Saturday

Akademi Al-Quran Musim 3 Grand Finale

0

akademi1

Alhamdulillah, selepas kejayaan Abdullah Fahmi dan Anuar Hashim, kini tiba giliran Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin untuk menerima gelaran sebagai juara Akademi Al-Quran musim ketiga (AQ3) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kemenangan beliau tidak disangkal lagi kerana berjaya mengalun bacaan dengan sempurna sepanjang dua pusingan pada malam tersebut. Pengalaman Fakhrul sebagai vokalis nasyid mungkin antara faktor kemampuan beliau untuk memberi persembahan yang baik.
Dari kiri Ahmad Tarmizi Abd. Rahman, Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin, Syamsul Abu Hassan Al- Shaari, dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman

Sejarah turut terukir apabila Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman, menjadi peserta wanita pertama Akademi Al-Quran yang mendapat tempat dalam tiga tempat terakhir setelah berjaya menduduki tempat kedua. Ahmad Tarmizi Abd. Rahman berada di tempat ketiga manakala Syamsul Abu Hassan Alshaari sekadar di tempat keempat. Qariah tunggal finalis AQ3, Syarifah Fadzilah dilihat berupaya menjadi juara kerana berjaya mempamerkan bacaan dalam riwayat susi, iaitu antara perawi yang paling sukar dikuasai (aku bukan qiraat, xtau ape pn). Namun, apakan daya kudrat wanita, bacaan Fakhrul lebih mengusik hati para juri dan penonton. Panel hakim terdiri daripada Ustaz Zambri Mohd Zainuddin (juri tajwid), Ustaz Nazri Abdullah (juri Qiraat) dan Ustaz Radzi Kamarul Hailan (taranum dan lagu).

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memupuk semangat cintakan Al-Quran di kalangan penonton dan kesedaran mempelajari Al-Quran. Selain itu, kelahiran rancangan Mari Bertarannum yang disiarkan di TV9 memberi turut pengetahuan asas kepada penonton tentang ilmu tarannum. Di sini jelas bahawa kesungguhan TV9 untuk mamainkan peranan sebagai pengantara bukan sahaja sebagai penyiar, tetapi sebagai penyumbang ilmu walapun tidak seberapa. Tidak dinafikan tema 'Melahirkan Generasi Al-Quran' adalah tepat. Walaupun sekadar rancangan televisyen, usaha untuk memartabatkan Al-Quran adalah tanggungjawab semua. Setiap alunan dan bacaan mampu memberi pahala kepada pendengarnya. ALLAH AKBAR.

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y