Kini bersambung lagi ke siri tips2 pakar memancing. Mengikut respon yang diperoleh melalui siri pertama, majoriti adalah bukan dari kelompok pemancing. Buat pengetahuan umum, aku tidak minat memancing pada satu ketika dahulu. Bosan, leceh, tidak bermanfaat dan byk lagi yang memberi aku tembok besar terhadap aktiviti ini. Namun, kini barulah aku dapat menikmati klimaks si kaki pancing. Penantian yang dibayar dengan pertarungan sengit dan berjaya menaikkannya! Jauh lagi nikmat daripada berjaya menyelesaikan soalan kejuruteraan yang kompleks.
Step 5
Setibanya anda ditempat memancing, proses pemasangan rod adalah proses yang paling utama walaupun memakan masa yang lama, dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Sebagai jiwa seorang pemancing, anda pasti tidak sabar untuk menyiapkan rod anda untuk mencampakkan umpan pertama kedalam air. Akan tetapi ahli komplot anda juga tidak sabar tetapi mereka mungkin tidak mempunyai kemahiran dalam memasang rod mereka. Situasi ini akan mencabar jiwa seorang pemancing kerana mereka mungkin akan sentiasa melontarkan soalan2 untuk memasang serta mantera2 untuk mencampakkan umpan. Sebagai seorang dewa, anda perlu bijak untuk mengatasi masalah seperti ini. Setibanya di tempat memancing, anda perlu tangkas mencari port yang berpotensi. Pastikan port tersebut jauh dari ahli komplot anda. Sekiranya anda pada jarak yang tidak kelihatan, ahli komplot anda pasti akan bertanya, dimana dewa menghilang?? Lalu mereka akan berputus asa dalam usaha2 mencari dewa mereka dan mereka akan berdiskusi sesama sendiri untuk memasang rod dan umpan.
Untuk mengelakkan anda dituduh melarikan diri, munculkan diri anda sekali dua untuk membuktikan kewujudan anda. Sentiasa berlakon baik dan melontarkan pertanyaan penyejuk hati seperti "ok x? boleh pasang x?", "umpan mane? meh aku bancuh" walaupun anda sudah tahu, rod sudah dipasang dan umpan sudah disediakan. AMARAN: Jangan sesekali anda mengajukan soalan ketika ahli komplot sedang memasang rod atau umpan. Ini dikhuatiri mereka akan menyuruh anda memasangkan untuk mereka. Sekiranya insiden ini berlaku, jangan ragu2 untuk melontarkan ayat seperti "tgk!tgk! ikan besar lompat", "weh, rod aku bengkok, ikan makan" lalu anda perlu lari secepat mungkin ke gigi air atau ke lokasi rod anda.
Step 6
Kemahiran asas sebagai seorang dewa adalah memandu speedboat. Sekiranya anda kurang mahir dalam sukan lumba speedboat, anda boleh la berhenti memancing dan mencari pekerjaan baru sperti cleaner tandas Sekolah Kebangsaan Pintu Geng, dan sebagainya. Sekiranya ini lah pengalaman pertama anda melihat speedboat, anda perlu bertenang. Cuba perhatikan gerak geri guide anda ketika mereka menghidupkan dan memandu speedboat. Perhatikan dengan teliti dan pastikan reaksi muka anda cukup cool seperti anda sudah tahu 15 tahun lepas dan sangat mahir dalam dunia pemanduan speedboat.
Step 7
Sekiranya trip memancing anda dibimbing oleh seorang guide, cuba dekati guide anda. Cuba berlakon seperti anda sudah kenal dari kecil lagi atau mecipta kisah2 di masa kecil dengan guide tersebut biarpun ianya hanya satu rekaan semata-mata. Ungkitkan kisah pertarungan anda bersama guide anda dalam gelanggang pertandingan guli peringkat daerah tahun 1980 dahulu supaya rakan2 anda terpegun dengan keakraban anda dengan guide anda. Selain dari itu, cuba berpakaian seperti guide anda. Kaedah ini akan mengelirukan ahli komplot anda.
dpatkah anda mencari guide anda didalam gmbar diatas? dimana ajis dan dimana guide anda?
AKAN BERSAMBUNG DALAM SIRI SETERUSNYA...
kredit kepada Mr Ajis dengan tips2 yang menarik. Penggunaan gambar2 beliau juga telah mendapat keizinan peribadi.
0 comments:
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y