Friday

My Last Rambling

0

Esok aku bertolak ke Shah Alam. Laptop bakal dipusakakan kepada adik aku buat sementara. Jadi agak mustahil aku nak update blog. Kalau nak tinggal bersawang sayang gak, takut rugi kempen nuffnang. Tinggal beberapa ringgit untuk aku tunaikan cek yang kedua. Kalau nak permit penulis pun, kurang sesuai rasanya. Harap2 Azah benarkan episod terakhir cerpen beliau disiarkan di blog ini. Haha.

Lega. Siri Mengimbau Kisah mendapat sambutan yang agak positif. Walau hanya 3 siri tetapi masing2 mempunyai mesej yang berlainan. Alhamdulillah. Dapat juga sampai kepada pembaca. Dalam perancangan asal ada 5 siri sepatutnya. Tetapi terpaksa dipendekkan demi menjaga kualiti cerita. Andai terlalu meleret dragging, orang akan hilang mood nak baca. Ada juga blogger2 lain yang turut mencuba penulisan kreatif. Azahamin, Hurul_Aini, Xhackerz, dan Zelo55. Sangat menarik. Tak rugi baca.

Sedar tak sedar rupanya sudah setahun aku menulis blog. Sedikit sebanyak aku perasan akan perubahan ketara jika dibandingkan dengan saat mula2 aku mula berblog; 18 Jun 2008. Entri2 awal hanya beberapa kerat dan merepek. Kemudian disusuli entri BI, konon2 nak variasi bahasa. Entri mencarut2 sikit. Kemudian entri gimik. Share2 apa yang aku tahu sama ada tutor ke, ilmu, berita terbaru. Tag2 dan Award2. Macam rojak. Aku sumbat semuanya.

Kemudian pada satu hari yang penuh keajaiban. Kak Jie ada komen di sini. “Menulis dengan bahasa yang betul“.
Sejak itu aku seperti disuntik morfin. Rupa-rupanya penggunaan bahasa aku selama ini teruk. Aku sedar akan kesilapan dan perlahan2 menulis dengan betul. Kurangkan typo2 dan bahasa rojak. Perubahan yang amat susah.

Serius janggal kerana sebelum ini aku biasa menggunakan ayat2 kasar dan menulis ringkas. Banyak ayat tidak dapat digunakan jika menggunakan bahasa baku sepenuhnya. Aku ambil sebagai cabaran dan terus menulis. Makin lama aku sudah biasa dan dapat rasa nikmat menulis baku. Akhirnya aku mengambil keputusan drastik, tidak mahu lagi menulis dalam bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu baku sudah menjadi satu obsesi. Walaupun tidaklah sehebat mana, namun kepuasan menulis sangat2 dirasai. Timbul niat untuk memperkasa bahasa Melayu. Oleh itu aku membuat banyak percubaan menulis dalam pelbagai genre. Artikel, cerpen, drama, santai, serius dan banyak lagi. Cabaran sangat besar sebenarnya. Jika menulis dengan bahasa pasar, kita akan menaip apa yang bermain dihati. Ringan dan mudah dihadam oleh pembaca walaupun panjang. Jika menulis baku, kita cenderung menulis isu berat dan kadang2 membosankan. Satu pilihan yang sukar.

Aku nekad dengan perubahan yang ingin dibawa. Tagline “Radikal dan Anti Populis” bukan sebagai hiasan. Aku cuba menetapkan syarat kepada diri apa yang perlu aku tulis. Gaya apa yang aku patut gunakan. Cuba untuk menongkah arus agar lari daripada klise. Walaupun aku bukan pelajar kesusasteraan atau kewartawanan. Namun aku tetap bercita2 untuk menjadi kolumnis di akhbar2 harian mahupun. Itu antara cita2 aku.
Aku pernah membuat entri2 gimik sebelum ini. Tidak perlu menulis bagai nak rak, hanya letak2 gambar panas atau menulis perkara sensasi. Mudah mendapat sambutan. Tetapi secara peribadi ianya langsung tidak intelek. Blogger sensasi sudah cukup ramai hari ini. Isi kandungan memang menarik. Cuma kurang dari segi kelas pemikiran. Hedonisma.

Seperti yang aku tulis di atas, akhirnya aku nampak hala tuju aku menulis blog. Tiada penetapan khas pada mana entri, yang penting berbahasa Melayu. Lambakan bahasa2 rojak, picisan, sensasi, serta trend menulis dalam bahasa Inggeris harus aku elak. Agak keterlaluan kalau aku mendabik dada sebagai pendekar bahasa. Tapi sebagai kempen kepada blogger2 agar berbahasa dengan betul.

Cukuplah di sini. Aku pun malas nak bebel panjang2. Entah bila aku update pun tak pasti. Kepada komen2 yang belum dibalas atau tidak membuat kunjungan balas, harap maaf. Bukan sombong. Tetapi sibuk menguruskan persediaan2 memasuki semester baru di UiTM Shah Alam. Puas google, akhirnya jumpa blog2 mereka yang bakal menuntut di program yang sama. Segan. Rata2 mereka 9A dan 10A SPM. Barulah aku faham apa itu program Fast Track Accountancy. Ketar lutut aku.

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y