apabila ubey bercakap tentang traffic. cara yang lebih jujur dan mesra dunia maya.
Betul... antara blogger2 serata Malaysia aku boleh dikatakan antara yang malas nak update. Sukar untuk mengabdikan hidup dalam dunia blog since real life aku lebih ke arah tempat lain. Movie2, series2, dan entah ape2 di hujung jari memang melekakan. DI ambang peperiksaan juga seolah mematikan niat aku untuk menulis blog. Kalau bukan faktor atas di atas pun, kehidupan bersama kawan2 turut menebas mase aku untuk berblog sedikit sebanyak. Berceloteh di blog memang jarang bagi aku. Berapa kerat sangat entry2 aku mengomel? Aku lebih suke menulis entry yang ala educational, berkongsi pengetahuan, apa topic yang aku rasa menarik aku terus menulis. Ego. Tidak dinafikan ini juga antara faktor aku jarang update blog. Hanya entry2 tertentu akan dimasukkan. P
rinsip yang ku pegang mudah. Aku tak mahu jadi blogger picisan. Kisah2 gossip artis, copy paste bahan dari orang lain tanpa memberi kredit, buka pekung di dada sendiri dsb. Apa pun masalah yang aku hadapi, tak kan mudah2 aku siarkan di blog untuk meraih simpati. Taktik ini menjadi. Serius tak tipu. Ade yang comment average sekitar belas2 sahaja, tiba2 naik 60+. Dan blog tersebut akhirnya dibookmark oleh mereka yang mempunyai nilai empati yang tinggi. Tidak salah, dan aku pun turut bersimpati. Namun, mustahil untuk aku meniru gaya ini. Kalau aku menulis tentang masalah diri sendiri pun, tak akan mudah2 dengan detail aku bercerita. Bukan niat untuk berkongsi masalah dengan orang lain, tapi sekadar melepaskan dan luahan perasaan.
AKu tak pernah terfikir mempunyai blog. Ingat lagi tahun lepas aku pandang sinis mereka2 yang berblog. Buka kisah sendiri di blog. Tayang gambar. Tapi lama2, there is more than meet the eyes. Blog umpama dangdut; kadang2 kita syok sendiri apa kita tulis tapi orang tak pandang pun. Kadang2, kita tulis sepatah pun jadi perhatian. Jujur aku katakan bahawa dunia blog amat indah, lagi syok dari isap Winston light 18. Terima kasih tak terhingga kepada Suhz. Walaupun aku menumpang domain ko, tapi banyak yang aku belajar daripada ko. Juga kepada adik aku Fareez. Banyak die ajar aku mase mule2 aku belajar gune wordpress.org ni. Thanx bro. Baru f4 da ade hosting sendiri. Hhahahha. Aku nak gak! Tunggu la masa yang sesuai akan aku beli hosting. Tapi perancangan kena ada dan teliti. Memiliki hosting umpama satu risk investment. Kalau berjaya, visitor mencurah2. Kalau gagal? Membazir je.
Senario blog aku sukar diduga kerana kebanyakan visitor datang dari search engine. Banyak entry aku di page hadapan result search sama ada carian di Malaysia atau luar negara. Traffic sebenarnya tidak sukar untuk diperoleh. Memang wujud tip2 untuk meningkatkan traffic. Masing2 ada cara sendiri. Ada yang melangkah rajin dengan melawat serata blogger Malaysia meninggalkan jejak di kotak sembang. Cara ini normal bagi semua orang walhal aku sendiri turut melakukan perkara yang sama. Tak salah kan? Cuma aku kekurangan masa. Alahai.. Kalaulah ada sehari masa free memang satu Malaysia aku jelajah.
Blog aku tak la femes sangat. Tapi cume sekadar berkongsi tips yang aku gunakan untuk tingkatkan traffic. Aku tak pernah terfikir pun benda ni, peduli apa traffic. Tapi sekian lama baru aku perasan bahawa pemangkin sebenarnya adalah ego ku sendiri. Ego ku sendiri menarik visitor. Why?
