Belasan tahun dahulu di Sekolah Agama Taman Cempaka, Johor Bahru. Kelas ibadat. Hari ini ustazah ajar bab solat. Dipanggilnya seorang demi seorang pelajar yang rata rata berumur sekitar lima enam tahun ke hadapan; ujian amali solat. Ada yang perlahan, ada yang lancar, ada pula yang menunggu arahan ustazah untuk rukuk, sujud dsb. Sambil membuat penilaian, ustazah sentuh sedikit bab kiblat. Katanya, kita solat kena mengikut kiblat. Mana kiblat tanya ustazah? Kami tunjuk jari entah ke mana. Ke depan, kiri, kanan. Masing masing mengikut arah kiblat rumah sendiri barangkali. Sambil senyum ustazah pun cakap, kita sembahyang menghadap Kaabah. Sebelah barat tempat matahari terbenam. Ringkas. Sekadar yang boleh dihadam oleh kanak kanak sebaya itu.
Sebagai memenuhi tuntutan syarak, penentuan kiblat sebenarnya tidak boleh diambil sambil lewa. Institusi masjid misalnya, ia melibatkan Jabatan Mufti Negeri atau Jabatan Hal Ehwal Agama untuk menentukan arah kiblat agar tidak berlaku kesilapan. Banyak teknik moden yang diperakui ketepatannya seperti penggunaan Theodolite, geometri pada pelan tanah, dan sebagainya. Teknik tradisional seperti buruj bintang juga boleh digunakan. Namun begitu, bagaimana pula dengan premis persendirian seperti rumah, bangunan pejabat, asrama, surau dll? Mungkin pihak berkuasa atau pemaju perumahan pernah membuat ukuran kiblat dengan tepat. Tetapi sebagai individu, kadang2 kita mahu memastikan bahawa arah kiblat diyakini tepat. Nak tilik buruj bintang pun berada di tengah2 padang. Andai luruskan sampai rumah memang sah2 terlencong.
Oleh itu, satu cara lain yang boleh digunakan untuk menyemak arah kiblat dengan tepat tanpa kelengkapan moden adalah ketika matahari istiwa di atas Kaabah. Istiwak matahari atas kaabah atau Istiwa' Azam merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Bayang-bayang objek di Bumi yang menerima cahaya matahari ketika matahari istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah. Di Malaysia, istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.
Gambar; kredit Al-Azim
Cara - cara untuk menyemak arah kiblat.
1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata.
2. Tunggu sehingga 5.16 PM jika pada tarikh 28 Mei atau 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai.
3. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
4. Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
5. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, Insya Allah.
Untuk makluman semua, pada hari Sabtu ini bertarikh 16 Julai 2011 bersamaan dengan 14 Syaaban 1432 adalah antara hari yang istimewa ekoran fenomena Istiwa' Azim ini. Mungkin ada sesiapa yang terlepas tarikh 28 Mei 2011 lepas, boleh memanfaatkan sepenuhnya 16 Julai 2011 ini untuk menyemak kembali arah kiblat dengan tepat. Paling penting adalah premis premis persendirian yang tidak diselia dengan rapi oleh jabatan agama. Ada sesetengah mereka mengharapkan pihak kontraktor, pemaju, atau individu yang kurang bertauliah untuk menentukan arah kiblat. Malah arah kiblat rumah yang diduduki penulis sebenarnya terlencong 10 minit ke barat setelah disemak pada dua tahun lepas.
Oleh itu gunalah peluang ini sebaik-baiknya. Antara syarat sah solat adalah menghadap kiblat. Apa kesan agaknya jika arah kiblat salah walhal kita diberi ilmu untuk perbetulkannya?
sumber rujukan : falak-online.net
4 comments:
tapi kalau duk kat oversea and tak ade kompas utk kiblat susah jugak, dah bnyak kali salah kiblat :(
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
alhamdulillah
semoga di berkati Allah
@muchang
a'a. hehe. klu mmg xde source lain kne ukur kompas la. phtu ijtihad
@zulkbo
terima kasih tuan
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y