Tuesday

Apabila tamadun diliwat (18PL)

0

*sebarang penggunaan ayat2 yang tidak sesuai, telah diberi amaran awal. Harap maaf
Al-kisah seekor keldai, dijadikan boneka sebagai makhluk yang hina sejak zaman cerita seribu satu malam. Maka gelaklah mereka yang kononnya cerdik pandai sambil mengisi asap candu ke dalam dada. Berkurun lamanya sejak kurun ke-3 Hijrah dipersenda dek kerana sifatnya yang lurus lagi perlahan, hingga nenek moyang melayu kita sanggup menanggung dosa hanya satu wacana berbunyi ‘bodoh seperti keldai’. Ilham si karyawan menulis jenaka mengasyikkan pendengar dan setia menemani rujukan raja. . Tatkala Ali Baba diagungkan martabatnya, jatuh hina orang disekelilingnya, siapa sangka seolah bayangan Abu Nawas juga turut celaka dalam karya pemegang pena.
Malang zaman sudah berubah, di mana keldai? Di mana Abu nawas? Dimana Raja? Kini bersepah penulis picisan, dimana setiap karyanya adalah hasil jilatan dari mana mana kisah. Tidak jijik bagi mereka selagi tidak mengenal siapakah itu maruah. Lantang menjerit ketuanan Melayu, diapi domba semangat kaum hingga keris dicium dan sudah tentu akan dijilat.
Cuba engkau terjah mana mana pelusuk dunia yang agresif akan isu kaum, cuba engkau cari bangsa mana yang menerpik carut menghalau bangsa selain daripada bangsa mereka yang lama sudah bertapak di tanah moyang purba busuk.Dengan sinis Melayu bertanya, “ Siapakah dia, wahai bangsa yang bersaudara dengan aku? Aku ingin sekali melihat dia, aku ingin sekali bersama mereka yang berjuang menjerit di belakang bukit demi ketuanan bangsa”. Ingin tahu? Jadilah Melayu yang bertamadun, bukan melolok seperti anjing jalanan umpama kurap merebak di kemaluan. Kajilah sendiri wahai Melayu, kamu pasti malu dengan sikap bangsamu sendiri.
Peredaran zaman bukan sahaja mengubah sosio ekonomi manusia, malah ketamadunan, teknologi, ilmu pengetahuan, agama serta banyak lagi turut bergerak pada kadar yang seimbang. Dinamiknya konsep tidak semestinya tepat seperti biologi dalam tubuh badan kita , tetapi dinamik juga wujud dalam sejarah. Sejarah sebenarnya turut membuktikan perihal yang sama. Tidak pernah wujud ketamadunan yang kekal di dunia.Rom, Parsi, China, Mongolia, Islam dan sebagainya. Selagi mereka berjaya bertapak di puncak kejayaan, selagi itulah kehancuran mereka kian hampir. Namun, wujud perkara yang tidak akan berubah walaupun dalam jangka masa yang berabad lamanya, walaupun mereka tidak pernah diketemukan antara satu sama lain. Antaranya adalah cara berak dan karya pena yang kotor. Tidak pernah aku ketemui satu tamadun yang baru sahaja membesar, yang baru sahaja mampu berbicara, yang sudah mampu bercakap berkorupsi, yang sudah hidup berbohong, tetapi ke arah kehancuran. Adakah ini Malaysiaku?
Usah menafikan, kita sekarang hidup dalam dunia yang bebas fitnah antara satu sama lain. Engkau liwat aku, aku sodomi engkau. Engkau lawan aku, aku bom C4 pada engkau. Oh, celakalah bangsa kita pada masa ini. Apabila para ketua penjahat tengah bertegang leher, masing-masing mahu membersihkan najis yang kian lama bertempek muka di khalayak ramai, ketika itu lahirlah para celaka yang menangguk di air yang keruh. Para celaka yang berniat suci mahu mengapi domba rakyat jelata. Mungkin betul pandangan mereka, mengapa hanya ketua penjahat sahaja yang patut bergaduh? Sebagai rakyat, pengikut yang menuruti sisa sisa najis ketua juga perlu berjuang supaya kita bertindak sebagai jaguh kampung. Kata si ketua celaka, “Kamu bangsa jangan jadi bodoh, pergilah jilat sisa sisa najis sebelum dicuci dengan para iman yang kerap mengacau kita”. Lalu berdoyon doyonlah manusia percaya tanpa fikir akan kata para celaka itu. Padahal pada masa yang sama mereka yang celaka berguling kegembiraan, gelak ketawa bersama kaum mereka yang celaka sambil berkata, “Kamu bangsa jadi bodoh, aku sudah jilat habis sisa najis itu”.
