Showing posts with label Kritikal. Show all posts
Showing posts with label Kritikal. Show all posts

Thursday

Kisah Suami Ganas Belasah Isteri

3

Segagah mana pun wanita seperti yang diwar-warkan pada zaman sekarang, masih tidak boleh menolak fakta bahawa mereka tetap memerlukan lelaki. Apatah lagi sebagai suami isteri, cinta sahaja tidak menjamin kebahagiaan tanpa unsur keharmonian sama ada persefahaman mahupun saling menghormati. Wanita juga perlu dilindungi.

         

Lain pula ceritanya yang berlaku kepada Amanda Fong, 19 tahun yang sedang hamil 2 bulan dibelasah kejam oleh suaminya Calven Chik Foo ekoran pertengkaran kecil di sebuah kedai milik Amanda. Rakaman CCTV yng dimuat naik di Youtube juga jelas menunjukkan mangsa dibelasah dengan kejam tanpa sifat perikemanusiaan.

Mungkin ada yang terfikir, apa salah wanita ini hingga diperlaku sedemikian. Manusia memang tidak boleh dari kesilapan. Kalau benar dia bersalah sehingga membangkitkan kemarahan suami. Banyak cara yang boleh menyelesaikan masalah tapi bukan dengan menghukum secara fizikal. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Andai perbincangan menemui jalan buntu, maka tak salah ianya dipanjangkan ke mahkamah. 

Namun perkara ini sebenarnya biasa terjadi di dalam masyarakat kita. Si suami yang tidak mampu mengawal kemarahan kemudian bertindak kasar dengan isteri. Tak kira pasangan muda atau tua, memang bahkan kes-kes seperti ini sering dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan. 

Wanita memang makhluk yang sangat kompleks dan beremosi. Respon mereka sukar dijangka lelaki malah begitu drastik. Mereka bak Super Saiya atau sebenarnya super agresif. Entah apa salah kita, tiba-tiba dari mood happy jadi suram, mudah melenting, perkara kecil diperbesar dan banyak lagi misteri wanita ini. 

Walau bagaimanapun itu semua bukan tiket bagi lelaki untuk mendatangkan kecederaan kepada mereka dengan sengaja. Fahami kehendak wanita, cuba bersabar dan bertimbang rasa. Kadang kala ego lelaki yang tinggi menjadi punca keruntuhan institusi keluarga kerana sukar menerima teguran atau pendapat yang berbeza.


Rakaman CCTV bertarikh 23 Ogos, 5:12 petang - SINI
Rakaman CCTV bertarikh 23 Ogos, 6:24 petang - SINI 
Rakaman CCTV bertarikh 25 Ogos, 1:14 petang - SINI

Penjelasan suami mangsa berhubung isu memukul isterinya, Amanda Fong. 
  • http://mydestiny2011.com/2012/09/05/why-i-beat-up-my-wife-man-at-centre-of-cctv-assault-case-tells-his-story/
Keterangan Amanda Fong dan beberapa penafian terhadap tuduhan suaminya.
  • http://mydestiny2011.com/2012/09/06/its-all-lies-fong-denies-husbands-claims-of-her-infidelity-suicidal-tendencies/

Apa pun semoga kes ini dapat membuka mata rakyat Malaysia. Siapa yang salah dalam kes Amanda Fong, tunggulah hasil siasatan polis dahulu. Cuma sebagai peringatan bahawa keganasan rumahtangga memang berlaku dan menjadi duri dalam daging masyarakat kita. Yang menjadi mangsanya sudah tentu golongan wanita.

Read more

Friday

Pelaksanaan Cukai Perkhidmatan Untuk Produk Prabayar? | Maklumat, Pendedahan, Dan Cadangan

8


Tindakan kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk pembelian kad tambah nilai dan pek permulaan telah menimbulkan reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak.  Dengan perkuatkuasaan sepenuhnya pada 15 September 2011 ini. Ada yang mengutuk kerajaan, apa yang memberi 'isyarat' padan muka, ada yang berspekulasi dan sebagainya.

Pada pendapat peribadi, keputusan kerajaan ini merupakan satu tindakan yang terburu-buru dan langsung tidak masuk akal. Siapa yang tak terkejut dengan keputusan yang begitu drastik, malah ianya di luar perbincangan dengan pengguna. 


