Tahniah kepada skuad bola sepak Harimau Malaya yang berjaya membuktikan bahawa negara kita bukan lagi pasukan belasahan. Kalah kepada Singapura pada 28 Julai 2011 lepas tidak bermakna pintu untuk berjuang terus tertutup. Kita boleh memberi tumpuan yang lebih kepada pertandingan lain.
Secara jujur, kita masih di awal peringkat kebangkitan. Penuhnya penonton di Stadium Bukit Jalil tidak memberi kayu pengukur langsung terhadap tahap bola sepak negara. Tak ubah seperti trend semasa. Bersorak gegak gempita. Hanya nama nama glamour seperti Safee Sali, Nurshahrul Idlan Talaha, Apex, Safiq Rahim dan beberapa lagi yang dilaungkan. Hakikatnya, semua pemain ini dilahirkan di celah-celah liga domestik yang pasti kurang diberi tumpuan oleh sebahagian besar penyokong tegar negara ini. Hanya beberapa stadium sahaja di Malaysia yang boleh mencapai tahap 'pecah panggung'.
Walhal, hasil jualan tiket inilah sumber utama setiap pengurusan kelab kemudian diagihkan untuk tujuan pembayaran gaji pemain dan jurulatih, serta menambah baik prasarana latihan. Hasilnya pasukan yang lemah bertambah lemah, pasukan yang kuat bertambah kuat. Tak salah jika penulis mengatakan bahawa liga domestik hari ini didominasi oleh empat atau lima pasukan menyebabkan kurangnya tahap competitive. Mungkin ini satu permulaan yang baik. Manalah tahu suatu hari nanti semua stadium negeri di seluruh Malaysia akan dipenuhi penyokong.
Namun begitu apa yang menjadi duri dalam daging bola sepak Malaysia hari ini adalah sebilangan penyokong yang terbukti tahap kebodohan mereka. Mercun. Cakaplah negeri mana, asalkan penyokong ramai maka ramailah pelempar mercun. Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu semua sama. Lebih lebih lagi jika duduk di seat yang tidak berbumbung. Malah final Piala FA tempoh hari penulis terpaksa mengelak mercun yang dilempar dari atas menyebabkan mengenai awek di kerusi hadapan. Sumpah bangang.
Ini mungkin kes terpencil, tetapi tahukah anda perbuatan pelempar mercun ketika perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Bukit Jalil lepas menyebabkan satu kisah hitam yang menimpa sahabat penyokong kita sendiri.
Ahmad Jazimin (gambar atas) hilang sebelah penglihatannya setelah balingan mercun penyokong kita yang bodoh mengenai matanya. Mangsa kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya, Menara Timur, Tingkat 7, Wad Mata. Adilkah jikalau sokongan padu kepada skuad nasional dibayar dengan buta sebelah mata? Sikap bodoh pembaling mercun ini menyebabkan kecacatan kekal kepada mangsa. Malah, mangsa pasti akan mengalami trauma dan sedikit sebanyak mempengaruhi kehadiran penonton lain ke stadium.
Makan di dalam, berak diluar. Pepatah paling tepat ditujukan kepada pemusnah kebangkitan bola sepak kita hari ini. Sama ada kelakuan biadab ini dilakukan di liga domestik atau perlawanan antarabangsa, ia haruslah ditegah sekeras kerasnya. Memang sukar untuk dibanteras dari akar umbi kerana ianya melibatkan jabatan kastam, tahap disiplin penyokong, serta mentaliti rakyat kita sendiri. Malah sekuriti yang dikatakan ketat sebenarnya langsung tidak. Anjing pengesan dijadikan sebagai bahan pameran. Botol minuman atau rokok mudah sahaja diseludup ke dalam stadium. Mungkin cara yang terbaik adalah ganjaran berbentuk wang atau tiket percuma oleh FAM kepada sesiapa yang berjaya menangkap pembaling mercun ini.
*sumber berita dan gambar: LIKE PAGE INI
4 comments:
memang bangang baling mercun ni. kalau ye pon emosi, janganlah buat benda merepek. hesh.
weh, ingat dalam gamba tu awk. muke nk dkt same. tpanjat den.
neh sume org pendek2 akal
tgk bola kat stadium sejak 1998 .. saya stuju bila kata penyokong malaysia ni penyokong bermusim .. macam2 pernah jadi depan mata masa tgk bola dulu .. dulu masa kecik2 pegi dgn family .. pakcik mesti suh saya duk kat seat yg ke dalam sikit .. saya x paham kenapa tapi lepas nampak 1 kayu 1 meter melayang kena kepala sepupu baru tau kenapa ... sampai sekarang ada parut kat kepala mcm harry potter ... 1 lagi masa perak lawan terengganu awal 2000-an ... penyokong perak x silap saya kena baling mercun ke dalam baju dia ,masa tu belum masuk stadium lg .. habis koyak kulit .. injury dia agak teruk tapi lps je dapatkan rawatan dia cepat2 balik ke stadium untuk sambung tgk bola.. mercun ni semua x perlukan pihak berkuasa buat spot check ke apa .. sendiri mau igt ..
Saya kakak kepada Ahmad Jazimin (mangsa). Terima kasih ya buat posting. Sedikit sebanyak akan beri moral support supaya dia berfikiran positif.
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y