Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul suatu perkataan. Kita akui bahawa kebanyakan perkataan2 dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa2 lama yang diasimilasikan menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata. Banyak perkataan pada hari ini mempunyai persamaan dari segi sebutan atau ejaan dengan bahasa2 kuno seperti Sanskrit, Arab, Eropah, dsb.
Bidang ini membina maklumat melalui bahasa2 yang sudah lama dengan membandingkan perkataan yang saling bertautan. Oleh itu, akar bahasa yang telah diketahui sejarahnya dapat ditelusuri jauh ke belakang untuk memahami etos masyarakat lampau terutamanya rantau Nusantara yang meliputi benua Asia Pasifik.
Berkonsepkan gabungan subjek bahasa dan sejarah, sekaligus menafikan sekeras2nya populariti bidang ini dikalangan rakyat kita hari ini terutama golongan remaja. Agak membosankan subjek ini. Tetapi di Youtube, etimologi merupakan antara subjek pilihan yang paling popular dan sangat menarik. Tak percaya?
HotForWords. Guru bahasa Inggeris ini mengajar asal usul perkataan Inggeis menggunakan klip video di YouTube Merupakan antara Guru yang paling popular dalam Nama sebenar HotForWords ialah Marina Orlova, berumur 28 tahun. Disebalik mengeksploitasi tubuh dan gaya yang erotis untuk tujuan publisiti, Marina sebenarnya merupakan ahli filologi iaitu seorang pengkaji bahasa.
Beliau memegang ijazah Teaching of Russian Language and World Literature Specializing in Philology dan Teaching of English Language Specializing in Philology dari State University of Nizhni Novgorod Region di Russia, menamatkan pengajian pada 2002. Beliau pernah mengajar bahasa Inggeris di sekolah tinggi selama 2 tahun.
Marina mula bergiat secara aktif pada pertengahan 2007 dengan melancarkan siaran HowForWords, di mana beliau membincangkan asal usul perkataan2 melalui permintaan penonton. Video2 yang diterbitkan sangat menarik dan berinformasi. Ditambah lagi dengan gaya yang eksotik sememangnya meningkatkan lagi populariti siaran beliau. Hari ini, video2 beliau telah ditonton sebanyak 178, 576, 421 kali di YouTube dan etimologi menjadi subjek yang paling popular di YouTube.
Diajar oleh guru yang cantik dan seksi adalah impian setiap pelajar lelaki tak kira dimana2 tempat dipelusuk dunia. Lebih2 lagi golongan remaja sekolah yang baru sahaja mencecah usia baligh senantiasa dibelenggu sifat ingin tahu yang tinggi. Pada pokoknya sifat ini amat membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Namun, jika tidak dibendung ia akan memberi impak negative terhadap minda serta perilaku seseorang (faham2lah ye). Iman dan akal sahaja yang dapat membimbing mereka.
Berbalik kepada negara kita sendiri, banyak persoalan boleh ditujukan berkenaan isu bahasa Melayu. Adakah para pendukung kita begitu serius dalam memartabatkan bahasa? Saban hari penggunaan bahasa kebangsaan kian rosak. Di media masa atau elektronik banyak bahasa2 baru yang dicelup tanpa mengkaji kewujudannya di dalam Kamus Dewan. Poyo? Usha? Perkataan2 yang tidak tahu dari mana pangkal asal usulnya tetapi menjadi nanah dalam bahasa Melayu hari ini. Siapa bertanggungjawab? Sekurang2nya siapakah pendekar bahasa kita masa kini untuk dibawa bersilat?
0 comments:
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y