Sunday

Aku mungkin pembawa talasemia... Anda bagaimana?

0

Kita sering dimomokkan dengan iklan oleh Kementerian Kesihatan berkenaan talasemia. Iklan awek cun bersama ibunya berbual tentang talasemia mengganggu tumpuan mata untuk mengetahui penyakit tersebut sebaliknya mata menjadi liar. Apapun sedikit sebanyak ramai yang sedar akan kewujudan penyakit ini dan larangan berkahwin sesama pembawa talasemia. Namun adakah kita sebagai rakyat Malaysia mengambil peduli perihal kempen talasemia ini? Aku juga berwarganegara Malaysia dan sudah tentu tidak mengambil berat sebarang kempen kesihatan oleh kerajaan. Ini adalah realiti mentaliti kelas ketiga kita yang tidak dinafikan kebenarannya.

Walau bagaimanapun hal ini menjadi obsesi apabila berkunjung ke rumah sanak saudara sewaktu raya Aidiladha yang lalu. Mendengar perbualan orang dewasa adalah tidak manis apatah lagi majoriti ahli tersebut bergender wanita. Tebalkan muka, senyap, dan sekadar mendengar. Apa yang menarik perhatian adalah kedua-dua anak kembar mereka disahkan menghidap talasemia dan kedua pasangan suami isteri tersebut adalah pembawa talasemia. Walaupun baru berumur kurang setahun namun terpaksa berulang alik ke hospital setiap bulan untuk disuntik darah. Difahamkan proses in diulang sehingga akhir hayat kerana pesakit talasemia mempunyai kecacatan pada hemoglobin iaitu sel darah merah. Jika pesakit tidak menerima rawatan ini, tisu badan tidak akan menerima oksigen yang cukup dan boleh mengakibatkan kematian.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak sempat aku mengenangkan bakal nasib bayi tersebut, mak saudara mendakwa dia seorang pembawa talasemia tapi berkahwin dengan bukan pembawa. Kakak beliau juga berada dalam situasi yang sama. Status ibu aku dan seorang lagi adiknya masih belum diketahui namun keempat-empat beradik tidak mempunyai anak yang menghidap penyakit ini. Fakta yang menarik ingin dikongsi sebenarnya hubungan nenek aku dengan bapa kepada bayi pesakit talasemia tersebut adalah adik beradik. Sudah tentu aku mempunyai kebarangkalian yang tinggi sebagai pembawa talasemia memandangkan gen yang diperturun dari moyang kebanyakannya adalah talasemia pembawa.

Risiko sebagai pembawa sangat tinggi Kena buat ujian darah la nampaknya.

Berikut adalah sedikit info tentang talasemia.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai
    kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia
    atau pembawa
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai
    baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.



Pesakit Talasemia
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
  • 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
  • 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
  • 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Tanda dan gejala penyakit Talasemia


  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


Rawatan penyakit Talasemia


  • Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
  • Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.



Saringan Talasemia
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

(sumber wikipedia sudah. hehe)

Apapun minta2 la bakal isteri aku bebas dari trait talasemia ni.

UPDATED 12 Jan 09

KESIMPULAN - Ada perkara yang aku telah terlepas pandang iaitu sudut daripada pesakit itu sendiri. Kita yang bebas daripada penyakit ini mungkin tidak dapat merasainya secara telus apa penderitaan yang terpaksa ditanggung pesakit. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia marilah bersama-sama membantu meringankan beban mereka sama ada dari fizikal dan mental. Tiada pihak yang wajar dipersalah. Sekurangnya memberi mereka kekuatan untuk terus hidup bersama insan lain yang normal. Beza hanyalah mereka perlu sentiasa bertemu dokor untuk rawatan. Dan kita yang menilai bagaimana penerimaan masyarakat kita terhadap mereka

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y