Friday

Kenangan Tahun 2008 Mengikut Perspektif Aku

0

Sebenarnya aku ingin mengulas peristiwa pada tahun 2008, namun pada masa yang sama di tag oleh si ET melalui plurk supaya aku menulis topik kenangan tahun 2008. Isi diolah sepenuhnya mengikut acuan aku sendiri, tetapi tajuk pilihan beliau. Apa yang menarik, keduanya adalah berkaitan.
Secara Umum
Saidina Umar R.A pernah berkata, “Celakalah bagi orang muslim jika esok lebih teruk dari hari ini, dan hari ini lebih teruk dari semalam.” Teguran ini menggambarkan betapa pentingnya kita untuk sentiasa memajukan diri. Definisi memajukan diri amat luas kerana meliputi aspek dunia dan akhirat. Namun, fitrah manusia di akhir zaman sekaligus menafikan keperluan untuk mencari akhirat. Tepuk dada, tanya iman. Masih mahu berdolak dalih?

1430 Hijrah berlalu tanpa ketakwaan, 2008 Masihi berlalu tanpa kejayaan. Tambahan pula sepanjang tahun lepas aku dihujani dengan pelbagai masalah. Banyak benda yang terpaksa aku hadapi bukan setakat sebagai mahasiswa di universiti, tetapi nilai persahabatan, tahap keimanan, kesetiaan, kewangan dan sebagainya telah diuji. Ada yang dapat ku tempuhi, ada yang tewas. Ironinya aku masih mampu tersenyum. Kerana aku lebih teruk dari semalam.

2008 adalah tahun yang sangat meriah kerana banyak peristiwa besar telah berlaku. Antara yang masih segar di ingatan adalah gempa bumi di Sinchuan, Olimpik Beijng, kenaikan melampau harga minyak, PRU12, Presiden baru AS, eksperimen LHC, tuduhan Anwar meliwat, pembunuhan Nurin, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, dan sebagainya. Kalendar 2008 diwarnai dengan kronologi suka duka kehidupan yang akan menjadi lipatan sejarah.

Sejarah dan identiti

Kecilkan skop perbincangan. Tumpuan kepada dunia blog seketika. Aku masih belum pasti apa sebab aku menulis blog. Secara jujur tujuan pertama aku menulis blog adalah wang. Ghairah dengan pendapatan melalui internet merupakan satu momentum utama blog ini wujud. Adsense, Nuffnang, Adverlet sepeti sisa gula-gula getah yang menempel blog aku pada awal kelahiran. Namun aku silap, rupanya beribu blog yang jauh lagi bagus daripada blog aku. Akhirnya aku sedar perihal ini dan bertindak membuang iklan yang serabut ini kecuali Nuffnang. Persetankan segala benda ini kerana aku ingin blog secara bebas tanpa bebanan.

Wonder pets sangat berhantu. Walaupun hanyalah sebuah rancangan kanak-kanak namun hampir 600 lebih lagu wonder pets melayu telah dimuat turun. Kualiti lagu tersebut juga amat teruk kerana dirakam terus dengan televisyen. Mungkin kalau ada sumber yang lebih berkualiti, akan ku kemaskini entri tersebut. Coretan utama bukan wonder pets tetapi kuasa SEO iaitu search engine optimization. Banyak laman lain turut menggunakan kaedah ini tetapi menipu pengunjung. Malas komen panjang. Cuma cukuplah aku puas hati dengan apa aku tulis walaupun kurang mendapat sambutan. Sekurangnya berguna untuk jangka masa yang panjang kerana banyak entri terdahulu masuk melalui enjin carian

Wujudnya blog kedua aku yang menggunakan bahasa inggeris sememangnya melegakan hati. Aku masih tiada niat untuk membuat promosi besar-besaran blog tersebut. Jika mereka singgah sekalipun mungkin melalui blog ini atau carian google. Yang penting aku sudah dapat kepuasan menulis mengiku kemahuan sendiri. Aku suka menulis dalam bahasa inggeris. Walaupun bahasa tunggang langgang tetapi mana lagi medan untuk aku menyampaikan idea? Oh ya, jangan tertipu dengan bahasa bombastic yang diguna pakai di sana. Asalnya satu perkataan yang mudah tetapi aku minat mengumpul similarities. Kamus dalam internet pun banyak.

Selamat tinggal tahun 2008. Tahun yang paling pedih dalam hidup aku. Apapun semoga tahun tersebut memberi banyak kekuatan serta pengalaman yang berguna. Azam aku untuk tahun 2009? hehe. Rahsia


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009!

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y