Dua minggu lepas kita kecoh dengan serbuan Jais ke sebuah Gereja Methodist, Damansara Utama berhubung program memurtadkan beberapa saudara seagama kita. Lebih² lagi ianya dianjurkan ketika umat Islam sedunia sedang menjalani ibadat puasa.
Namun begitu, sudah menjadi lumrah mentaliti golongan melayu tipikal yang cenderung untuk menuding jari. Kita cukup laju menghentam. Habis jabatan agama dipersalah. Kononnya penyelewengan oleh masjid, pengurusan lembaga zakat yang lemah, pengagihan yg dibebani kerenah birokrasi, dan sebagainya.
Tindakan masyarakat menghukum lembaga urusan zakat amat tidak wajar. Kita mendakwa permohonan yang sukar, proses yang lambat menyebabkan ramai orang miskin memilih jalan murtad. Bagi pendapat peribadi, itu sudah menjadi tanggungjawab pegawai2 di lembaga urusan zakat kerana zakat hanya layak kepada 8 asnaf sahaja.
Andai kata zakat disalurkan kepada mereka yang tidak layak, maka mereka sudah leka dalam menjalankan amanah. Tambahan pula setiap tahun zakat memang sampai disalurkan kepada golongan yang layak.
Malah, institusi masjid sudah berada dalam keadaan yang terbaik untuk membantu mereka ynag memerlukan. Organisasi masjid hari ini begitu tersusun dengan biro² yang dilantik, lebih2 lagi dalam menguruskan khairat kematian.
Tapi ada pihak yang menuduh masjid² sibuk menggunakan dana untuk memperbesar fasiliti, membayar upah penceramah, dan lain2. Aku percaya tuduhan² ini dilemparkan oleh para keyboard warrior. Hebat menyalak di dunia internet sahaja. Mungkin terlebih membuang masa menyebabkan mereka tidak arif dengan pengurusan masjid. Tahukah anda kos untuk sound system masjid yang berkapasiti sederhana saja sudah mencecah lebih daripada RM15 000?
Memang wujud kelompangan, namun itu semua mustahil untuk menjelaskan isu ratusan ribu kes murtad di Malaysia hari ini. Pesalah utama adalah masyarakat kita sendiri yang menyebabkan orang2 miskin ini berubah angin. Mana perginya NGO², komuniti Islam kita yang prihatin? Apa kurangnya kita berbanding NGO² Kristian yang aktif menyebarkan dakwah mereka.
Entri ini sekadar pendahuluan atau pembuka bicara terhadap isu murtad di negara kita. Tak ramai orang mengerti mengapa mereka murtad. Percayalah duit bukan sebab utama.
Insya Allah berdasarkan sedikit pembacaan serta pengalaman peribadi, entri sambungan selepas ini akan mendedahkan beberapa faktor yang menyebabkan murtad di Malaysia. Mengapa mereka murtad?
