Thursday

Repost - 5 Filem Terbaik Pilihan Peribadi

9

Alhamdulillah. Setelah selongkar balik google reader, akhirnya jumpa balik beberapa entri lama yang hilang dahulu. Rugi rasanya kalau disimpan di arkib lama. Baik dikemas kini sebagai entri baru boleh kan? hehe

Rehatkan otak sekej. Kali ini aku mahu berkongsi filem yang menarik dan direkomen untuk ditonton. Tidak dinafikan sukar untuk membuat pemilihan kerana berpuluh2 ribu filem yang wujud di dunia ini (tidak termasuk filem lucah). Oleh itu kriteria yang aku gunakan adalah filem yang paling memberi impak sama ada mampu mengubah cara kita berfikir, gaya hidup, mahupun memberi persoalan baru. Yang paling penting ianya tetap menarik untuk ditonton.

Filem2 Pilihan Beserta Ulasan Ringkas


Photobucket

Crash
Isu prasangka dan perkauman sememangnya menjadi duri dalam daging masyarakat berbilang kaum. Filem ini memaparkan ketidaksamaan warna kulit masih mempengaruhi mentaliti rakyat Amerika Syarikat. Dilema bangsa kulit hitam, Arab, Amerika Latin, dan sebagainya yang menjadi kambing hitam paranoid orang kulit putih. Bagaimana stereotaip yang diperbesar akhirnya meruntuhkan institusi kejiranan dan perpaduan masyarakat di sana. Filem kritikan sosial wajib tonton. Sekurangnya dapat memahami perasaan rakyat Kelantan yang sudah lama menjadi mangsa stigma bangsa sendiri.

Photobucket
Stranger Than Fiction.
Berani berubah. Jangan sesekali terikat dengan jadual hidup yang melahirkan kita mesin bernyawa. Walaupun berada dalam zon selesa, ia tetap tidak menjanjikan kebahagiaan berpanjangan. Hidup yang terlalu mendatar tidak akan memberi cabaran sebaliknya mengehadkan penerokaan kita terhadap dunia yang luas ini. Nikmatilah kehidupan sebaik-baiknya. Tips untuk mereka yang masih solo (saya duda), cubalah sesekali lari daripada kebiasaan. Mana tahu anda akan bertemu jodoh secepat mungkin. Tak perlu gelabah menghantar sms ON CINTA ke 38977.


City of God
2 jam 17 minit yang langsung tidak membosankan. Adaptasi daripada kisah benar pengalaman seorang fotographer yang membesar di pekan terpencil Brazil. Filem ini menjadikan antagonis sebagai watak utama. Memaparkan situasi penduduk yang terpaksa hidup di bawah kongkongan samseng, penyalahgunaan dadah, pembunuhan, rompakan, korupsi, dan sebagainya. Bersyukurlah kerana Malaysia jauh lebih harmoni jika dibandingkan dengan negara2 lain yang sedang bergolak. Anda peminat filem Godfather? Scarface? City of God adalah alternatif terbaik.

Photobucket
Sepi
Stereotaip filem2 melayu tipikal yang sarat dengan mesej mentah serta membawa latar kampung, korporat, cinta dan sebagainya. Bahkan ada penerbit yang taksub akan realiti sampai adegan ranjang menjadi hidangan untuk filem dakwah kononnya. Tetapi Sepi lari daripada klise filem2 melayu hari ini. Sebuah filem cinta yang bukan sekadar cinta. Perpaduan, kebudayaan, persahabatan dan banyak lagi nilai murni telah berjaya diselitkan. Apa yang membuatkan Sepi istimewa kerana ia tidak mengajar penonton walaupun penuh dengan pengajaran. Sebaliknya memberi peluang kepada penonton untuk berfikir. Bagi pandangan peribadi, Sepi antara filem melayu yang tidak wajar diketepikan.

Photobucket
Le fabuleux destin d’Amélie Poulain
Tuah si Amélie Poulain. Sebuah filem Perancis yang sangat menarik. Diselang seli dengan narrator dan penjelasan teliti terhadap setiap watak seolah2 kita sedang membaca novel. Bagaimana kehidupan seorang gadis introvert yang pendiam serta memendam perasaan. Filem ini begitu santai dan tidak mempunyai adegan2 ganas atau air mata. Secara halus ia mempamerkan budaya Perancis yang memartabatkan seni. Bukan sekadar hobi tapi sebuah obsesi bangsa walaupun dipagari konkrit teknologi. Mungkin perabadan yang beribu tahun banyak mempengaruhi faktor ini.

Banyak lagi filem2 menarik yang lain untuk dikongsi. Cuma lima ini yang bermain di fikiran buat masa sekarang. Mungkin ada sebilangan yang terlepas pandang. Namun, tidak banyak penggiat filem yang mampu menghasilkan hasil seperti yang dikehendaki penulis. Ada yang terlampau fizikal (cinta, komedi, sex, aksi) menyebabkan aku nak muntah. Ada juga yang terlampau sarat dengan pengajaran sampai aku muntah untuk kali kedua.

Soalan cepu emas kepada pembaca sekalian.
Sila nyatakan filem yang menarik bagi kamu, nyatakan sebab. Kemudian i nak download torrent beli dvd filem tersebut.


Tarikh asal - 21 June 2009

9 comments:

topo said...Reply to comment

hohoho wujud balik ko kat alam blog ni ye ubey :)

ubey said...Reply to comment

blogspot je pun. segan la nk terjah ko. haha.

Nizam Ijam said...Reply to comment

semua tak pernah tengok..hehe



” Nizam Ijam Dot Com”

Meck said...Reply to comment

semua mv ni aku xkenal kecuali sepi hehe

Noah said...Reply to comment

cerdik juga pilihan peribadi ni.

Anonymous said...Reply to comment

knapa movie ni x famous???

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

sepi jeh penah tgk. city of god penah ade dlm external tp telah didelete sblm d tgk sbb tajuk cm tak best. hu3.

Admin said...Reply to comment

@Nizam Ijam
hehe. spesel sket ni

Admin said...Reply to comment

@Meck
sepi bes bro. hehe

@Noah
tp x rmai org tgk lak. haha

@soooooour
x sure la. org kite x ske tgk muvi2 yg bijak kot. hehe

@.izzati liyana.
ce tgk. bes zaty

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y