Tuesday

Perlukah sampai hilang kawan?

0

Teringat isu yang cuba disentuh oleh kolumnis hiburan Siti Jarum dalam sisipan akhbar Mingguan Malaysia; Panca Indera terbitan 5 April 2009 (klik sini untuk baca). Dia ada mengupas mengenai artis2 yang bergiat dalam bisnes MLM dan terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan rakan mereka sendiri. Malah kalau berpeluang pun, masa digunakan untuk bercakap tentang duit. Bagaimana pun sasaran topik kali ni bukan artis, tetapi persekitaran kita sendiri yang mengalami keadaan serupa.
Aku percaya bahawa bukan dia sahaja yang mengalami keadaan ini, malah boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Malaysia yang tidak terlibat dalam MLM turut mendengar desas desus mengenai dunia kenalan mereka yang menyertai MLM. Siapa tidak kenal perniagaan Multi Level Marketing ini? Antara cara pantas mendapat kekayaan tanpa keperluan ijazah atau diploma. Hanya rajin dan bijak mempengaruhi orang, tak sampai setahun dah jadi jutawan. Sekaligus menjadi nanah dalam pemikiran remaja yang mahu mengejar kekayaan secepat mungkin.

Dahulu aku kurang percaya akan perihal ini namun bukti di depan mata setelah banyak rakan2 sekolah kini mampu memiliki kereta, tanah, serta perniagaan sendiri walaupun masih sebaya. Orang lain tengah tekun dengan pengajian sebaliknya mereka habis pusing satu Malaysia untuk mencari downline. Itulah nilai yang patut dipuji kerana banyak mengorbankan masa dan tenaga, namun terus terang aku cakap. Pergi mampuslah kalau kalau sanggup datang dari jauh semata2 nak cakap hanya tentang bisnes.

Aku bercakap bukan seperti peluru sesat. Tapi ada segelintir kawan2 yang lama tak jumpa lepas SPM, tiba2 sanggup datang ke tempat pengajian aku dahulu untuk cari downline mereka. Tak habis lagi rasa tertipu, ada pula yang datang ke rumah aku nun di Kelantan , tak tanya khabar apa terus sembang tentang ‘sistem’. “Aku jual system, kau beli system ni, ko ada hak untuk jual system ni balik”. Ada juga yang SMS untuk ajak berjumpa tetapi aku dah tau tujuan mereka. Maaflah. Aku tiada kawan macam itu. Ramai juga kenalan aku yang mengalami situasi yang serupa sehingga mereka betul2 anti dengan MLM.

Ada artikel dari Ustaz Zaharuddin, beliau mngupas tentang MLM dan banyak penerangan beliau menarik perhatian aku. (wajib baca). Kita sedia maklum bahawa banyak institusi kewangan di Malaysia yang tidak mengikut syariah, ditambah lagi dengan jual beli yang tidak menepati kaedah islam. Riba, gharar (keraguan), dan maisir (pertaruhan) yang membelenggui perbankan masa sekarang. Kini popular pula cara islam, apa2 yang menggunakan nama islam dihujungnya untuk menarik minat muslim. Secara kasar biar aku jelaskan melalui contoh kes. Jika kita ingin membeli sebuah rumah yang berharga RM150 000, terdapat dua bentuk pinjaman yang boleh diguna pakai sama ada

  1. Bank convensional – Pinjam RM150 000 dan bayar dengan ansuran serta faedah sebanyak RM160 000.
  2. Bank Islam – Pihak bank akan membeli rumah tersebut dengan RM150 000 dan menjual kepada kita dengan RM160 000 ditambah dengan bayaran servis dsb.
Contoh di atas bukan 100% kerana banyak lagi prosedur namun sekilas kita akan jelas bahawa sebenarnya cara yang sama digunakan cuma nama sahaja yang berbeza. Serupa tapi tak sama. Begitu juga dengan MLM yang kononnya menjual sesuatu produk tetapi bertujuan untuk menutup apa produk sebenarnya yang mereka jual. Kadang2 lari dari logic akal apabila satu barang biasa pun bernilai ratusan ringgit. Ada syarikat yang jujur tidak menjual produk dan masih menjual system kononnya. Mungkin itu adalah rezeki mereka, dan aku tidak mahu menjatuhkan hukum halal atau haram kerana begitu banyak percanggahan. (sila rujuk artikel Ustaz Zaharuddin di atas).
Apa yang ingin aku tekankan di sini,wlau aktif bagaimana pun anda dalam dunia MLM, janganlah sampai mengkhianati persahabatan anda. Malah kebanyakan kenalan2 aku yang asyik dalam bisnes ini pun hanya bergaul sesama mereka sahaja. Hubungan dengan orang lain semakin renggang, kadang2 menjadi buah mulut. Kononnya setiap saat dan minit adalah duit. Mungkin itu falsafah yang dipegang oleh mereka. Aku sendiri rasa tak selesa jika buzz YM semata2 nak tarik aku untuk sertai mereka,dijanjikan kereta mewah, duit banyak bagai.

p/s - terbuat kerja bodoh. nanti rajin aku post next time

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y