Friday

Rebel

0

Buat masa ni aku akan berhenti update blog ini untuk seketika. Bukan bertindak macam kanak2 untuk mogok lapar, tapi berharap tak nak mengganggu mana2 kemungkinan proses restore balik blog lama aku.

Entah wujud atau tidak proses tersebut, aku tak peduli. Selagi aku boleh bersabar, aku kasi peluang lagi. Mungkin ni masa sesuai untuk aku berhenti seketika di blog ini. Aku tetap dahagakan menulis. Banyak benda yang aku ingin sampaikan di sini. Aku tak kisah bagaimana penerimaan orang, yang penting aku puas dengan hasil sendiri.

Entri ini aku terpaksa kekalkan untuk mengesahkan penyertaan aku dalam kontest Khairil ini. Peluang untuk aku menang agak tipis. Aku sertai beberapa hari selepas tarikh diumumkan. Banyak player2 yang play safe dan terbitkan masterpiece mereka pada saat2 akhir. Semuanya bagus2. Namun seperti yang aku cakap di atas. Apa aku peduli menang atau kalah. Yang penting aku puas dengan hasil sendiri.

Dalam diam2 banyak file2 word yang menunggu masa untuk diterbitkan. Apapun ni kali ketiga aku buat entri merayu. SMS pun dah 4 kali semata2 minta dikembalikan blog lama aku. Sabar je la. Nasib baik aku melayu

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y