Tips meningkatkan visitor untuk budak baru
- Be the first to write- internet adalah dunia tanpa sempadan, maklumat boleh diperoleh secara beberapa saat. Tapi mengapa kita berlengah? Ini merupakan cara terbaik untuk instant visitor. Walaupun aku mengakui taktik tidak kekal lama tetapi berguna untuk impression visitor. Probability untuk blog anda di bookmark, linked di forum2 amat tinggi sama ada di Malaysia atau di luar negara. Contohnya blog2 politik, tak sampai beberapa minit sesuatu berita direleased terus diupdate. Cara ini juga pernah dipraktikkan oleh aku sendiri dan terbukti berjaya. Finale Akademi Al - Quran (cik uly org pertama google phtu smpai blog ak) , Window Blackout (mostly visitor2 dr luar negara smpai blog ak dilinkkat kt forum US), Gambar Bersih (yg ni kejap je sari dua kt 1st page, phtu kebelakang), kes dang karburator tnjuk bontot, air liur Shabbery dsb.
- Be the first to share - Menulis sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tapi berkongsi tidak semua mampu kerana faktor kekurangan sumber. Apa yang kita boleh share? Gambar2, lagu2, video2, serta tips2 yang mungkin kurang diketahui orang. Bukan sekadar tutorial yang budak 10 tahun pun boleh wat. Cara ni digunakan oleh kebanyakan site2 download utk menigkatkan traffic. Contoh yang aku gunakan, lagu wonder pets melayu (yang ni mmg berhantu smpai 1000+ org donlot dalam masa 2-3 bulan), phtu aimer translation (byk dr visitor luar negara. sbb org kite lyn sembilu je. hehe. tp ak bangga sebab br je 11 hari da ramai org luar search. ), how to steal video youtube (yg ni kwn ak ajr), lajukan internet/mozilla (utk f3 x menjadi kot sbb diorg da fix), kamus oxford dll.
- General Knowledge - Sesiapa yang buat entry sebegini memang terpaksa menerima hakikat bahawa kurang orang berminat untuk membaca. Memang lumrah manusia apabila hanya gossip2, gmbar2 nakal menjadi tarikan utama visitor. Tapi ini adalah pelaburan yang paling berguna kerana ilmu tidak akan lupus. Banyak entry2 sebegini kurang menarik perhatian sesetengah orang tapi hit di carian enjin tempatan. Contohnya large hadron collider, Ir bg jurutera, list of glc malaysia, gmbr utp, eby. dsb.
- English (untuk pasaran luar) - Kalu perasan certain entry ak akn menulis dalam english. Selain faktor tengah meroyan, aku yakin lebih baik di'antarabangsa'kan supaya lebih luas entry kita di carian google. Contohnya entry2 berkaitan tutorial, breaking news, tips, dsb lebih baik wat dlm english. org kite pun paham gak kan? hehe. serampang dua mata. Selain itu, status Glitterati aku di innit amat membantu untuk menigkatkan pelawat. Jom join community innit yang sempoi2 dan peramah.
- Drop comment (tempatan) - korang mesti rase dihargai klu entry kite dikomen oleh org lain. Cara ini lagi berkesan daripada meninggalkan jejak di kotak sembang kerana tak sampai sehari, msj kita akan terbelakang. Tapi utk situasi ni, komen anda tidak akan terbelakang. Jika komen beratus2 pun ia tetap tersiar. Dan lg satu. Aku akan sentiasa lawat bloger2 yang memberi komen kerana mereka seperti meninggalkan link tanpa pengetahuan. geram je nk usha sape ye tuan blog tu.
- Drop comment (pasaran luar) - Untuk lebih advance, singgah la di blog2 luar negara. baca, dan komen entry diorang. Traffic diorang lagi tggi dan kita seolah2 menumpang secara tak langsung. Dinasihatkan jangan komen spam, tak pun sekadar hello, tak mungkin orang akan usha blog kita. Cuba komen secara profesional, kasi opinion, idea bernas serta tunjukkan intelektual kita. Cara ni selamat utk long term traffic. tidak instant tapi berbaloi. ni salah sorang blogger dari UK, The-Dude, kami pernah berbalas emel utk tukar2 pendapat. die ad linkkan aku kt site die. usha. Dan ada juga beberapa insan dari luar malaysia. Rata2 umur sebaya je. Hehe.
- Ikhlas - Lastly, niat tu penting. Mungkin ade sesetengah blog yang amat memerlukan traffic seperti blog bisnes, muat turun dsb. Tapi untuk kita yang sekadar menulis dengan leisure, traffic bukan satu priority. Sebaliknya kepuasan menulis tu ade. Kalau boleh biar traffic yang datang sendiri tanpa bersusah payah mengejarnya.
0 comments:
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y