Kenapa perlu menangis? Kan air mata ini kepunyaan perempuan sahaja. Mereka tak perlukan apa² pemangkin untuk mengeluarkan air mata. Pakwe lambat balas SMS pun dah bergenang air mata. Lelaki hati kena keras kan?
Aku jentik pistol siapa2 yang cakap camtu. Sombonglah mana² manusia yang tidak mahu mengalirkan air mata ketika berdoa kepada Alah s.w.t. Seolah² tidak takut, tidak mahu menyesali kesilapan yang dilakukan. Nangis pun ketika Tengok Nur Kasih The Movie.
Berbeza ibadat yang dilakukan dengan hati yang syahdu berbanding dengan hati yang keras. Kalau tengah keras tu, baca Al-Quran sehelai pun dah bosan, solat Terawih lapan rakaat terus balik, tengah solat pun otak fikir nak buka Facebook.
Semua orang mungkin pernah alami keadaan di atas. Tak boleh nak salahkan sesiapa sebab perkara yang sama terjadi kepada aku sendiri.
Insya Allah. Sekadar berkongsi beberapa video yang mungkin boleh merangsang air mata untuk mengalir. 10 malam terakhir ni... Gunalah sebaik baiknya. Agak² sebelum mengaji, qiamullai, berzikir dll; ambillah masa paling lama pun 15 minit untuk menghayati mana² video di bawah berserta maksud sekali.
Bacaan Al-Quran
1# Surah Ar-Rahman
2# Surah Al-Mulk
3# Surah Al-Waqiah
Lain²
1# Thai Life Insurance Ads
(Mae Toi)
2# Thai Life Insurance Ads
(There are no perfect fathers)
Marilah sama sama berusaha mengejar Lailatul Qadar. Makin sebak, makin seronok ibadat. Mungkin lain orang, lain caranya. Wallahualam. Sekadar berkongsi.