Monday

Giliran babi untuk mengganas V2.0

0

PhotobucketSelepas menggugat keselamatan dunia dengan isu virus JE atau nipah, kini beliau kembali dengan kaedah baru yang dikenali sebagai selesema babi/khinzir. Wabak ini telahpun membunuh 81 rakyat Mexico pada masa ini. Virus gabungan daripada selesema burung, manusia, dan babi/khinzir ini amat berbahaya kerana boleh merebak melalui manusia (boleh membunuh satu tamadun) . Statistik menunjukkan bilangan babi/khinzir di Malaysia adalah 2.6 juta ekor. Binatang haram dimakan itu juga mampu membiak dengan pantas dengan kebolehan untuk beranak 3 kali setahun, dan setiap kali beranak mampu menghasilkan 11 ekor anak babi/khinzir yang comel. Sehebat macam mana pun kawalan keselamatan, kita harus berjaga2 demi masa depan yang harmoni. Ikuti laporan berita dibawah



WASPADA WABAK BARU



KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.

Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.

“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat.



0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y