Gambar di bawah memberi 1001 jawapan terhadap entri kali ini.
Aku sangat menyampah dengan dunia artis. Publisiti melampau yang diberikan oleh media sangat jijik dan menjelaskan mentaliti siapa kita sebenarnya. Bukan niat untuk menghukum wartawan media hiburan kerana mereka sekadar medium, tetapi perbuatan artis-artis murahan serta masyarakat kita sendiri yang menghangatkan keadaan.
Dunia artis adalah satu kumpulan manusia yang majoritinya dihuni oleh mereka yang tidak pentingkan ilmu dan gilakan tumpuan ramai. Masyarakat pula merupakan satu komuniti yang dahagakan hiburan serta suka mengumpat. Tanpa jambatan yang menghubungkan dua dunia berbeza ini maka masing-masing akan hidup tanpa perkembangan virus hedonisma. DI sini wujudnya signifikasi untuk memecahkan tembok feudal itu. Oleh itu memang wajar wartawan menjadi satu lagi kelompok neutral yang bertindak menjadi pengeruh keadaan. Dengan kata mudah. Pencacai.
Industri hiburan adalah sangat menguntungkan dan murah rezeki. Hanya berbekalkan fizikal, publisiti, dan sejengkal ilmu maka cukuplah kriteria sebagai artis. Walaupun album tidak laku tetapi sesetengah artis turut membuat persembahan di pentas untuk mencari pendapatan. Selain itu juga bagi mereka yang tidak diundang menyanyi atau berlakon, ada lagi tugasan tidak rasmi yang boleh dilakukan seperti menjaga sugar daddy misalnya. Tidak banyak artis yang berjaya dengan bakat seperti 20 tahun lepas. Malaysia sudah diracuni dengan pengaruh industri hiburan ala Hollywood yang sesak dengan skandal dan pelacuran kelas satu. Sanggup melakonkan watak murahan kononnya itu sesuatu watak yang mencabar dan berani. Percayalah, anda akan sentiasa mendapat tawaran berlakon jika aktif mempamerkan 3/4 buah dada. Bukan membuat fitnah sebaliknya satu realiti.
Dunia yang penuh hipokrit dan dan cacat. Kawan aku ini sangat mengenali seorang pelakon yang pernah membintangi filem Remp-It, Main Main Cinta serta drama bersiri seperti Gol dan Gincu dan sebagainya. Kononnya pernah kecoh dengan isu pembesaran payudara. Pelakon tersebut kurus kering tetapi memiliki saiz payudara yang besar. Walau bagaimanapun dia menjelaskan kepada media bahawa aset tersebut adalah asli dan alasannya semasa zaman sekolah dahulu dia berbadan besar. Namun menurut kawan aku, pelakon itu menipu secara terang-terangan kerana memang kurus sejak azali lagi. Pelakon tersebut kini jarang keluar di kaca televisyen tetapi memiliki rumah mewah di Wangsa Maju, Cheras, Kajang dan mempunyai kereta BMW 5 Series. Cuba teka siapa?
Saban hari kita sering disensasikan dengan kontroversi dan berita sensasi artis. 100% aku menyalahkan mereka sendiri yang menjatuhkan air muka keluarga masing-masing. Penyebaran gambar bogel, pergaduhan, penceraian, skandal, pakaian seksi, arak, tatu, serta aksi seks artis di internet adalah normal sekarang. Jika dahulu kita dibodohkan dengan teknik super-impose tetapi kini kita tidak akan mudah tertipu lagi. Teknologi tetap teknologi. Jika anda pernah merekod video aksi seks sendiri dan membuang fail tersebut sekalipun, teknologi sekarang mampu mengesan kembali file tersebut. Itu adalah antara faktor mengapa banyak sekali penyebaran video seks tempatan di internet sekarang. Jangan jual handphone berkamera anda. Buang sahaja.
Entri yang agak berbaur provokasi. Tanda protes kerana masyarakat kita sudah dijinakkan dengan kehadiran mereka yang tidak ubah seperti sampah. Aku masih menghargai seni tetapi hanya kepada orang yang betul2 layak dan berbakat. Bukan sekadar pendatang kemudian diikuti dengan kontroversi yang memualkan.
P/S- Aku langsung tidak menggunakan term 'popular' semasa menulis entri di atas
P/SS -Baru tadi atie mengirimkan SMS. Ayat telah ku terjemah supaya lebih umum untuk dibaca.
"Ubey, student UPSI dah ade trend baru. Ramai pakai tudung ala Ekin sekarang. Warna warni siap ada manik2 lagi."
0 comments:
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y