Sunday

Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (siri 1)

0

Semestinya karier memancing adalah satu karier yang mencabar keimanan, mengecutkan kadar kebesaran ginjal anda dan kadang kala memberikan tekanan mental buat diri seorang nelayan.. Namun, terdapat teknik2 rahsia untuk anda menjadi otai dalam dunia pemancingan..


Step 1


Mulakan karier anda dengan meracun rakan2 anda pergi memancing. Memang susah untuk meracun rakan2 memancing. Akan tetapi, dengan bantuan foto dan pengalaman anda didalam karier memancing ini, kerja2 meracun rakan anda menjadi makin mudah. War-warkan trofi anda biarpun ianya hanya sebesar selipar jepun size s, atau ianya hanya sepesis yang hanya menyemakkan pandangan mata seperti talapia, gelama, berudu dan sebagainya. Mulakan proses peracunan dikedai kopi, mapley dan sebagainya.


air-te


Step 2


Setelah berjaya dalam kerja2 peracunan, mulakan step seterusnya. Bawa rakan2 anda ke tempat2 yang berpotensi dan berkos rendah. AMARAN: jangan bawa rakan2 anda ketempat yang extrem dan ketempat2 yang hanya mempunyai penghuni spesis selipar cap sofian, lampin pakai buang ,plastik sampah terpakai serta rumpai air kerana spesis ini boleh membuatkan nelayan bertukar karier menjadi engineer, doktor, kauntan dan sebagainya.


asasasas


Step 3


Kelengkapan memancing adalah amat penting untuk memancing. Seorang dewa juga perlulah paham. Kesemua ahli komplot memancing ini adalah dikalangan ayam2 muda. Oleh yang demikian, mereka semestinya kurang mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Dengan erti kata lain, barang2 dewa berkemungkinan akan hilang secara tiba2 dan akan muncul di dalam poket ahli komplot anda. Atau kadang2 akan terus berada di joran memancing rakan anda. Dewa nelayan hendaklah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan hanya senyum melihat insiden seperti ini dan hadapinya dengan senyuman yang tabah. Ikhlaskan senyum anda walaupun ia adalah amat berat. Untuk mengurangkan kadar kehilangan kelengkapan memancing anda, Bawalah rakan2 anda ke kedai peralatan memancing. Dikedai tersebut, anda perlu berlakon seperti serba tahu supaya ahli komplot anda percaya bahawa kelengkapan itu patut dibeli. Ayat2 seperti, "tali besi ni penting ni, kat sana nanti ikan besar2. Nanti putus tali, buat penat je nanti kang","2hari lepas aku naikkan ikan 36kg pakai mata kail ni la, mata kail ni ikan suka makan." Adalah patut digunakan dikedai memancing. Jangan tinggikan nada lakonan anda kerana dikhuatiri akan didengari oleh tokei kedai yang mungkin akan mengkantoikan lakonan anda.


kelengkapan



Step 4


Racun telah menjadi, tempat sudah dipilih, barang sudah dibeli. Maka, mulakan perjalanan seorang nelayan anda. Jangan sesekali anda cuba merancang perjalanan nelayan anda. Kerana kebarangkalian kekecewaan adalah amat tinggi.. lakukan trip memancing dengan suprise. Lokasi ingin dibawa dalam episod ini adalah Tasik Kenyir.


saspen


Perjalanan yang jauh adalah amat membosankan serta menggigilkan jari jemari seorang pemancing extreme. Jantung mula berdegup kencang, jari jemari seakan2 menggigil tidak sabar untuk mencampakkan balingan pertama di port baru nanti. Tapi itu semua hanya dugaan. Sebagai seorang nelayan taraf dewa, anda perlu berlakon cool. Pemakaian kaca mata hitam adalah penting bagi mengelakkan perasaan tidak sabar anda diketahui orang serta, sentiasa memasukan jari anda kedalam poket supaya tiada orang perasan bahawa anda sedang gigil memancing.


Photobucket


AKAN BERSAMBUNG DALAM SIRI SETERUSNYA...


kredit kepada Mr Ajis yang bertungkus lumus menyiapkan rencana ini. penggunaan gambar2 beliau juga telah mendapat keizinan peribadi

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y