Apa macam cuti panjang, best?
Salam alaik. mungkin dah lewat seminggu tapi aku tetap nak ucap selamat hari raya aidilfitri kepada rakan2 blogger. Harap mohon ampun kalau ada terkasar bahasa, tersinggung secara direct mahu pun indirect, atau meluat baca blog aku ni. Maaf sangat2. Ye lah. Manusia biasa. Kadang2 bila datang syeikh tu, hulu parang pun jadi tajam.
Aku tak nak cerita sangat tentang hari raya ni. Perkara sama yang semua orang Malaysia lakukan. Dah jadi tradisi walau pun agak tipikal. Balik kampung, kunjung mengunjung, rumah terbuka, keluar dengan kawan. Cuma istimewanya Syawal (bak kata Sharifah Aleya dalam iklan TV9) tahun ni, aku demam tiga hari bermula raya ke 4. Tak tahulah salah makan ke apa. Tapi bayanglah, demam pada minggu pertama Syawal. Banyak aktiviti yang dirancang dengan member dan family terbengkalai.
Kenapalah kahwin time raya2 ni. Bila tengok dalam Facebook, kad jemputan di atas meja, banyak orang kahwin kan. Rata2 umur baya aku, 23 tahun. Kerja tak sampai setahun dah boleh kahwin. Kawan2 sekolah aku pun ramai sudah bertunang. Aku rasa ni punca aku demam kot. Aku meleleh air mata sebab kawan2 aku dah boleh kahwin. Hehe. Kecewa dengan diri sendiri. Siapa tak sedih. Orang lain tengah sedap kerja, aku kena start balik dari zero kat universiti. ermmm.
Dah2 tu...
Ok. Isu yang paling penting mestilah perihal income Syawal iaitu duit raya. Mesti ada yang kecewa sebab collection semakin menurun. sabar dik.. Abang masa zaman kecil2 dulu pun begitu. Insya Allah selagi belum kerja, akan ada minimum flat rate paling cikai pun RM50. Tahun ni duit raya bertambah sedikit dari tahun2 biasa. Terima kasih kepada Denaihati, menang juga contest di blog beliau.
Disebalik kemeriahan menyambut perayaan fitrah ini, ada satu perkara yang aku sedikit lega. Bilangan jemaah yang solat di masjid tetap ramai walau pun pasca Ramadhan. Secara tak langsung ia menolak tohmahan suara2 sumbang yang tak enak didengar. Bukan tohmahan apa pun, cuma sedap mengkritik masyarakat yang kononnya pergi masjid ketika bulan puasa sahaja. Aku bukannya ahli masjid pun. Tapi pada pengamatan aku, Subuh masih ramai. Isya' walau tidak seramai solat terawih tetapi ada tetap peningkatan berbanding sebelum bulan puasa. Alhamdulillah.
12 September 2011 kembali menyambung pengajian di UiTM Shah Alam.
Mungkin summer break yang panjang membantu aku mendalami sedikit ilmu2. Banyak buku2 yang berjaya dihabiskan, kuliah2 di masjid dsb. Tapi itulah. Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tak tahu. Semakin banyak yang kita paham, semakin banyak yang kita nak persoalkan. Insya Allah kalau berkesempatan aku akan cuba ulas sedikit demi sedikit di dalam blog ini. Kalau berkesempatan. Hehe.
Apapun, lagi sekali aku nak mohon ampun kalau ada sebarang kekhilafan dek kecetekan ilmunya, menyakiti rakan2 tanpa sedar.
sempat gak beraya di sini. tak sia2 jadi tukang rumah kejap. hehe. tahun depan kot baru pindah
p/s - RM100 tak salah rasanya kalau nak allocate sedikit kepada rakan blogger. ada idea?
1 comments:
wah, cantik rumah baru. hee. sempat jugak beraya situ kan. tak sia-sia usaha.
byk jgk tu nak allocate untuk rakan bloggers. bagi kite siket ah. duit rayaaa.
baguslah memanfaatkan cuti ni. kite taktaw la ape dapat tah. dapat main ngn adik. dpt rse experience blogging yg sebenar. tu je kot.
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y