Thursday

Malaysia 2009. Apa kata anda?

0

Senario ekonomi global pada masa sekarang semenangnya diketahui masyarakat dunia. Namun, kesan terhadap masyarakat umum masih belum dirasai sepenuhnya ekoran keadaan ini melibatkan beberapa fasa. Harga makanan masih mahal seperti biasa walaupun harga minyak telah diturunkan begitu banyak sejak 1 September 2009. Malah baru2 ini banyak pekerja kilang telah dibuang kerja atas alasan penstrukturan semula syarikat dan mengehadkan pengeluaran barang. Ini secara ringkas menunjukkan persediaan beberapa syarikat untuk menghadapi tahun 2009.
Kita menilai trend perniagaan Malaysia melalui point di bawah

  • 1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk)
  • 1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia
  • 1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan
  • 1997-1998 - akibat krisis kewangan di Asia
oleh itu, menurut pakar dalam ekonomi mereka membuat intuisi bahawa

  • 2009-2013 - akibat krisis politik dalam negeri; dan.
  • 2020-2024 - akibat krisis sumber manusia
Ramalan tersebut dibuat pada tahun 2006. Namum begitu ada kebenarannya ekoran krisis kewangan di Amerika Syarikat yang sekali gus mempengaruhi ekonomi global. Wujud percanggahan di oleh kerajaan kita setelah Tan Sri Nor Mohamed Yaakob baru2 ini membuat kenyataan bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjejas pada tahun 2009. Beliau mungkin pakar dalam ekonomi tetapi adakah cukup untuk meyakinkan kita bahawa kita langusng tidak terjejas? Atau ini mungkin retorik para ahli politik untuk menyedapkan hati rakyat?
Oleh itu, walau apa pun yang akan terjadi kita haruslah menyediakan payung sebelum hujan. Berbelanja dengan hemat serta mendidik diri sendiri untuk berdisiplin dalam pengurusan wang harus diberi penekanan utama. Kita mungkin tidak mahu menjadi seperti tahun 1988 setelah dijadikan mangsa kapitalis sehingga ringgit kita menjunam jatuh dan dibelenggu masalah inflasi. Mungkin banyak penyelesaian yang akan dibuat oleh kerajaan kita, tetapi apa tindakan kita sebagai rakyat Malaysia?

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y