Showing posts with label Sultan Muhammad 5. Show all posts
Showing posts with label Sultan Muhammad 5. Show all posts

Thursday

Berbuka Puasa Bersama Sultan Kelantan; Sultan Muhammad V

9

Alhamdulillah. Kelmarin (23hb Ogos 2011) sempat juga melihat sendiri di hadapan mata Sultan Kelantan yang ke-29 iaitu DYMM Sultan Muhammad V. Baginda hadir ke Masjid Mukim Pintu Geng untuk majlis berbuka puasa dan solat berjemaah bersama penduduk kampung.

Program Ramadhan Bersama Rakyat ini dianjurkan oleh Yayasan Sultan Kelantan dan sudah menjadi amalan baginda sejak menjadi Pemangku Sultan Kelantan. Program yang bermula dari 1 Ramadhan sehingga 25 Ramadhan ini memilih 15 lokasi yang berbeza dari setiap pelusuk negeri Kelantan.

Malah jika bukan bulan Ramadhan pun, semua rakyat Kelantan sudah masak dengan sikap baginda yang gemar menjelajah negeri untuk menunaikan solat fardhu di masjid yang berbeza. Cuma kali ini diadakan dengan sedikit formal beserta dengan kehadiran pegawai istana serta Mufti Negeri Kelantan.

Sedikit sahaja gambar yang mampu diselitkan. Kamera tidak berkualiti, Nokia E5. Malas nak bawa kamera, rasa berat lak. Hehe


tok imam dan AJK2 masjid sedang menunggu. 


rakyat marhaen makan di kanopi yang disediakan. lembu dua ekor terkorban.  


 menunggu dengan sabar. 


7:20 baru sampai. nasib baik buka 7:25 


 Sultan mana lagi kat Malaysia yang pakai jubah, kopiah putih, dan selipar capal?


solat dulu baru makan. 


pemberian sumbangan kepada 250 orang golongan asnaf yang layak.  
RM15, 000 sumbangan peribadi 
Sultan untuk pembangunan masjid.


Plat kereta 'Muhammad 5' dalam tulisan Arab.


Sesungguhnya kami rakyat Kelantan amat bangga kerana dapat bernaung di bawah pemerintahan Sultan yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi kuat pegangan agamanya. Semoga Allah s.w.t merahmati negeri Serambi Mekah ini. Amin.



Penyokong setia The Red Warriors! - kelate.net


Itulah hubungan Sultan dengan Bendahara. - perisik-rakyat.com

Read more