Wednesday

Aku dah pindah. Oh yeah~

0

Baru siap mengecat

Salam sejahtera. Akhirnya blog aku berpindah rumah juga setelah sekian lama menumpang domain Suh. Pakej hosting daripada MyOnlineHoster dipilih kerana... Hehe. Keputusan memiliki domain sendiri sudah lama sebenarnya namun terpaksa dibataskan atas faktor masa, kewangan, dan tugasan yang berlambak. Setelah seminggu barulah aku melancarkan sepenuhnya blog aku ini.

Terima kasih diucapkan kepada Suh sebab banyak memberi bantuan teknikal untuk penyelenggaraan blog baru aku ini. Bermain dengan cpanel dan database yang berada di luar kemahiran aku memang menyakitkan hati. Dia cool je melayan kerenah aku. Hehe. Tanpa Suh mungkin aku terpaksa burn entri2 terdahulu kerana banyak masalah timbul semasa proses mengimport backup xml ke platform wordpress yang baru.

Signifikasi

Mengapa ubey2u?
Bukan untuk tujuan perbankan tapi dah habis idea nak letak domain apa. Entah siapa la beli domain ubey tapi tak guna2 pun. Bunyi sedikit gedik agaknya ubey2u – ubey untuk kamu. Kah3. Mungkin itu antara sebabnya. Nama yang ringkas dan mudah disebut. Mengapa bukan (dot)my? Tak perlulah, kurus dompet aku.

Cuma sedikit perit kerana habis jatuh PR dan traffic buat masa ini. Malah entri2 aku masih belum diquery dalam enjian carian sehingga sekarang. Abaikan. Itu semua bukan lagi keutamaan aku sekarang. Apa nak jadi, jadilah.

Sejarah

Hampir setahun berguling dalam arena blog, banyak perkara telah aku pelajari. Walaupun tidak begitu obses tetapi sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan aku. Sekurangnya mesti terlintas setiap hari apa yang patut aku tulis. Kadang2 kalau ada ilham secara tiba2, aku simpan isi2 penting dalam handphone. Sehingga hari ini 11 mesej dalam draft tapi satu pun tak buat lagi.

Agak kontra. Mungkin ini balasan yang aku terima kerana pada satu masa dahulu aku memang anti-blogger. Memberi label yang bukan2 kepada mereka yang mempunyai blog, terutama yang meletakkan gambar interframe, dedahkan kisah dalam kelambu, mencarut dan sebagainya. Namun hari ini aku juga buat perkara yang sama tak ubah meludah ke atas langit.

Kononnya

Berada di rumah baru mungkin memotivasikan diri sendiri supaya kerap update selepas ini setelah berehat seketika. Sejak peristiwa tersebut memang wujud sedikit kecelaruan dan banyak tumpuan diberikan kepada aktiviti2 luar. Semoga bukan hangat2 taik ayam.


Jadi apa lagi? Sila update link blog ambo


P/s -
  • dulu2 selalu search artis seksi,
  • masih mencari theme yang sesuai

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y