Wednesday

Pangkor 2009

0


Pada 14 Februari lepas, diadakan satu reunion kecil-kecilan bekas pelajar SESTER di Pangkor. F
asa awal kononnya tertumpu kepada mereka yang berada di utara semenanjung Malaysia tetapi banyak masalah percanggahan masa, pengangkutan, kewangan, dll (alasan je..). Jadi tumpuan teralih kepada penuntut di UTP dan seorang warga MMU, Zeri. Namun begitu, sekali lagi kononnya aktiviti ini diadakan bersama kaum perempuan tetapi tak menjadi ekoran Adawiyah lebih pentingkan group discussion daripada pertemuan empat mata dengan kawan sekolah yang lama (aku sebut nama kau ni. hahaha). Naqiah pun dengan halus menolak aktiviti ini. Begitu juga beberapa orang yang sibuk dengan event kampus membuatkan kami sedikit terkilan. Akhirnya aku, zeri, juwe, jimi, pali, dan hekal sahaja yang tetap meneruskan mini-reunion ala Suvivor di Pangkor.

Kami berlima menyewa kereta Abang Zali di Pangkor manakala Jimi meminjam Panther Suzuki roommate beliau. Bajet nak show off motor 150cc tersebut di Pangkor tetapi malangnya menjadi kutukan warga pulau tersebut kerana deruan ekzos yang terlampau kuat sehingga bunyi melangkaui satu pulau. Dahla nak naik feri kena caj lebih. Malang kau Jimi, malang. Kami ke Pangkor bukan seperti pelancong lain yang mahu menikmati keindahan alam di sana. Sebaliknya lebih ke arah mencari port mengail di serata Malaysia. Misi kami kali ini adalah 'mencandat sotong di Pangkor sehingga pagi' dan sudah tentu tidur dalam khemah di tepi pantai. Patut pun budak perempuan menolak untuk turut serta. Haha

Setelah 40 minit perjalanan feri dari Lumut ke Pangkor, pada pukul 7:15 kami tiba dengan selamat. Ketibaan kami di sana disambut dengan pelbagai brother2 penyewa kereta yang setia menunggu di jeti. Akhirnya kami memilih untuk menyewa kereta Satria Abang Zali kerana beliau seorang yang amat peramah dan mahir mencari port mengail di Pangkor. Selain itu beliau juga bersetuju untuk turut bersama kami mengail ikan pada malam tersebut. Kami berehat seketika untuk solat, makan malam dan meronda di sekitar kawasan tersebut; Taluk Gadong. Seperti yang telah diberitahu, motor yang dinaiki Jimi mengganggu keindahan malam di pulau tersebut. Boleh bayang tak bunyi ekzos 150cc yang pecah di pulau yang kecil?

Pada pukul 11 setengah malam, kami dibawa ke tempat yang selalu digunakan oleh Abang Zali untuk memancing ikan. Beliau juga sempat mengajar kami cara untuk mencandat sotong. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana kehadiran kami ke Pangkor tidak disia-siakan. Banyak ilmu memancing diperturunkan kepada kami pada malam tersebut. Agak boleh tahan tangkapan kami setelah beberapa sotong dan ikan yang berjaya dibawa naik. Nak dijadikan cerita, ketika kami leka memancing tiba2 suara nyalakan seperti anjing bersahutan nun jauh di pondok usang hujung pulau. Mustahil serigala kerana suara tersebut di hilir pulau. Kalau anjing, tak pasti sama ada wujud anjing liar yang bergerak dalam satu kumpulan besar dan aktif pada waktu malam. Untuk mengelakkan sebarang kejadian, kami sekadar berdiam diri dan meneruskan misi kami.

