Ya. Bulan Ramadhan ini bulan rahmat, bulan yang kaya dengan keampunan, bulan orang cekik darah kat bazar dan sebagainya. Memang tak dinafikan inilah waktu yang paling sesuai untuk kita melakukan amal ibadat sebanyak mungkin. Tapi, dalam keghairahan mengerjakan ibadat di bulan puasa ini terselit beberapa perkara remeh oleh masyarakat kita.
Berebut saf hadapan. Memang ada hadis sahih tmenyebut kebaikan solat di saf hadapan. Tapi kalau dah datang lambat tu tak payah nak tolak tolak mencelah masuh depan. Selalu berlaku ketika solat yang ramai jemaah seperti solat jumaat, solat terawih, raya puasa, dan raya haji. Kanak kanaklah yang jadi mangsa. Kena tolak sana sini. Ni baru terjadi semalam, budak tengah ready nak solat tiba tiba kena tolak ke belakang dengan sorang hamba Allah ni. Kesian tengok muka merah padam tahan nak nangis.
Puja imam tertentu. Canang imam masjid ini bacaan sedap, khusyuk. Sibuk compare dengan imam masjid lainlah. Entah ikhlas ke tak datang sembahyang. Kalau kita ni jenis manusia yang selalu berdamping dengan Al-Quran, kasilah imam mana pun, bacalah tak sedap pun. Mesti kita boleh solat dengan khusyuk sebab ayat Al-Quran bahasanya indah dan kerap diulang ayat ayat yang tertentu. Kalau tak hafal pun, bibir mesti boleh tergerak gerak ikut bacaan imam. Surah yang 'lembut lidah' tak banyak, setahu aku hanyalah surah Al-Maidah. Ni datang masjid pun jarang, memilih pula.
Utamakan formula Lailatul Qadar. Seolah olah mudahnya mencari malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini. Tak boleh sangkal sebab ia diperturun oleh Imam Bukhari. Tapi biarlah konsisten dari awal Ramadhan lagi. Kalau boleh penghujung Syaaban sudah bersihkan diri. Ni bulan puasa tak berhenti mengumpat, siang tidur, malam melepak; tidak dihidupkan dengan amalan amalan lain. Takut rugi kalau terserempak Lailatul Qadar pun. Macam kera dapat bunga. Pastu buang masa dirikan telur, cari pokok tunduk, tunggu air paip jadi beku, kemudian ambil gambar. Esok confirm masuk first page Harian Metro.
Ketiga tiga contoh di atas ada persamaan. Semua nak yang terbaik dalam mengejar kemanisan ibadat, cuma mungkin ada sedikit kelemahan yang perlu diperbetul. Aku tak nak bincang dari segi hukum atau fiqah semua itu. Bukan bidang aku. Sekadar kritikan sosial terhadap isu remeh di celah celah kehidupan. Banyak lagi yang kita boleh senaraikan sebenarnya. Tapi cukuplah tiga. Hehe. Kalau nak tambah, kat komen bawah tu ada.
Salam 1Malaysia Ramadhan!
6 comments:
yg budak kena tolak tu sangat jahat kot orang yang buat mcm tu.even dia budak kecik mana pun, takkanlah tak boleh hormat dia as manusia. dia tua, dia boleh buat dia suka ke? suruh hormat org tua, kalau perangai mcm tu nak hormat mcmmana. kesian budak tu. malu lagi.
puji imam ni memang selalulah. tersedar sekejap. tak pernah terfikir akan hal ini. harap semua yg baca ni akan sedar dan menyebarkan kepada yg lain.
yg ni pun sama. kalau da sampai separuh ramadhan je, baru sibuk nak beramal sebab nak cari malam lailatul qadar. betul la awk ckp tu. kena konsisten. niat tu penting.
Yang no # 1 - lagi parah siap cop tempat...sedih betul tengok sebab yang buat gitu makcik2 yang patut lebih 'mengetahui'
adoi itu lah kalau org tua tk reti nk tolak ansur kang di tegur marah kata tk hormay org tua pula..
Bulan Ramadhan datang sekali setiap tahun Rugi tidak berebut peluang untuk meningkatkan beribadat puda bulan yang mulia ini
sedihnya lau jadi budak tu.. silap2 nnti die serik nak jemaah.. kesian die..
sama2lah kita mengutip pahala yg terbaik utk bekalan..
hahahaha!!!
Kalau dekat saf hadapan, ada sejadah panjang sampai ke sisi dinding masjid kan, kat tempat aku, majoriti orang tua selalu nk ikut betul2 guna hala tuju sejadah tu, sampai mereka tidak mahu merapatkan saf yakni merapatkan jurang antara bahu ke bahu.
Mesti akan ad ruang kosong di setiap saf. Anak gajah pun bisa lalu. Lagi2 kalau anak muda berada di tepi mereka, jika diajak rapatkan saf, siap mereka buat muka beruk bertalamkan egois tanpa mengendahkan kata2. Apa salahnya andai saf dirapatkan.
Konklusi, majlis agama islam perlu buat satu program motivasi di setiap pelusuk negeri supaya dapat mendorong orang tua lebih memahami erti persefahaman dalam agama serta budaya hormat menghormati tidak kira umur. (cm karangan darjah 6)
Salam 11Ramadan.
"Saf didahulukan, Morey diutamakan"
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y