Thursday

Siri Lepas Geram 1: Sahabat?

0


graffiti_girls


Kes 1 (kata ganti diri telah diubahsuai, ‘aku’ tak semestinya aku)

Aku geram. Kita sudah lama berkawan tapi aku sangat2 tertekan mulut kau sangat celupar dan kurang ajar. Ada ketika umpama tebu mempagari bibir, tetapi kadangkala tak ubah seperti buluh yang bermayang tebal. Nak bergurau tiada masalah, tapi jangan sesekali sentuh sensitiviti. Walhal keluarga aku pun kau boleh permainkan. Setiap kali aku bersuara, kau tiru cara aku bercakap dengan gaya orang cacat. Gelak ramai2. Memang lucu. Sebab akhirnya aku yang menangis keseorangan disudut bilik.

Kau mengumpat aku pun janganlah sampai aku perasan. Ni sembang dengan kawan pun sebut2 nama aku, bila aku muncul kau senyap berpandangan sesame sendiri. Aku memang tak pandai nak marah2, mulut aku tak selaju mulut kau. Tapi kita kawan tolonglah jangan sakitkan hati aku terang-terangan. Dahla kau ni freeloader. Nak setahun menginap percuma. Setakat bayar bil2 yang sekadar berpuluh ringgit tu tak terjejas langsung. Sewa rumah nak ratusan ringgit lepas tangan sebegitu saja?

Beberapa minggu lepas kau dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit teruk. Wayar2 bergantungan dengan bekalan air dan darah dicucuk ke tubuh kau.
3 hari 3 malam kau terdampar di hospital. Aku simpati, aku sanggup teman kau di hospital biarpun tidur di atas lantai. Hari ni kau sembuh. Tapi kau bersikap seolah2 tidak pernah berlaku. Aku tak harap ucapan terima kasih daripada kau, cuma aku nak kau berubah sahaja.

Sedaya upaya kau usaha tiru aku masa ujian selama ini. Bulat2 kau salin aku, kemudian kuiz, assignment, semuanya bukan usaha kau 100%. Tapi bila diumumkan markah kerja kursus, bangga dapat tinggi sedikit daripada aku. Tiada satu pun terima kasih aku dengar. Tambahan pula diambang minggu peperiksaan, tak pernah kau ajak aku untuk belajar bersama2. Kau pinjam latihan2 aku,

Kita masih berkawan, kadang2 aku amat gembira berada disamping kau. Ceria, pandai melawak, kuat berceloteh. Mungkin apa yang kau lakukan ini adalah normal kerana aku seorang yang sensitif. Aku seorang introvert. Aku memang impulsive anger. Aku tidak pernah pamerkan kemarahan, masalah, serta emosi aku. Mungkin itu faktor memudahkan kau pijak kepala aku secara terbuka. Kawan, aku cuma doakan semoga kau berubah. Aku tak mampu lagi menahan air mata. Aku geram.

Photobucket


Ya. Kita banyak berbeza. Tapi kita tetap kawan



p/s –


  • Luahan hati seorang kawan perempuan aku. Jangan buat sebarang spekulasi. Bukan dia.
  • Entri ini juga adalah penyertaan kepada contest anjuran saudara Khairil.
  • Sebab saudara Khairil kena kasi aku menang kerana ini adalah kisah benar di celah2 kehidupan manusia. Banyak yang ketawa, banyak yang ceria. Tapi sedarkah tidak kurang juga yang menangis di belakang?

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y