Sunday

Mengimbau Kisah: Cinta Untuk Ain (1)b

0

ain

Aku masih kurang pasti apakah kategori blog ini sebenarnya. Semasa melawat blog kawan2, ada yang sudah menetapkan kategori blog mereka seterusnya dapat menulis secara teratur. Sama ada tips2 blog, usahawan, diari, isu semasa, maklumat am, dan sebagainya. Puas aku belek arkib, blog aku umpama rojak bercampur sardin. Masam, manis, pedas, dan kurang enak. Aku tersenyum sinis. Rupanya aku jarang bercerita tentang kisah hidup aku. Sesekali aku mengelamun, cuba menjerat sisa memori yang kian hanyut. 15 tahun lepas sepatutnya sudah lupus dari ingatan, tapi bermain2 umpama baru semalam. Satu demi satu ingatan tersusun membentuk suatu nostalgia yang tak ternilai harganya...


23 Ogos 1994. Jam 7:45 pagi.
Hari ini seperti semalam dan hari2 sebelumnya. Rutin seorang kanak2 yang mentah dengan dunia. Masih dipakaikan baju seluar, rambut disikat rapi, muka disapu bedak, malah makan minum pun disuap. Entah mengapa aku begitu bersemangat di pagi Selasa ini. Tadika pula di belakang rumah sahaja. Jarak hanyalah beberapa puluh meter dari blok Melor 11, ibu sudah dapat mengekori perjalananku ke tadika hanya dengan lirikan mata sahaja. Setelah siap semua kelengkapan, aku segera salam dan mencium tangan ibu. Aku masih ingat lagi pertanyaan ibu ketika itu. “Kenapa awal sangat turun hari ini?”. Aku sekadar tersenyum dan bergegas turun dari tingkat tiga. Sayup2 aku terdengar sahutan ibu, “Jangan banyak main, pergi tadika untuk belajar.”
Jam hampir pukul 8 pagi tetapi batang hidung Cikgu Suraya masih belum kunjung tiba. Sepatutnya kelas sudah bermula namun pintu masih terkunci rapat. Kadang2 kak Zie tukang masak sudah sampai untuk membawa bekalan makanan tengah hari, seronok melayan kerenahnya yang gemar mengusik kanak2. Hari ini sepi. Mega di ufuk timur ditembusi cahaya pagi yang terik menyinari kanak2. Ada yang berdiri menghadap dinding, dan ada yang menutup muka dengan beg sekolah untuk menahan silauan matahari. Aku dan rakan2 yang lain terus meluru ke arah taman permainan di sebelah tadika tersebut. Kami memang sudah merancang sejak kelmarin untuk pergi awal ke tadika hari ini semata2 ingin bermain. Hari ini seperti semalam dan hari2 sebelumnya. Cuma tidak untuk esok.

Kami begitu girang bermain di buaian secara ganas. Berdiri di atas tempat bersandar tatkala buaian dihayun kuat, kemudian melompat ke tanah dengan bergaya. Sorakan, tepukan riang sekaligus memecahkan kesunyian pagi yang langsung tidak ada pengawasan orang dewasa. Selama ini kami dilarang bermain tanpa pemerhatian cikgu, tetapi hari ini semuanya terbalas jua. Tanpa orang2 dewasa, dunia kanak2 lebih bermakna. Pelajar2 perempuan yang bosan menunggu pun kini mengalihkan tumpuan menonton aksi stunt kami. Mumaiz pun belum, apatah lagi baligh. Tetapi apabila perbuatan kami menarik perhatian perempuan, masing2 seolah bertukar personaliti secara spontan. Lebih cool, lebih bergaya, dan lebih ganas.

Kini giliran aku untuk menonjolkan diri. Mata aku melilau ke arah perempuan2 yang sedang memerhatikan gelagat kami. Aku cam satu demi satu wajah mereka; mencari seseorang. yang bernama Ain. Ya. Ain anak pakcik Aziz.. Selama ini di kelas, aku cuba tunjukkan kehebatan diri dengan kebolehan menulis, membaca, bermain plastisin dan sebagainya. Semuanya demi Ain. Walaupun berumur 6 tahun, tapi cinta aku tetap kuat. Rambut nipisnya mencengkam jiwa, beg merah jambunya mempersonakan, pelat Kedahnya mengghairahkan. Dicelah2 kelibat manusia, aku ternampak Ain. Dia sedang mengerling ke arahku. Aku tersipu2 malu dan bersedia melakukan aksi lasak. Aku pasti kali ini dia akan tertawan!

bersambung...



  • Ingat mahu wat cerpen, tapi x reti nk bersastera. wat biase2 je la. ni kisah aku zaman kanak2 dlu2.
  • 1st komen aku akan tepek banner beliau di sebelah. saje nk apdet senyap2. nk tgk sape penunggu blog ini.
  • tajuk telah diedit balik. Tenkiu Aisyah


0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y