Aku cuba ulas perkara ini berbekalkan sedikit kefahaman aku tentang pencukaian di Malaysia. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua

Jenis jenis cukai di Malaysia
  • Sebelum pergi lebih lanjut, aku cuba terangkan secara ringkas tentang cukai. Di Malaysia terdapat dua jenis cukai iaitu cukai langsung (direct tax) dan cukai tidak langsung (indirect tax). Cukai langsung adalah cukai yang perlu dibayar setelah membuat pengiraan yang tertentu, pada masa yang tertentu, dengan mengisi borang2 yang tertentu. Cukai ini wajib dibayar pada setiap tahun. Contoh cukai langsung adalah cukai pendapatan, cukai syarikat, dan cukai hartanah. Agensi yang terlibat dengan cukai langsung di Malaysia adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (Inland Revenue Board) atau pun lebih mesra dengan LHDN (IRB).
  • Cukai tidak langsung (indirect tax) adalah cukai yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan jualan. Contoh yang paling mudah adalah di restoran makanan segera, cukai yang dikenakan sebanyak 6%. Malah hampir semua barangan sama ada dikilangkan, atau diimport, kita akan membayar dengan harga selepas cukai. Ada 10%, 6%, bergantung kepada jenis barang. Zon bebas cukai adalah kawasan di mana cukai tidak langsung ini dikecualikan seperti Langkawi, Labuan dan banyak lagi. Agensi yang terlibat dengan cukai tidak langsung di Malaysia adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Royal Malaysians Customs Department).



Service tax untuk prepaid reload? Bila, berapa, bagaimana, kenapa?
  • Sejak tahun 1998 lagi cukai perkhidmatan terhadap produk prabayar telah dikenakan terhadap semua syarikat telekomunikasi (5% sebelum tahun 2011). Mereka yang membayar service tax kepada kerajaan (kastam). Walau bagaimanapun jumlah sebenar mungkin jauh lebih rendah daripada nilai yang dikenakan kepada pengguna mulai 15 September ini. Contohnya untuk tambah nilai prabayar RM10, harga yang perlu dibayar adalah RM10.60 selepas cukai 6%.
  • Notis yang terpapar di laman web Hotlink dan Digi menyatakan bahawa zon bebas cukai terkecuali daripada cukai perkhidmatan 6% ini. Mereka hanya menyatakan Langkawi, Labuan, dan Tioman sahaja. Tidak ada maklumat tentang pengecualian cukai dalam laman web Celcom.
  • Alasan kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah kerana caj panggilan dan SMS yang mahal pada satu ketika dahulu kini telah menjunam murah. Dahulu panggilan mudah alih adalah sebanyak RM0.60 per minit, kini boleh dinikmati dengan RM0.12 per minit. Begitu juga dengan kadar SMS dan MMS yang jauh lebih murah pada era kini mendorong kerajaan untuk mengenakan service tax kepada pengguna, bukan lagi syarikat telekomunikasi.
  • Isian semula melalui ATM misalnya internet banking, cash deposit machine, dan sebagainya akan dihentikan buat sementara waktu. Ini mungkin untuk mereka melakukan penyelarasan di sistem.



