Thursday

Ayat Ayat Cinta lagi?

0

Photobucket
Mungkin agak lewat kalau aku nak bicara tentang novel ini lebih2 lagi kebanyakan kaum hawa yang sudah pasti telah khatam novel ini sepenuhnya. Novel ni aku dah bace tiga bulan lepas, entah kenapa tadi tergerak hati nak bace balik. Bosan kot cuti sem lame sangat. AYAT AYAT CINTA? HaHaHa... Dengar saja tajuknya, sudah pasti ramai akan prejudis terhadap isi kandungannya. Kali pertama aku mengenali novel ini setelah direkomen oleh ‘Miss T’ pada pertengahan Mei. Ketika itu, berlegar-legarlah otak aku dok bayang sebuah novel yang sarat kata2 romantis, jalan cerita yang penuh dengan retorik, hipokrasi dunia, serta penutup yang membuatkan wanita tersenyum keseorangan di atas katil sambil memeluk bantai.
Aku mengaku, aku seorang peminat bahan bacaan. Saga Harry Potter telah aku penuhi koleksinya, duit dibelanja utk buku2 konspirasi amerika-yahudi, majalah National Geographic, Kreko, dan sebagainya. Seolah2 memperkecilkan sastera Nusantara, angkuh dengan jiwa egoistic yang ironinya menjauhkan aku dengan benih asalku. Zaman IT sekarang kan, novel pun tak payah susah2 beli kat kedai, download sudey. Kali pertama membaca novel bertemakan
cinta, aduhai.. Tapi apa yang mampu aku buat, belek la sikit2. Sekurangnya dapat mengetahui jalan cerita secara ringkas kerana dipaksa membaca oleh ‘Miss T’. Ok. Jalan cerita agak menarik, aku terpaksa belek dari awal muka surat.
Dan sampai ke penutup, Demi Allah.. Sesungguhnya, Ayat Ayat Cinta ini novel pertama yang mampu menitiskan air mata aku. Mampu melemahkan hati gelap aku yang sudah berkurun lamanya tidak takut akan Allah. Hanya sebuah novel yang dianggap picisan ini menyebabkan jariku menyentuh kembali kitab suci yang sudah berhabuk di atas rak, hati meronta menyedari kekhilafan dalam agama, hedonisma pula kian lupus dari benak jiwaku. Entah berapa kali air mataku jatuh bukan kerana cinta asmara sesama manusia, tapi cinta pada Allah yang ditonjolkan secara pena sesungguhnya membuatkan aku teringat akan dosa2 lampau.
Ah.. Cukup. Haha. Tidak perlu obsess sebenarnya. Anggaplah ianya sebagai hikmah kerana menyedarkan aku untuk seketika. Bak kata Nabil, tabiat orang Malaysia yang insaf sesaat je. Jalan cerita novel ini sangat menarik dan memberi banyak ilmu pengetahuan. Penulis merupakan rakyat Indonesia dan seorang graduan Universiti Al-Azhar. Beliau mendakwa bahwa kandungan ayat-ayat Al-Quran telah menjadi ilham dan inspirasi baginya untuk menulis cerita dengan kata-kata yang indah. Ketika menghayati Surat Al Zukhruf ayat 67 dan Surat Yusuf yang berisi kisah cinta yang universal, ia terinspirasi untuk menulis dan jadilah novel Ayat-Ayat Cinta yang mendapat sambutan hangat dari kaum muda muslim.
Isi kandungannya juga masih jauh untuk dianggap kesusasteraan agung. Mungkin beliau tidak menggunakan bahasa yang tinggi kerana tumpuan novel ini bukan kepada cinta sahaja, tetapi setiap peristiwa yang berlaku menggunakan fakta yang tepat serta hadis Rasulullah dan ayat suci al-Quran. Oleh itu penyampaian secara jelas adalah wajib untuk mengelakkan salah faham pembaca. Jangan risau kerana penulis menggunakan kitab2 ulama agung sebagai rujukan seperti Syaikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhwi,Syaikh Prof. Muhammad Abdul Adhim Az-Zarqani,dan sebagainya.
Nak tau kenapa tajuknya Ayat-Ayat Cinta? Dalam filem tiada jawapannya. Malah filem ayat ayat cinta menjatuhkan kredibiliti watak novel tersebut. Banyak kesilapan dalam budaya Arab, ibadat, serta akidah watak utama dalam filem yang menyebabkan aku berfikir sejenak. Adakah ini sifat seorang Muslim yang dikatakan sangat mulia dalam novel? No komen. Malas da nak type panjg2. Hehe. Hayati potongan ayat di bawah, kalau x phm, bace sampai abes novel tu. Tu la ayat-ayat cinta yang ingin dimaksudkan oleh Habiburahman El Shirazy.

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y