Pada pukul 4 pagi kami mula berkemas dan menuju ke pantai untuk BBQ ayam serta hasil tangkapan seperti sotong, ikan bawal, kekisi, dan ikan kembung. Percutian modal rendah kami tidak harus dipandang remeh. Seperti dalam siri Survivor kerana banyak menggunakan faktor persekitaran untuk meneruskan hidup. Pasir dikorek sedikit dalam untuk membakar arang dan besi pencucuk khemah digunakan sebagai alat pemanggang. Idea bernas yang berkaliber ini dicadangkan oleh Zeri. Jimi membuat beberapa aksi bodoh kerana memasukkan semua arang serta membakar sebanyak mungkin tiub tayar untuk menghidupkan api. Tidak cukup dengan itu, beliau meniup bara dengan gaya yang salah sehingga percikan api mengenai tubuh separuh bogel kami. Ketepikan beliau, Pali dan Juwe yang mengambil alih tugas tersebut

Pada awalnya Zeri kelihatan seperti chef yang handal kerana mahir membuar rempah untuk digaul dengan ayam setelah begitu tenang memasukkan cili boh, asal boi serta beberapa ramuan lain. Tetapi beliau menafikan dan mendakwa semua ramuan tersebut diadun secara rambang. Setelah siap dipanggang, 6 orang manusia lapar terus menjamu makanan tersebut. Ayam itu sangat pedas. Terima kasih Zeri. Tetapi ikan hasil tangkapan kami antara menu jelingan utama. Ikan panggang yang segar baru ditangkap seperti dibaham piranha. Lebih2 lagi Hekal yang gembira kerana dapat makan banyak. Kenyang. Setelah siap solat subuh, kami tidur di atas pasir di tepian pantai.

Pada pagi dalam jam 8, kami bangun dan mandi laut. Jangan salah tafsir kerana tempat tumpuan pelancong adalah di Teluk Nipah iaitu beberapa kilometer dari kawasan kami. Oleh itu tidak hairanlah mengapa tidak seorang pun kelibat pelancong di kawasan tersebut. Tempat mengail tadi pun jangan haraplah batang hidung manusia menjenguk. Hanya ada bot pelaut dan nelayan yang turun ke tengah laut dalam pada sekitar 1 pagi. Semasa mandi manda, jimi sekali lagi menggila kerana hanya berkain pelikat semasa berenang. Dan tanpa segan silu menanggalkan pelikat di dalam air untuk menggoda kami. Nasib baik la kau lincah di dalam air, kalau tak memang dah lama gambar kau diabadikan di dalam blog ini. Mandi dan gosok gigi dengan air laut sahaja. Muka masing2 tak ubah seperti nelayan.

Sekitar pukul 12, kami bersiap untuk pulang ke jeti dan sempat singgah sementara ke Teluk Nipah. Memang situ dipenuhi dengan pelancong sama ada tempatan atau asing. Tetapi sayang. Minat kami lebih ke arah minoriti manusia di sana. Keindahan alam mungkin tidak boleh dibandingkan dengan perasaan ketika umpan diragut ikan tatkala berjaya menaikkannya ke darat. Zeri berjaya menaikkan guni setelah kecoh dengan umpan candat sotong yang tiba2 berat dan joran beliau yang bengkok seperti mengenai sotong yang sebesar 1 meter. Terbaik. Dalam pukul 3 kami menaiki feri dan terus ke Lumut. Percutian berakhir.

Mungkin post kali ini tidak memberi sebarang makna kepada sesiapa namun pengalaman bersama2 kawan sekolah yang jarang berjumpa kemudian disatukan kembali amat memberi kesan. Banyak cerita2 dikongsi. Perasaan tidak ubah seperti di zaman sekolah yang lalu. Walaupun 5 orang di antara kami menuntut di kampus yang sama. Namun, dek kerana pengambilan, course, serta kolej kediaman yang berlainan kami jarang bertemu antara satu sama lain. Aku menitis sedikit air mata bukan kerana bacul atau pondan. Tetapi setelah lama tidak bertemu sejak spm 2005, kali ini pertemuan dijalankan dengan pelbagai aktiviti bersama. Sekian. Wassalam. Di bawah ini turut disediakan montaj kami di Pangkor.



p/s - oppss. tu sparkling je okek
p/ss - dan main royal je. x bjudi~

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y