Monday

Penulis Novel; Liana Afiera Malik Meninggal Dunia

12


Berita terbaru daripada facebook Pn Ainon, bos besar PTS. Penulis novel terkenal Pn Liana Afiera Malik telah pulang ke rahmatullah. Para penggemar novel cinta melayu mesti ingat akan judul judul beliau yang popular suatu masa dahulu seperti Bukan Puteri Lindungan Bulan, Koleksi YOYO (yang ni rare, beli yang second hand tiga bulan lepas), dan banyak lagi. Mungkin atas faktor kesihatan, tiada judul baru sejak beberapa tahun ini. Apapun marilah sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga pemergian beliau pada bulan yang amat mulia ini diredhai oleh Allah s.w.t.



12 comments:

Hans Hanis said...Reply to comment

erkkk
sedihnya
aku suka Siri YOYO karya Allahyarhamah
Al-fatihah

kaizen said...Reply to comment

Innalillah... Al-Fatihah... suke yoyo gak...

Cik Norfa said...Reply to comment

al-Fatihah...sedih.
aku suka bukan puteri lindungan bulan. rasa macam nak baca lgi jek.

azura said...Reply to comment

al-Fatihah buat arwah...saya pun sama dok layan novel karya beliau...

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

err. kenapa den tak konal? aisehh. innalillah..

fiezaradzi said...Reply to comment

pernah baca novel arwah.... baru tahu berita ni..

Admin said...Reply to comment

arwah terkenal dengan buku2 yang super panjang, tebal tetapi cerita yang tidak meleret. buku siri yoyo pun sy x pasti telah cukup belum sirinya. dengar2 siri ke 5 x keluar lg kan

A-N said...Reply to comment

PALING SUKA BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN.

mohza said...Reply to comment

Al-fatihah buat Alon arwah adalah salah saudara saya..kehilangan arwah sungguh memilukan hati saya kerana arwah meninggalkan 3 cahaya mata yg maih kecil..

Admin said...Reply to comment

@mohza

salam. boleh saya tahu lebih lanjut mengenai arwah?

sufiyyah zulkifli said...Reply to comment

innalillahi wa inna ilaihi roji'un~
lambatnya aku baca...

cik maz said...Reply to comment

Ya Allah.. ptut la tunggu siri YOYO tak muncul tiba..innalillahi wa inna ilaihi roji'un~

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y