Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Banyak perkara2 di dunia mengajar kita sama ada sedar atau tidak. Kadang2 kita tak perasan dengan mata kasar tetapi jika diulang2 banyak kali secara tak langsung ianya sebati dengan minda separa sedar (subconscious mind) dan sekaligus menjadi tabiat kita (berdasarkan teori subliminal) . Sama ada kita bersedia atau tidak, ia tetap di luar kawalan kita jika ditakdirkan akan berlaku. Maka berlakulah ia.
Apa yang mengajar aku kali ini? Al Kisah aku memang penggemar kain pelikat. Sehari tanpa pelikat adalah mustahil. Malah memakai kain pelikat sahaja tatkala angin petang menghembus sambil bergurau senda dengan isteri amat menyeronokkan (dongeng).
Keselesaan berkain pelikat sukar digambarkan dengan kata2. Cuma aku hairan kenapa perempuan2 suka merenung lelaki berkain pelikat. Paling kurang pun mesti pandang sekilas kemudian berpura2 tidak nampak. Lebih2 lagi kalau lelaki pakai pelikat masa ketika lunch di cafe. Apa kamu renung sebenarnya? Boleh sesiapa tolong jawab?Pada suatu malam, aku seperti biasa hanya memakai 'suit formal' tersebut kalau tiada aktiviti2 di luar. Nak dipendekkan cerita, dek kerana berkain pelikat sahaja maka poket ala Doraemon (simpulan kain) akan muncul dengan sendirinya. Disitulah menjadi tempat penyimpanan berbagai2 data seperti lighter, rokok, handphone, kertas dan sebagainya. Kebetulan ketika itu poket Doramonku kosong tidak digunakan. Tidak lama kemudian aku pergi ke bilik sebelah untuk beramah mesra. Atau sebenarnya menjamah makanan yang baru dibeli oleh beliau. Dan sebagai tanda terima kasih aku pun belanja sebatang Winston kepada beliau.
Selesai sesi terapi asap, aku bersiap2 untuk mengundurkan diri dari bilik beliau. Mujurlah beliau teringat akan hutang sebanyak RM10 yang beliau masih belum langsai. Ok. Dua keping not RM5 diterima dengan tangan terbuka dan disimpan di dalam poket Doraemon. Lihat. Walaupun hanya sepasang kain tetapi mempunyai banyak kelebihan termasuklah melindungi aurat, menjamin keselesaan, sekuriti, dan tidak mencurigakan pihak musuh. Dalam perjalanan menuju ke bilik aku, tiba2 aku mengubah destinasi secara refleks. Demi menyahut panggilan alam, aku segera bergegas ke tandas. Beberapa minit kemudian aku kembali ke bilik dan menyambung kerja2 yang masih terbengkalai.
Selang satu jam, aku seperti biasa akan membetulkan pelikat agar kelihatan lebih kemas dan menarik. Ketika itu juga poket Doraemon diperiksa dengan teliti bimbang data2 yang mungkin terlepas pandang. Aku panik! Dapat merasakan kehilangan sesuatu yang bernilai, Sesuatu yang ditunggu sejak dua minggu lepas. Ya Allah. Tak sampai dua minit sahaja aku sempat rasa. Berlari ke tandas walaupun aku tahu kepingan2 wang tersebut tak akan timbul kembali setelah di flushed beberapa kali dalam masa satu jam. Aku tetap mengharapkan keajaiban yang tak mungkin akan berlaku. Kecewa sangat.
Aku tak sanggup mengorek lubang jamban semata2 nak dapatkan kembali duit yang jatuh ke dalamnya. Apa silap aku? Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin aku leka sangat sampai tak sedar duit yang jatuh ke dalam lubang jamban. RM10 bukan sedikit. Banyak tu. Sebagai pengajaran, jangan sesekali simpan duit dicelah2 kan pelikat anda. Atau secara sinisnya, walau sehebat bagaimana pun ciri2 keselamatan dan teknologi yang digembar-gemburkan; masih tidak dapat melawan kuasa alam selagi diizinkanNYA.
p/s - Tak tahu mana poket Doraemon? Tu gambar segmen akhir, simpulan kain pelikat itu, di kawasan perut. Selitlah lagi duit kat situ
p/ss - Perempuan pun ada poket Doraemon. hehe. :oops: :oops: :oops:
Jawapan dari kaum2 wanita pada (rujuk perenggan kedua) - akan diupdated setiap masa
- Fatin Fauzi - Nampak baik dan seksi
- Lampu Neon - Kemas dan menggiurkan
- Kak Ain - Senang masuk angin
- Alyaa - Nampak baik dan bimbang kain terlucut
- Crescent - Sejuk mata memandang (siap buat entri khas lagi >> KLIK SINI)
- Ryehana - Tak seksi tapi COMEL
- TheAis - Seksi
- CintaCukulet - Nampak alim
- Sufiyyah - MACHO
- Aneiyh - mcm laksamana sunan~
- Milimilo - nampak baik dan suciiii
0 comments:
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y