hanya melihat dari kaca televisyen berkenaan konflik Fatah dan Hamas tetapi tidak ramai yang kurang arif perjuangan mereka. Aku ingin sentuh profile kedua2 parti tersebut secara ringkas.


Persaingan Hamas dan Fatah

Dua parti yang mendominasi politik Palestin, iaitu Fatah dengan Gerakan Pembebasan Palestin (PLA) yang dimulai sejak tahun 1950-an serta Hamas, yang menang pemilihan raya parlimen Januari 2006. Keduanya kemudian sepakat membentuk pemerintahan nasional bersatu untuk mengatasi perbezaan yang ada, namun tetap tidak meredakan perbalahan untuk merebut kekuasaan.

Fatah




Nama lengkap

Harakat al-Tahrir al-Filistiniya atau Gerakan Pembebasan Palestin. Fatah yang menjadi nama pendeknya, berarti 'penaklukan.'

Sejarah Organisasi

Didirikan oleh Yasser Arafat tahun 1950-an dengan garis perjuangan bersenjata untuk membebaskan semua Palestin dari pendudukan Israel.

Kelompok ini kemudian berkembang menjadi organisasi Palestin yang terbesar, dan mengiktiraf kewujudan Israel melalui Kesepakatan Oslo 1990-an.

Namun Fatah kehilangan kekuasaan dalam pilihanraya parlimen 2006, ekoran kematian Yasser Arafat serta yang sekaligus melemahkan kedudukan Fatah ditambah pula ramai pegawai tinggi Fatah mengamalkan korupsi.

Peralihan pemerintahan dari Fatah ke Hamas itu menyebabkan beberapa pertumpahan darah serta pergaduhan antara kedua belah pihak di Semenanjung Gaza.

Sikap Terhadap Israel

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mencadangkan agar rundingan damai dapat dijalankan serta mengkritik perjuangan bersenjata serta serangan atas penduduk awam Israel. Tujuannya adalah mendirikan negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan Jerusalem sebagai ibu kota.

Briged Martir al-Aqsa, kumpulan bersenjata Fatah, mendukung gencatan senjata tidak rasmi dengan Israel pada tahun 2005, namun melancarkan serangan ke Israel dengan alasan sebagai serangan balas.

Status Sekarang

Kekalahan dalam pilihan raya tahun 2006 membuatkan Fatah berada dalam posisi bertahan dan dikhuatiri akan menggunakan pengaruh politik dan kekuatan tentera untuk tetap mempertahankan dominasinya di Tebing Barat

Setelah beberapa bulan berlangsungnya kekerasan di Palestin, yang menggadai ratusan warga Palestin, Fatah mencapai kesepakatan dengan Hamas untuk membentuk pemerintahan bersama2

Namun perselisihan paham kembali marak dan Presiden Mahmoud Abbas dari kumpulan Fatah memutuskan untuk membubarkan pemerintahan Palestin.



Hamas


Nama lengkap

Harakat al-Muqawama al-slamiya atau Gerakan Penentang Islam. Nama pendek Hamas, yang bererti 'semangat.'

Sejarah Organisasi

Merupakan cabang dari Ikhwanul Muslimin yang bertekad untuk mendirikan negara Islam di atas wilayah Palestin pasca perang Israel 1948, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Sejak didirikan pada tahun 1987, Hamas bercita-cita mendapai 2 tujuan, iaitu kesejahteraan sosial dan perjuangan bersenjata. Hal ini membuat Hamas dihormati oleh warga Palestin yang menderita di bawah pendudukan Israel. Namun rangkaian serangan bom berani mati ke atas penduduk awam Israel oleh ahli Hamas, membuat organisasi ini dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat, dan Kesatuan Eropah.

Kemenangan besar Hamas dalam pilihanraya parlimen 2006 membuat Hamas meraih kekuasaan untuk pertama kalinya. Namun pemerintah Hamas tetap tidak diakui Israel dan sekutunya. Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi serta bantuan untuk melemahkan kumpulan Hamas. Sekaligus menjatuhkan maruah AS sebagai negara pelopor demokrasi.

Sikap terhadap Israel

Perdana Menteri Ismail Haniyeh sudah mengungkapkan tentang gencatan senjata jangka panjang dengan Israel, jika mengundurkan diri dari kawasan yang diduduki tahun 1967.

Sayap bersenjata Hamas, iaitu Briged Izzedine al-Qassam, ikut serta dalam gencatan senjata dengan Israel pada tahun 2005, namun mereka menegaskan hak untuk membalas serangan Israel.