Keris yang dahulunya dicium, dijilat, kemudiannya dihiris dengan limau nipis sambil diperasap dengan kemenyan. Lidah mereka sudah keras kerana bodoh menjilat jalan jalan tar yang penuh sisa najis para ketua penjahat. Kemudian dicium, dijilat sekali lagi. “Saya pantang dicabar!”, laung si ketua tanpa sedar terhunus keris lima luk di perut bendahara. Para penjilat najis bersorak lagi walaupun ditindas dengan pelbagai kerenah tamak si ketua. Harga barang melambung tinggi, emas hitam pula seolah tiada titik noktah kenaikan harga, Namun, kita rakyat yang bijak haruslah mengutamakan nafsu ketua jika tidak mahu dituduh sodomi lagi. Bendahara sambil tersenyum menahan kesakitan, seolah tidak bermaruah tetapi hanya menunggu masa untuk mengambil alih takhta ketua. Dia hanya menunggu najis semakin tebal dimuka sehingga menutup mata ketua semoga dapat mengakhiri riwayatnya pada masa yang sesuai.
Siapakah para celaka sebenarnya? Mereka yang celaka ini berbilang kaum, pendidikan, serta kefahaman. Mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain, walaupun bekerja sesama sang celaka namun mereka melakukan tugasan individu. Walau bagaimanapun, mereka berkongsi destinasi di titik pena mereka sendiri. Mereka adalah keturunan pencinta tinta pada zaman dahulu kala biarpun tidak berdarah bernajis tapi kerjaya mereka adalah sama. Membodohkan orang lain. Dari sudut konspirasi, merekalah yang menyebabkan kehancuran bangsa, ketidak sefahaman ideologi, serta pencetus revolusi. Dari mereka yang celaka inilah, wujudlah Perang Jamal iaitu peperangn sesama muslim yang pertama. Wujudnya para celaka inilah menyebabkan Saiditina Aishah difitnah bermukah. Mereka yang bangsat lagi celaka inilah mengakhiri riwayat Saidina Ali a.s ditangan Umaiyah sekaligus menghancurkan pemerintahan Khulafa Al Rasyidin. Penulis + penyebar fitnah + penipu + penghasut= ?
Aku masih tergelak, membaca berita celaka bahawa Naib Chanselor Unisel, Prof. Dato, Dr. Razali Agus dipecat walaupun berita yang sebenar adalah beliau hanya tidak disambung kontrak. PAS Kelantan mendenda kompoun kepada wanita bertumit tinggi dan bergincu sedangkan penafian sekeras kerasnya oleh kerajaan negeri Kelantan. Ingatanku kembali tajuk berita muka hadapan bertajuk, ‘Saintis Jepun Menggunakan Kepakaran Angkasawan Malaysia’. Maka gahlah berita tersebut dijunjung melata sehingga mereka sedar bahawa mereka hanya melatah selama ini. Saintis bekas penjajah tersebut hanya menyelitkan alat eksperimen di baju ntuk menguji keradioaktifan sahaja. Dijadikan bahan ujikaji, disanjung berita tersebut maka tidak salah jika keluarga beruk melompat kegembiraan setelah berjuta-juta komuniti mereka dibunuh ujian bahan makmal. Perhimpunan Bersih ditandatangani oleh Agong sendiri tetapi media melaporkan bahawa perhimpunan tersebut tidak diperkenan Agong. Berita Utama tanpa segan silu mengambil kisah Yusuf a.s dan Zulaikha untuk membandingkan kisah Najib a.s.s dan Anwar yang saling liwat meliwati antara satu sama lain. Maka dengan berita ini lahirlah jenaka jenaka yang dikarya beribu tahun lampau. Para media yang celaka, kamu memang najis terbusuk yang pernah aku temui. Watak yang terdahulu sebenarnya masih wujud dalam retorik Malaysia. Di mana?

Wahai bangsa, ini luahan hatiku..
Usah dijadikan ketuanan Melayu sebagai tunggak perjuangan,
Jangan berlagak sombong bak tuan tanah, kita bukan Yahudi,
Kita hidup hanya jasad hina disisi Allah.
Kembalilah kepada ajaran Islam,
Berjuang kerana Allah, bukan kerana Melayu

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y