Service tax untuk prepaid reload? Mengapa tidak relevan?
  • Basic. Majoriti pengguna pakej prabayar adalah daripada golongan pelajar sama ada di persekolahan atau di institusi pengajian tinggi. Pada tahun 2006, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bilangan pengguna prepaid di Malaysia adalah seramai 21.5 juta dan membelanjakan hampir RM17 juta dalam masa sehari. Jika penggunaan dalam tahun 2006 sama dengan tahun 2011, boleh bayangkan mulai 15 September ini, RM1.02 juta sehari bakal dijana oleh kerajaan dengan bersumberkan golongan2 pelajar yang masih belum berpendapatan tetap. Banyak tu cekau duit budak..
  • Pengguna plan pasca bayar bersorak kerana mereka terlebih dahulu dicaj dengan cukai perkhidmatan di dalam bil mereka. Untuk pengetahuan semua, pengguna pasca bayar dikenakan cukai selepas perkhidmatan digunakan. Jumlahkan semua caj panggilan dan SMS pada waktu itu, kemudian baru service tax. Tidak sama bagi pengguna pra bayar, perkhidmatan belum digunakan lagi, sudah dikenakan cukai. Perasaan membuat transaksi tambahan lebih dirasai pengguna pra bayar. Dari etika perakaunan pun salah, selagi perkhidmatan belum terlaksana, maka transaksi pembayaran tersebut masih belum diklasifikasi sebagai berjaya. Oleh itu tidak wajar dikenakan cukai sebelum penggunaan. 
  • Berhubung syarikat telekomunikasi yang dikatakan menampung service tax sebelum ini, adakah bermaksud mereka membayar 60 sen kepada kerajaan untuk setiap tambah nilai RM10? Bagi aku tidak. Aku pernah terlibat dengan bisnes kad prabayar pada tahun 2007. Dengan membeli secara pukal 100 keping kad reload daripada pengedar sah, harga bagi sekeping kad reload RM10 ditawarkan hanya RM9.70. Jika harga tersebut dijual kepada pekedai, maka nilai kepada pengedar sepatutnya lebih rendah, dan nilai yang dicukai akan jauh lebih murah. Mungkin bukan 60 sen.
  • Kalau benarlah hanya 3 kawasan iaitu Langkawi, Labuan, dan Tioman sahaja yang dikecualikan cukai perkhidmatan ini, maka tidak adillah kerana banyak lagi zon bebas cukai di Malaysia. Tak perlu sebut banyak. Pengkalan Kubor, dan beberapa kawasan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia sudah cukup. Namun begitu, tak logik kiranya prabayar murah di sesetengah tempat. Patut diselaras satu Malaysia.
  • Mengapa produk seperti seluar dalam, coli, pengilat kuku dan banyak lagi dihapuskan duti import? Adakah kerana pakaian dalam isteri sekarang lebih mahal dari dahulu? Sesungguhnya di Malaysia, pakej prabayar satu-satunya produk yang semakin murah dan semakin jimat. Dalam menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat pada hari ini, sekurangnya ada juga barang yang murah.



Service tax untuk prepaid reload? Siapa untung?
  • Orang cakap kerajaan untung, ada orang cakap tak untung, ada cakap syarikat untung. Bagi aku semua betul. Dari aspek cukai tidak langsung (indirect tax), mungkin sebelum ini syarikat telekomunikasi dicaj dengan nilai yang sama kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Oleh itu, tidak ada istilah untung rugi di sini kepada pihak kerajaan.
  • Jika teori aku tentang cukai yang dibayar oleh syarikat telekomunikasi lebih rendah adalah benar, maka pendapatan negara selepas 15 September 2011  mungkin meningkat sedikit berbanding sebelum ini.
  • Syarikat sudah tentu akan untung. Sebelum ini mereka yang menampung cukai perkhidmatan, bukan pengguna. Sekaligus menyebabkan perbelanjaan untuk kos barang yang dijual (cost of good sold) tinggi, iaitu tambahan 6% untuk produk prabayar mereka. Jika benar 15 September ini menjadi kenyataan, maka syarikat telekomunikasi akan menikmati untung bersih dengan tambahan puluhan atau ratusan jutaan ringgit.
  • Jangan lupa, kerajaan lagi untung. Mereka akan mengenakan cukai langsung (direct tax) iaitu cukai korporat kepada syarikat telekomunikasi ini. Dapat lagi duit.
  • Siapa rugi? Hehe. jawab sambil tangan di bahu, mata pandang atas.



