Tentang Saya

0

Dilahirkan pada 18 November 19xx di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan. Merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. 

Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Taman Melor Johor Bahru dan Sekolah Rendah Kebangsaan Perumahan Tampoi (1). Berpindah ke Kelantan ketika darjah enam dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng. Menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pintu Geng. Mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dalam pendidikan menengah atas.

Ditawarkan program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Petronas. Namun begitu, beberapa faktor telah mendorong penulis untuk tidak meneruskan pengajian. Mungkin atas berkat doa ibu yang tidak henti mendoakan yang terbaik untuk anak, Alhamdulillah sekarang penulis sedang menyambung pengajian dalam Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Shah Alam. Hiasan pelangi anugerah Allah setelah diuji dengan langit hitam.

Bermula dengan aktiviti menulis blog pada awal tahun 2007. Aktif pada pertengahan tahun 2008 dengan menggunakan domain ubey.jomz.net melalui pelantar wordpress. Kemudian pada awal tahun 2009, lahirlah ubey2u.com yang mungkin dianggap percapaian terbaik peribadi sama ada dalam konteks SEO, traffik serta pengunjung tetap. Namun, tragedi dilanggar badai mendesak penulis berehat seketika selama dua tahun. Sekadar menulis dalam keadaan suam suam kuku di syaffiqubaidillah.blogspot.com.

Pertengahan Julai 2011 menjadi titik tolak penting apabila penulis mahu kembali bergiat secara serius di ub3y.blogspot.com. Walau bagaimanapun, ketidakcekapan dalam mengurus pengkalan data yang terdahulu menyebabkan banyak entri dan komen daripada ubey2u.com tidak dapat diselamatkan. Oleh itu, enam bulan pertama ini akan dijadikan sebagai 'waktu percubaan' sama ada mampu atau tidak berkecimpung dalam dunia penulisan ini. 

Banyak berdamping dengan beberapa karya tokoh pemikir kritikal moden dan  falsafah seperti Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Dr Faisal Tehrani, Ustaz Pahrol, serta Tariq Ramadhan. Sangat berminat dengan dunia politik sebenar, bukan politik parti yang saling memfitnah. Selain itu, penulis juga seorang pendokong kuat kesusasteraan serta sejarah Melayu. 

Walaupun mengambil kursus Perakaunan, tetapi itu tidak menghalang penulis untuk memasang angan-angan menerbitkan buku pada masa hadapan. Biarlah blog ini menjadi langkah awal penulis untuk terus maju pada masa hadapan. Salam perkenalan!

0 comments:

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y