Saturday

Terima Kasih Nuffnang!!!

0

calecia


Alhamdulilah, setelah hampir sebulan lebih menunggu akhirnya sampai jua cek daripada Nuffnang. RM65 dalam masa 6 bulan mungkin bukan pencapaian yang hebat berbanding dengan blog2 hiburan, politik, atau blog2 otai yang sudah lama bertapak di dunia maya ini. Beratus atau beribu ringgit mungkin dijana dengan pelawat yang ramai. Namun, aku sekadar merendah diri dan tetap bersyukur dengan apa yang diperoleh. Terima kasih Nuffnang. Duit ni tak ke mana juga kerana dapat menebus balik kos pembelian domain dan hosting beberapa minggu lepas.


Nak dijadikan cerita, sejak tukar domain ni memang panas sedikit punggung. Hehe. Sindrom kekurangan pelawat memang dijangka lebih awal. Kalau blog dahulu paling tinggi pelawat mencecah 500 unique sehari, kini tak sampai seratus pun. Kalau dahulu pengunjung dari enjian carian mendominasi, kini tak sampai 50 pun beb. Sedih2. Lagipun pengunjung dari enjin carian yang diharapkan untuk CPC and CPM ads. Aku menolak 100% fraud click, atau suruh kawan2 klikkan. Masa awal2 dahulu mungkin, tapi makin lama bimbang pendapatan yang diterima tidak halal kerana tidak jujur. So kalau korang nak klik, saya x kisah sebab saya tak paksa okek kawan2. Mungkin kena anjur contest dengan hadiah iPhone 3G 16Gb, Nikon D90, Sony Vaio CS RM30 baru dapat tarik visitor. Sape2 ada cadangan sila tinggalkan di ruangan komen ek. Jika idea anda bernas, fresh, dan boleh dilaksanakan, Insya Allah ada sedikit ole2 untuk anda.


Al-kisah. Lagi sekali aku kantoi mengedit blog aku sendiri pada minggu lepas. Tak ubah seperti rusa masuk kampus. Bak kata orang kelantan, 'darak sungguh'. Ada draft post yang aku copy bulat2 dari Utusan Online. Untuk elak daripada terdelete entri tersebut, aku publish dan set to private. Kebetulan sewaktu itu aku sedang mencari theme yang sesuai untuk blog ini dan pada yang sama sidebar tiba2 jatuh ke footer. Banyak kaedah aku buat seperti mengubah code di index.php, sidebar.php, dll. Malah 3-4 kali aku install Wordpress tetapi masalah yang sama tetap berlaku. Habis terabur database dan directory aku sampai ambil masa 2-3 jam untuk membersihnya kembali.


Setelah berhari2 dalam kebingungan barulah aku perasan bahawa ini adalah silap aku sendiri sebab paste directly daripada Utusan Online ke visual editor Dahla dipublish, so aku seorang sahaja yang terkial2 dengan kecacatan blok aku tersebut. Sepatutnya aku salin sama ada ke Notepad dahulu ataupun ke plain text (HTML) editor. Kalau copy bulat2 memang akan tersalin formatting yang mengganggu tubuh blog ini. Namun, apa yang berlaku banyak hikmahnya. Sedikit sebanyak meningkatkan kefahaman aku dengan bahasa php dan database. 5% pun jadilah. Teringat peristiwa tersebut memang sangat2 rasa diri ini tak berguna. Kah3.



p/s

  • Terima Kasih Nuffnang.

  • Ini blog peribadi. Bukan

  • Taun depan lak cash out. nk bayar hosting.

  • Sape2 yg order aritu sabar ek. Penantian yang amat berbaloi

  • Suh. Kalu ko baca entri aku sila usha ni jap


0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y