Hamas kini mengalami krisis kewangan yang tenat ekoran sekatan bantuan serta kewangan oleh badan2 antarabangsa.

Oleh itu dapat dinilai bahawa konflik antara dua pengaruh besar di atas menjadi faktor kelemahan kerajaan Palestin sekarang. Sebelah pihak yang bersekongkol dengan yahudi, dan sebelah pihak lagi yang menggunakan kekerasan untuk membalas perbuatan binatang Israel. Penguasaan Hamas di Semenanjung Gaza menjadikan kawasan tersebut sebagai operasi ketenteraan rejim Zionis sekarang. Tambahan pula kerajaan pimpinan Hamas tidak diiktiraf oleh kebanyakan negara lain kerana dicop sebagai pertubuhan pengganas walaupun mereka adalah pejuang kemerdekaan negara Palestin yang tidak mahu tunduk pada telunjuk Yahudi.


Banyak pihak menyalahkan Liga Arab dan OIC yang tidak memainkan peranan penting dalam pencerobohan bersenjata Israel. Tetapi kita harus sedar bahawa masing2 ada kepentingan tersendiri sama ada dalam pelaburan, politik dan sebagainya. Mengkritik Israel dan menyokong Hamas bermaksud membunuh diri. Amerika Syarikat mudah2 akan menyenaraikan negara tersebut dalam kelompok paksi kejahatan. Negara Islam sebenarnya amat lemah dan tidak bersatu padu. Mereka terlampau bergantung kepada AS dan terpaksa menelan air liur sahaja melihat saudara seagama dibunuh tanpa perimanusiaan. Begitu juga Malaysia yang terpaksa mengiktiraf Fatah malah duta Palestin ke Malaysia Abd el Aziz adalah wakil dari Fatah. Malah sewaktu demonstrasi mengutuk serang rejim zionis di pejabat kedutaan palestin, beliau memaksa poster2 pemimpin Hamas diturunkan.

Ok. Bagaimana dengan usul kerajaan ingin membawa Israel ke tribunal perang? Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza. Al-Magribi menjelaskan, pihaknya sudah bertemu Mahmud Abbas untuk mengajukan jenayah perang Israel ini kepada mahkamah antarabangsa. Ini kerana mahkamah antarabangsa tidak akan menjalankan pengadilannya kecuali jika ada pengajuan dari sejumlah pemimpin negara. Oleh karena itu, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Den Haag, Belanda tidak akan mengadili jenayah Israel ini kecuali jika ada persetujuan dari Mahmud Abbas.


Inilah sebenarnya musuh dalam selimut isu Palestin yang kian meruncing ini. Kita begitu jelas dengan sifat munafik Mahmud Abbas yang masih mempertahan rejim Zionis. Jika Majlis Keselamatan PBB tidak dapat memaksa Israel melakukan gencatan senjata kerana dibatalkan melalui kuasa veto AS, pendakwaan ke atas Israel pula tidak dapat dijalankan kerana dibantah oleh pemimpin Palestin itu sendiri. Malah semasa duta Palestin membuat kenyataan, beliau mahukan kemudahan trak diderma untuk proses penghantaran bantuan kepada mangsa. Mengapa melalui Fatah? Fatah berkuasa di Tebing Barat dan terpaksa menghantar bekalan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui Israel? Tebing Barat dikelilingi kawasan Israel dan Mesir pula menutup pintu sempadan.


Konflik di Timur Tengah bukan lagi isu agama antara Islam dengan Yahudi tetapi lebih kepada isu politik. Derita rakyat Palestin bukan lagi menjadi mangsa kekejaman Zionis sebaliknya turut didalangi oleh negara Mesir, Jordan, serta Arab Saudi sendiri. Tidak berniat untuk apa2 menimbulkan isu di sini, tetapi dermalah kepada organisasi yang sepatutnya. Biarlah sampai secara terus kepada mangsa serangan, mengapa memerlukan trak2 dari Tebing Barat untuk menyalurkan bantuan. Skuad Mercy Malaysia juga telah tiba untuk merentasi sempadan Mesir membantu mangsa di Gaza. Kita sebagai umat Islam haruslah berdoa akan kesejahteraan saudara kita. Kempen memboikot barangan Israel boleh dilakukan secara berperingkat dan menekan ekonomi secara berterusan. BOIKOT. Jahanam Kau Israel!!

Untuk Menderma Sila Kunjungi Laman Di Bawah



p/s - esok aku kembali pulang ke kampus. mungkin mengambil masa 1-2 minggu untuk aku update entri seterusnya. bz sket.

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y