Sunday

Penghujung Ramadhan, Pembebasan Api Neraka!

6

Sedar tak sedar, aktiviti blogging aku agak terbatas sekarang. Aku rasa dalam ramai2 blogger, akulah yang paling kurang relationship dengan blogger2 lain. Ye la. Blogwalking pun sebulan 2-3 kali. Aku hanya balas kunjungan yang kerap memberi komentar di entri aku sahaja. Yang paling aku kerap lawat tiga blog ni; Izzati, PriaPujangga, dan Nizam Ijam. Tu pun sebab diorang rajin komen blog aku.

Sepatutnya blogger baru macam aku ni bina network sesama blogger. Tapi dihimpit masalah kekangan masa.
Aku banyak meluangkan masa kat rumah baru yang sedang dibina. Jarak tak lah jauh sangat, dalam 2-3 kilometer dari rumah sekarang. Entah sempat tak beraya di sana. Baru 95% siap. Tinggal grill pintu dan enjin air yang masih belum pasang sepenuhnya.

Boleh dikatakan setiap hari aku ke sana untuk clear belukar kat sekitar rumah, bakar rumput kering, punggah pasir dsb. Puasa tak puasa apa boleh buat. Paling geram kalau hari hujan. Andai kata kelmarin satu lot tanah berjaya dibersihkan, esok dah tinggi lalang yang tumbuh. Cangkul balik. Ulang rutin yang sama. Penat pun ada. 

Tapi sekurangnya bila lagi nak berbakti dengan tanah kan. Seronok juga. Sekarang baru nak bercambah anak pohon mangga, durian, rambutan, duku dsb. Nanti kahwin dah ada anak 7-8 orang, bawa balik kampung.  Ajak bini sama2 kait buah. Ada yang jatuh atas kepala bini, sakit katanya. Lepas tu aku usap2 sikit kepala dia. Manja betul. Kemudian isteri nombor dua buat2 sakit. Jeles letteww. Ok. Dah mengarut ni...

Sekarang ni baru pukul 5 petang, 28 Ogos. Baru pulang tebuk dinding untuk dipasang langsir. Leceh. Gerudi jenama DeWalt kurang menyengat sikit. Tak berapa kuat. Kebetulan time tu ada tukang tengah pasang enjin air. Usha2 gerudi apa dia pakai. Pergh... Bosch tu, saiz dua kali ganda driller aku. Memang khusus untuk orang kerja contruction. Sekali tekan terus tembus dinding.

Bila fikir balik, aku respect cara parents aku manage duit sampai terbinanya rumah ini. Sesetengah orang upah  contractor dah cukup, bayar kemudian terus duduk. Kos sebenar hanyalah pemaju perumahan yang tahu. Tapi parents aku pusing merata tempat untuk beli raw material tanpa orang tengah. Kayu, simen, pasir, dan banyak lagi ditempah sendiri. Kemudian upah tukang2 yang berasingan untuk memasang rangka, bata, cermin dll. 

Kelemahannya mungkin dari segi jangka masa yang agak perlahan, tidak serancak projek pihak pemaju. Sepatutnya setahun dah boleh siap, tapi ambil masa dua tahun baru siap 95% macam sekarang. Kelebihan? Nilai sebenar dalam lingkungan RM500 000 ke atas berjaya dikurangkan sehingga kurang daripada separuh nilai tersebut. Kualiti tidak terjejas dan sangat cost effective. 

Cuti pun macam tak cuti. Siang urusan keluarga. Malam lepak dengan member. Kadang2 iri hati gak tengok rakan2 blogger yang lain. Apapun selamat berpuasa dan menyambut hari raya! 

Jam pukul 9: 20 pagi, 28 Ogos. Sambung tebuk dinding.

6 comments:

.izzati liyana. said...Reply to comment

wah, nak pindah ek? ala, relax la ubey. kita pon bukan rajin blogwalking. serius ah. takde pon. berbalas komen dengan mereka yang komen entry kita je.

bagus ah parents awak. sebab pemaju sekarang an, banyak tipu woh. family kita dah kena. dahlah buat kerja lambat. tak cermat. pastu kantoi. masa tu renovate dapur, panggil kontraktor lain. dia cakap tak fully pakai simen. ade yang sumbat plastik kat tengah-tengah. peh. mmg kuang ajo ah.

cuti lah masa untuk bersama-sama dengan mereka. family, member. dah naik u, susah. kena pandai bahagikan masa lah. dunia blog pon da sunyi siket sekarang. ramai busy raya.

Shahrulsite said...Reply to comment

macam tak kena je tajuk dgn isi kandungan :)
selamat hari raya...

░♥si lampu neon♥░ said...Reply to comment

bantu la mak bapak ye.. anak soleh =)

sufiyyah zulkifli said...Reply to comment

aku tertanya-tanya,
blog ni tersUrat ke tersIrat~~?!

Ubey said...Reply to comment

harhar. Sori. Aku type laju2 tak dabel cek, tajuk pun pakai hentam apa yg terlintas. Nak balik kampung lg. On gune fon x syiok ma. Kpd kawan2 slmt ari ghaye ye...harhar. Sori. Aku type laju2 tak dabel cek, tajuk pun pakai hentam apa yg terlintas. Nak balik kampung lg. On gune fon x syiok ma. Kpd kawan2 slmt ari ghaye ye...

puanbee said...Reply to comment

Ajak bini sama2 kait buah. Ada yang jatuh atas kepala bini, sakit katanya. Lepas tu aku usap2 sikit kepala dia. Manja betul. Kemudian isteri nombor dua buat2 sakit. Jeles letteww. Ok. Dah mengarut ni...

(ayat tak boleh blah kahkahkah ) ubey leh dah kawin ni ..asyik berangan ada bini jer.. di komen blog akk pung ada .. kahkahkah .. mak akk pun bina rumah sikit3 dah boleh buat rumah sewa 3 bijik .. sendiri je tk de kontraktor tu..

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y