Cadangan aku.
  • Serius aku hairan. Sepatutnya keputusan yang melibatkan kewangan, cukai, lebih elok diumumkan ketika sesi pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 ini. Sekurangnya rakyat tidak akan terkejut dan diimbangkan dengan pengumuman yang lain yang mungkin memberi nafas lega.
  • Jika kerajaan masih terlampau terdesak sekali pun, banyak lagi alternatif lain yang boleh difikirkan. Daripada menambahkan nilai, baik dikurangkan. Misalnya dengan membayar RM10, nilai isian semula adalah RM9.40. RM0.60 adalah cukai perkhidmatan. Oleh itu, urusan perbankan internet masih boleh beroperasi seperti biasa. Malah kesan 'terkejut' mungkin lebih rendah berbanding dengan membayar RM10.60.
  • Syarikat telekomunikasi dijangka akan memperoleh keuntungan tambahan dengan pelaksanaan service tax kepada pengguna. Maka sebaiknya, jagalah hati pengguna ini. Gembirakan kami. Jangan biarkan hanya kerajaan dan syarikat yang untung, pengguna dibiarkan merana. Kasilah rebat 6% kepada kami dalam bentuk sms atau panggilan percuma. Lebih pun tak apa. Hehe
  • Cari loophole. Cari jalan belakang bak Saiful Bukhari. Aku tak pasti benar atau tidak. Tapi jika betullah zon bebas cukai terkecuali daripada cukai perkhidmatan ini, maka tak perlu susah2. Kirim sahaja dengan kenalan yang berada di Langkawi, Labuan, atau Tioman untuk membeli prepaid reload. Kemudian kita transfer duit melalui internet banking, ATM ke. Mungkin leceh sedikit tapi lagi jimat.

Read more

Thursday

Mengapa Mereka Murtad

15

Dua minggu lepas kita kecoh dengan serbuan Jais ke sebuah Gereja Methodist, Damansara Utama berhubung program memurtadkan beberapa saudara seagama kita. Lebih² lagi ianya dianjurkan ketika umat Islam sedunia sedang menjalani ibadat puasa.

Namun begitu, sudah menjadi lumrah mentaliti golongan melayu tipikal yang cenderung untuk menuding jari. Kita cukup laju menghentam. Habis jabatan agama dipersalah. Kononnya penyelewengan oleh masjid, pengurusan lembaga zakat yang lemah, pengagihan yg dibebani kerenah birokrasi, dan sebagainya.  


Tindakan masyarakat menghukum lembaga urusan zakat amat tidak wajar. Kita mendakwa permohonan yang sukar, proses yang lambat menyebabkan ramai orang miskin memilih jalan murtad. Bagi pendapat peribadi, itu sudah menjadi tanggungjawab pegawai2 di lembaga urusan zakat kerana zakat hanya layak kepada 8 asnaf sahaja. 

Andai kata zakat disalurkan kepada mereka yang tidak layak, maka mereka sudah leka dalam menjalankan amanah. Tambahan pula setiap tahun zakat memang sampai disalurkan kepada golongan yang layak. 

Malah, institusi masjid sudah berada dalam keadaan yang terbaik untuk membantu mereka ynag memerlukan. Organisasi masjid hari ini begitu tersusun dengan biro² yang dilantik, lebih2 lagi dalam menguruskan khairat kematian. 

Tapi ada pihak yang menuduh masjid² sibuk menggunakan dana untuk memperbesar fasiliti, membayar upah penceramah, dan lain2. Aku percaya tuduhan² ini dilemparkan oleh para keyboard warrior. Hebat menyalak di dunia internet sahaja. Mungkin terlebih membuang masa  menyebabkan mereka tidak arif dengan pengurusan masjid. Tahukah anda kos untuk sound system masjid yang berkapasiti sederhana saja sudah mencecah lebih daripada RM15 000? 

Memang wujud kelompangan, namun itu semua mustahil untuk menjelaskan isu ratusan ribu kes murtad di Malaysia hari ini. Pesalah utama adalah masyarakat kita sendiri yang menyebabkan orang2 miskin ini berubah angin. Mana perginya NGO², komuniti Islam kita yang prihatin? Apa kurangnya kita berbanding NGO² Kristian yang aktif menyebarkan dakwah mereka.

Entri ini sekadar pendahuluan atau pembuka bicara terhadap isu murtad di negara kita. Tak ramai orang mengerti mengapa mereka murtad. Percayalah duit bukan sebab utama.

Insya Allah berdasarkan sedikit pembacaan serta pengalaman peribadi, entri sambungan selepas ini akan mendedahkan beberapa faktor yang menyebabkan murtad di Malaysia. Mengapa mereka murtad?



Read more