Thursday

Kisah Cinta, Pertunangan, dan Dua Keping Gambar

5


23 Jun 2011.

"Kalau begitulah kiranya, minggu pertama Aidilfitri tahun ini paling sesuai mereka bertunang"

Aku masih ingat lagi kata2 Hajah Halimah kepada suaminya, Haji Basri yang sedang meniup air kopi panas ketika itu. Bersama sedikit anggukan oleh Haji Basri, dia meneguk perlahan-lahan.

Awal kehadiran kami mungkin sedikit janggal. Agaknya kali pertama bakal besan bertemu. Entah berapa kali bertanyakan khabar. Namun mungkin lebih awal makan garam, sekejap sahaja mereka sudah mula berbual rancak. Banyak topik perbualan mereka. Lebih2 lagi isu politik.

"Sekarang nak minta tabur batu di jalan pun kena bodek tok penghulu. Kena bawa gula 2-3 kampit baru layan masalah kita." Luah Haji Basri tentang masalah yang dihadapinya sebagai penduduk di sebuah mukim di negeri Terengganu. Asap kretek Gudang Garam yang dihisapnya menerjah hidungku. Aku tahan pernafasan untuk seketika demi menjaga hati bakal ayah mertua.

Sambil senyum, aku sekadar mendengar perbualan mereka. Mata sibuk melilau mencari kelibat seseorang yang ditunggu tunggu. Jumpa. Terus aku menjuihkan bibir ke arah sepasang mata yang dari tadi sedang memerhatikan kami dari dapur. Malu barangkali, dia terus masuk ke dalam. Aku tak mampu menahan gelak kecil.

Ya, Anis Atirah binti Basri. Aku tak sangka kami boleh pergi sejauh ini. Dari sekadar kenalan biasa, hinggalah sanggup untuk hidup bersama sehidup semati. Perkenalan kami pada pertengahan tahun 2006 mungkin jodoh ketentuan Ilahi. Laman sembang maya menjadi medan pertemuan sang lanang dan mustika ini.


<Areefa_Greeny>    Hye, ASL
<are_fique88>    Hai. 18 m kb.
<are_fique88>    ko?
<Areefa_Greeny>   f, terengganu.
<are_fique88>    ooo
<are_fique88>    makan ape td?
<Areefa_Greeny>   im on diet
<Areefa_Greeny>   hahaha
<Areefa_Greeny>   ko makan ape?
<Areefa_Greeny>   brb
<are_fique88>    makan roti je..
<Areefa_Greeny>   nak tengok Sanay Wala Nang Wakas jap. nti
          kite chat lg k
*** Areefa_Greeny has quit IRC (Leaving)


Ringkas. Itulah permulaan kami. Walaupun sudah lima tahun berlalu, ia masih segar di dalam benak. Banyak peristiwa yang kami tempuhi bersama, berkongsi beban, tangis tawa. Selangkas betik berbuah, demi mempertahan perhubungan. Tiada hanyutan gelora, tidak dibuai asmara. 

"Dah lama korang bercinta ni ye?" Tersedak aku dari lamunan setelah ibu Anis tiba2 bertanyakan soalan. 

Sambil membetulkan kedudukan, aku menyingsing baju melayu ungu. Pada masa yang sama sedang memaksa otak untuk memikirkan jawapan yang paling elok, sekurangnya boleh diterima semua pihak.

Belum sempat aku bersuara, Haji Basri terus menyampuk. "Patut pun ikan goreng kak Ngah tiba2 hangit empat tahun lepas, tangan duk main SMS tak berhenti".

Kata2 ayah Anis itu terus disambut dengan gelak ketawa semua orang. Malah yang sedang mengintai di balik langsir dapur pun berdekah ketawa. Nostalgia itu indah bukan?


~~ ~~ ~~ ~~ ~~ ~~ ~~ ~~


7 September 2011.

"Kalau begitulah kiranya, minggu pertama Aidilfitri tahun ini paling sesuai mereka bertunang" 


Namun kita sekadar merancang, Allah yang menentukan. Tak pernah terdetik sekali pun akan peristiwa yang berlaku hari ini. Hancur luluh hatiku musnah bak dilanggar garuda. Mengapa ianya berlaku pada hari ini? Adakah ini balasan kesetiaan terhadap cinta? 

Cupak yang pepet, gantang yang piawai,
cupak dua belas tahil, gantang kurang dua lima puluh,
baris tidak boleh dilampaui, cupak tidak boleh berlebih berkurang,
yang berukur berjangkaan, yang berbaris berbelebas,
teraju yang tidak dipalingkan, berjenjang naik bertangga turun,
hitam tahan tempa, putih tahan cuci,
bungkal genap menahan asah, emas murni menahan uji,


Apa sebenarnya berlaku? Tekan button show/hide di bawah

5 comments:

cik lebah said...Reply to comment

kecut perut tgk tangan tu..

sufiyyah zulkifli said...Reply to comment

=.= aku dah teruja nak mintak KAD!!!

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

apekah weh? ni mesti cite tipu ni. tak berani ah nak tekan. tangan ape pulak cik tenggiling cakap tu? ade lah tu something wrong.

al-kisah said...Reply to comment

trkjut tgk pic tu.tu pic real or edit tu??hahaaaa

Masyithah ( uitm pp ) said...Reply to comment

bengong ! hahaha dah semangat excited nk jerit "aaarghhhh , cptnya ubey uneyyy ... naper awal sgt ???" ( jeritan org hasad dengki ) ... skali kena prank

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y