Menjejak kenangan silam seolah-olah bayangan permainan jigsaw puzzle. Kepingan berselerak yang berwarna warni, bercorak, dan mengelirukan. Setiap satu tidak semestinya muat dengan kepingan yang lain. Perlu dipasangkan dengan kepingan yang berpadanan. Semakin banyak kepingan jigsaw puzzle, semakin kompleks proses menyelesaikannya. Susunan mengikut kronologi. Ada yang menarik, ada yang hambar, ada yang kosong. Tetapi andai berjaya dipadankan dengan sempurna maka terhasillah satu gambar indah. Kerana itulah memori...
“Syaffiq, bahaya tu!!!” Jerit Syikin sewaktu melihat aku bergayut di bawah tempat duduk buaian.
Aku memekakkan telinga. Apa aku peduli? Bergembira bersama kawan2 adalah keutamaan hidup . Bukan selalu dapat bermain buaian ini kerana pagar yang kerap berkunci. Kawan2 aku yang lain pun tidak mempedulikan larangan bakal2 kaum ibu tersebut, malah memberi ruang untuk aku beraksi.
Buaian besi yang telah berkarat tersebut dihayun kuat ke kiri dan ke kanan. Terbayang bagaimana jika pelajar perempuan yang sedang bermain buaian, mesti terselak skirt mereka ditiup angin. Kini aku bersedia, beberapa saat lagi aku akan membuat gaya lompatan berguling ala hero filem Hollywood sedang keluar melalui kereta yang bergerak laju.
Suara2 sumbang masih kedengaran. Momentum hayunan semakin tinggi. Tiba2 sesuatu yang diluar jangkaan berlaku. Tangan yang berpeluh kerana agak lama memegang besi buaian menyebabkan aku terlepas. Aksi lompatan berguling tidak berjaya setelah aku jatuh umpama betik busuk. Sakit yang tidak seberapa di tulang punggung, aku masih mampu menahan dan berpura2 gelak.
Walau bagaimanapun pada masa yang sama, buaian yang berhayun laju itu sedang bergerak ke arah aku. Betul2 dihadapan muka. Aku kaget! Apa kudrat kanak2 berumur 6 tahun untuk berfikir secara kritikal? Aku hanya ada beberapa detik untuk bertindak sepantas mungkin. Semua orang memandang aku dengan penuh ketakutan. Dalam sekilas pandang, aku tak nampak kelibat Ain. Sebaliknya, Syikin sedang menjerit menyebut namaku sambil menutup muka.
Benak dipenuhi tayangan 1001 perbuatan lepas. Syikin, anak pakcik Omar. Budak yang naif dan pendiam, tinggal ditingkat dua Melor 11. Aku kurang pasti apa hubungan kami, bercakap pun jarang. Aku suka membuli Syikin. Conteng buku mewarnanya, betis rampingnya dicubit, kasutnya disembunyikan dan banyak lagi kenakalanku terhadap dia. Syikin tak wujud dihatiku, langsung tidak sama dengan apa yang aku rasa terhadap Ain.
Ironis apabila Syikin pula sibuk memikirkan keselamatanku berbanding Ain yang pandang sebelah mata pun tidak. Ingatan yang hanya beberapa milisaat tersebut ibarat memberi tamparan baru. Aku tersentak dari lamunan menghadapi realiti. Sah cedera parah muka aku jika dilanggar besi buaian yang berhayun laju.
bersambung...
- Apakah yang berlaku terharap aku? Komen pertama yang berjaya menjawab dengan tepat/ hampir tepat akan ditepek banner di sidebar.
- Masa ni wonderpets x wujud lagi. kalau x mesti diorang da selamatkan aku
- Untuk elak aku syok sendiri. jujurlah semasa memberi komen. kritiklah.
0 comments:
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y