Wednesday

Life as a first poster...

0


Sinis. Itulah kesimpulan pertama yang boleh buat setelah menonton video di atas. Fenomena menghantar komen ‘first’ sahaja bukan perkara baru. Lebih2 lagi jika laman2 yang membuat pelawat yang agak tinggi, sesiapa pun akan berbuat sedemikian. Tidak pasti adakah ianya satu penghargaan atau peluang untuk menonjolkan diri.


Untuk blog yang masih merangkak ini masih jauh kemungkinan untuk dispam begitu rupa. Secara jujur, ianya adalah satu penghinaan kepada mana2 penulis blog. Jika kena adabnya; melawat, membaca, dan baru menghantar komen. Mana2 proses adalah subjektif. Malah aku sendiri tidak mahu memaksa mana2 pihak. Lainlah kalau ada gimik kepada mana2 pengomen untuk dihadiahkan banner di sidebar.,


Spam meliputi banyak konteks. Ada berniat menjual produk, mendapat backlink, seks dan sebagainya. Lebih2 lagi pengguna wordpress yang dihujani spam setiap masa sehingga perbagai plugin terpaksa dibina untuk menapis. Ada juga dari kalangan kita yang langsung tidak membaca entri walhal sepotong tajuk kemudian meninggalkan komen supaya melawat blog mereka. Namun kita sedia maklum, kebanyakan spam dilakukan menggunakan script bot. Bukan individu yang menanti di hadapan skrin semata2 untuk menaip ‘first’.


Mana lagi teruk?

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y