Sunday

Ber'tekanan' dengan bijak dan matang

0


Video di bawah adalah salah satu adegan kegemaran penulis dalam sitkom ‘How I Met Your Mother’. Lambakan rancangan2 yang berunsurkan humor sekarang memang tidak dinafikan. Cuma aku memilih sitkom tersebut kerana plot cerita yang lebih realiti, lawak yang berkualiti, dan sarat dengan mesej.



Semasa aku menonton adegan di atas pada kali pertama, aku berfikir sejenak. ‘The chain of screaming’ atau ‘rantai jeritan’ ada logiknya. Bagaimana pekerja yang tertekan dimarahi majikan kemudian bertindak serupa dirumahnya dan keadaan berterusan ke atas orang yang berlainan. Itu yang kita nampak pada pandangan kasar. Namun secara halusnya, adakah kita bersedia menghadapi tekanan?


Jika anda dihujani dengan pelbagai masalah, anda masih seorang manusia. Tetapi cara anda menguruskan masalah itu sebenarnya kunci adakah anda manusia yang normal atau tidak. Ramai yang mengambil jalan singkat untuk menyelasaikan masalah. Dendam dibalas dengan bertumbuk, tekanan perasaan dirawat dengan arak, dadah, dan membunuh diri. Malas belajar maka meniru peperiksaan, berzina setelah tewas godaan, dan sebagainya yang menjadi duri dalam daging norma manusia hari ini.

Ramai dikalangan kita telah dewasa dari segi pemikiran. Topik yang aku sampaikan juga tidak ubah seperti soalan esei SPM. Jawapan yang klise seperti kempen, kesedaran diri, luahkan pada sahabat, ibu bapa dan perbagai lagi mudah kedengaran oleh kita. Tetapi persoalannya, adakah ia sebegitu mudah?

Bercakap mengikut pengalaman. Ada persamaan bagi kebanyakan kenalan lelaki disekitar aku dan diri aku sendiri jika sedang mengalami masalah. Kami akan

pendamkan apa yang dialami di dalam kampus kemudiannya meluahkan masalah tersebut kepada kawan2 sambil minum di kedai mamak. Serta merokok seberapa banyak yang boleh pada waktu tersebut. Mungkin telah menjadi tabiat atau faktor persekitaran. Ironinya, sebahagian besar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Sambil minum, merokok, otak berfikir dengan ligat. Masing2 menyuarakan pendapat, idea serta bercerita pengalaman diri.

Selain itu, menangislah jika perlu. Kalau nak tambah efek khas, pasang lagu Doa Perpisahan nyanyian kumpulan nasyid Brothers. Memang berair air mata teringat sahabat2 yang yang telah lama berpisah, lebih2 lagi kalau yang baru putus cinta tu. Haha. Kalau anda seorang yang ego, masa mandi bawah shower tu lepaslah sepuas hati. Tahan tangan kiri di dinding, tangan kanan usap mata lembut2. Dan kalau anda beriman, menangislah sepuas hati semasa berdoa kepadaNya. Minta hidayah serta menginsafi apa kesalahan yang lepas. Sebaik2 nya gunalah kesempatan menangis itu untuk bertaubat bukan untuk mengimbau sejarah silam.

Jadi perlukah kita menjerit? Well. Salah satu cara aku melepaskan tekanan pada satu masa dahulu adalah menjerit sepuas hati ke arah blok perempuan semasa membonceng motor dalam perjalanan ke kedai mamak pada waktu tengah malam.

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y